Wednesday, March 21, 2012

Chilled Blueberry Cheesecake

Last weekend dengan gigihnya pegi ke Carrefour membeli benda ni ha. Semata-mata sebab terliur nak membuat Chilled Blueberry Cheese Cake. I must admit cooking is not one of my strong points. I picked that kind of cake because it doesn't call for any baking at all. Masuk aje dalam fridge.. tunggu dalam 4-5 jam.. and voila... a cake!

Philips. RM169 kalau tak silap. Tapi sebab tak check betul-betul contentnya, makanya bila balik baru sedar takde spatula as per described kat luar kotak. Takde spatula tahan lagik, jangan takde benda pemukul tu sudaaaahhh!

I have a considerably small kitchen. Selari dengan pembesaran anak-anak dan tumbesaran makpak mereka, maka dapur itu semakin terasa kecil. Makanya benda-benda yang guna once in a while, dibubuh di sini. Eh, did I say once in a while?? We'll see, shall we?

Taraaaa!! The final product. Agak nervous sebab my last 2 attempts buat kuih ended up in epic disaster. Tak boleh makan langsung! Even my husband yang selalunya cuba ambik hati pun sanggup melukakan hati ai dengan tidaksudiannya merasa kuih tersebut *sobs* This one, alhamdulillah. Walaupun ada blunders that happened, dicampur dengan derhaka berlagak macam terer masak takmo ikut resepi asal..

Bahan Base:-
1. Sepeket biskut oreo - Tak kesahlah apa perasa pun sebab in the end krim tengah tu kasi buang. Katanya 10gm, I used 1 and 1/2 packet! Giler derhaka okay. Blend halus.
2. 45gm butter - Cairkan. Tayah nak dabel boiler ke apa. Tenggek je atas direct api. Rasa macam dah sukat betul, tapi I ended up dengan butter yang banyak! That's why I used 1 and 1/2 packet of oreo tu. If not, the mixture is too watery. Or maybe the scale was playing trick on me?

Campur keduanya, gaul rata, then masukkan dalam bekas as base. Tekan-tekan kasi padat. Bekas tu I lined with cooking sheet. Lebihkan kertas cooking sheet tu so kita boleh guna lebihan kertas yang menjulur keluar dari bekas tu as 'tangkai' untuk keluarkan kek ni nanti Asalnya dah beli loyang spring foam.. tapi tak pakai sebab adunan ni sikit aje.. tak padan dengan bekas nanti. Lepas dan tekan-tekan tu, masukkan dalam fridge.

Bahan Topping
1. 125gm whipping cream - Pukul sampai kental, boleh buat bentuk tanduk berdiri tegak kekdahnya. After sometime, ai dapat thicker consistency tapi takleh buat tanduk. Pukul la lagi.. sampai jadi cam dadih sudahnya! It separated from its liquid. Kalau biasa tengok dalam TV cara orang proses keju, ha itulah yang berlaku kat ai. Mungkin dah masuk kategori belasah, bukan pukul anymore! But I used it anyway. Sayang woo... bekas cetoet kecik tu ajer dah makan RM6 - RM8. Kederhakaan kedua di sini ialah I used the whole box i.e. 200gm instead of 125gm. Ala... tinggal 75gm je. Might as well guna semua. Ewah.. berlagak macam nak masak kek ke-200 je. Walhalkan...

Next time I am gonna get whipping cream yang dalam pressurized bottle tu. Tayah kepuk-kepuk dah, sroootttt aje dari botol tu ha. Abih citer.

Btw, lepas selesai pukul whipping cream tu, letak tepi dulu.

2. 125gm cream cheese
3. 80gm castor sugar - I used fine granulated. Castor sugar nan ado kat Carrefour kat rumah ai ni ha.
4. 1 bekas blueberry yoghurt - I used cap Dutch Lady. Jenuh sorok from Iman sebab ni feveret dia.
5. 100gm blueberry filling - di Carrefour dekat rumah ai ni, benda ni takde. Tak tahan gedik-gedik nak buat jugak kek ni dan dan tu jugak, makanya di ganti dengan jem Wild Blueberry St Dalfour. Asal boleh. Blueberry jugak namanya kan.

Memula pukul cream cheese. I used 200gm sebab sebekas tu 200gm, alang kepalang nak tinggalkan 75gm je kan, masuk je lah sumer. Dah kembang tu, masukkan gula. Pastu yoghurt, pastu blueberry filling. In my case, jem tu lah :) Pukul sampai kembang dan kental. Yang ni I didn't dare overdoing it. Walaupun tak bertanduk, I stopped the mixer.

6. 2 sudu besar gelatin - Larutkan dalam 2-3 sudu besar air panas. Kalau tak hancur gak, buat kekdah dabel boiler yer.

Pastu satukan adunan whipping cream dengan cream cheese tu. Kaup balik sampai rata. Pastu masukkan gelatin tadi.

Tuang dalam bekas yang ada oreo tadi. Masuk dalam fridge for at least 4 hours. It was an excruciating 4 hours for me. Kalau tak jadi memang tobat sampai hujung tahun mogok takmo buat kuih-kuih resepi baru dah. When the time was up, i pinched it a bit, alhamdulillah.. mengeras.

The kids absolutely love it.

Next am gonna do lemon flavour pulak InsyaAllah.

Nota - resepi diambil dari blog ana ni http://mylovelyfamily-ana.blogspot.com/ (dan kendiannya diderhakai)



1 comment:

Smiley said...

best kan baking?
ok sedap2 hehe