Tuesday, September 20, 2011

Bebelan Kak Mon on Interview




Adoilah..

Nanti-nanti kalau korang nampak blog ni senyap sunyi dan sepi, sila tanya 'Kak Mon tak mau tutup blog ke?' Laju pulak mem-blog ha ha.

Anyway, ni pun one of my vent-out session. Stress okay.

For the past 3-4 years (diskaun setahun cuti, jadilah 2-3 tahun yer), my job requires me, at times, to be panel of interview for new recruitment, rectuitment after upgrading and whatnots. Bukan peringkat tertinggi yer pasal ai pun level-level gitu-gitu ajer. Takkan lah level-level ai nak interview orang yang nak jadi GM pulak kan.

There's a few things that bothers me. Why? Interview is very much like a first impression. Cam korang nak jumpa bakal mertua. Takkan nak pakai jeans ketat walaupun memang everyday itulah pakaian u ols kan. Kenalah sopan santun penuh adab. Unless your bakal inlaws pun memang pakai jeans sendat, I can't say much la kan. Ingat tau pepatah 'first impression is often lasting'.

Off track?

Okay, back to the topic.

Ai agak kecewa dengan calon-calon yang datang interview. I am participating as a panel for few times now and I feel banyak calon yang fail to pay attention to the details. Contohnya, kalau borang yang very straight forward pun tak boleh nak isi betul-betul, how can we entrust you dengan kerja-kerja pejabat yang jauh lebih kompleks? Or when you klik-klik kat online form, silalah klik betul-betul. I just can't accept 'eh silap laaaaa' pastu senyum-senyum gelak gelak. Grow up peeps *eyes roll*

Meh ai listkan..

1. Isi borang dengan betul dan lengkap. For that, it is good to bring your alatulis. Bukannya nak suruh bawak gunting lurus, gunting bengkok, pensil warna pun. Pen, liquid paper, pencil, gam.. cukup. Gam? Kot nak tampal gambar kat borang kang senang. Gambar bukan cam setem boleh jilat-jilat kasi lekat. Kadang-kadang CGPA pun tak tulis, language literacy pun tak tulis,.. jantina pun tak tulis. Semalam I asked a candidate apa jantina dia. Obviously dia tu lelaki. He was perplexed. Told him borang dia takde catitan jantina.

2. Kalau isi anything online, klik betul-betul kat tempat sepatutnya. Ini keje kat A, klik kat B. Level C, klik D. Adoi. Those are basics. Kalau itupun tak leh nak comply, apalagi yang lain-lain.

3. Gambar tu tolonglah buat proper gambar. Tak kisahlah nak senyum nampak gigi ke, nak senyum sikit ke, nak posing senget ke.. janji gambar yang proper for isi borang and terkini. Ni ai tengok gambar kat borang muka lonjong dan kurus, tup-tup yang masuk muka bulat pulak. And Konfius ai taw. And pleaselah jangan letak gambar dengan background ala-ala sambutan hari raya or the likes.

4. CV and documents and certifications. Have one proper specific folder for the interview. Have documents organised secara kronologi terbalik. I dunno what's the term. I mean kalau kelulusan tertinggi is degree level, letakkan degree dulu, pastu baru letak diploma kalau ada, pastu sijik-sijik sekolah menengah and so on. Ni jadi satu kerja pulak panel nak belek-belek folder you all tu mencari documents. Pastu jangan lah campur sekali dengan EPF statement, surat mintak keje, loan statement and whatnots... Ni semua common sense

5. Dressing tu biar bertempat. I don't expect you to come in power suit lorr. Pakaian yang sesuai je. Pants and shirt pun okay. Baju kurung pun ok. Just don't overdo sampai macam nak pegi dinner.. kelip kelap. Or too underdress macam nak pegi Carrefour beli roti Gardenia pukul 9.30 malam (eh, bunyi macam ai je tu, I mean pegi Carrefour beli roti). Atau seksi tak ingat pakai spaghetti strap atau sleeveless.

Sekian yer Kak Mon membebel (lagi). Hari ni berapa haribulan? 20hb? Owh, excuse my PMS.

4 comments:

Ummu Auni said...

inilah basic yang kekadang orang tak fikir pun. just yesterday, my superior bising sebab anak saudara di tak lepas interview due to reason, senyap masa interview. adeh.

ummi said...

aini ~ interview kena bercakap dik :D kalau senyap je bukanlah interview. maybe tak konfiden kot. that reminds me to instill some confidence kat anak2, be able to speak out for themselves and whatnots. cam si Kakak, dia sgt pemalu. kdg2 ckp dgn akak pun suara tak berapa jelas...

pB said...

ada sedara dah berpuluh kali mintak kerja kat sini , tapi tak pernah dipanggil .....


kenapa tu??


kelulusan ada
pengalaman kerja ada ...


camner nak tolong ???

ummi said...

kalau external apply jadi permanent mmg susah sikit. bukan x boleh tp susah. biasanya before interview pun, semua applicant akan ditapis dulu. kdg2 kelulusan tak kena dgn jawatan dipohon, kdg2 pengalaman tak kena so forth and so on.