Langkawi was sure hot! Panas dan kering. Rasanya muka saya dah sunburnt dah pun walaupun saya cuma ke sana 4 hari saja. Hujung minggu lepas, selepas balik dari convocation mdh di Skudai, kami terus ke Pahang untuk ambik anak-anak yang bercuti horey-horey dengan atok dan wan nya. Hari Selasanya, dengan berat hati, saya ke Langkawi atas tuntutan kerja. Maka, tinggalkan anak-anak yang baru sehari bertemu semula dengan saya. Semasa saya menunggu untuk boarding di KLIA, dalam hati saya dah berkira-kira, cepatlah Jumaat tiba supaya saya boleh pulang semua ke KL dan bergomoi dengan anak-anak!
Oh ya. Standing ovation untuk suami saya yang single-handedly menguruskan anak-anak. Tahniah yang kerana tidak adopt role as conventional husband. Saya tak risau kalau saya perlu outstation sebab saya memang pasti he can do it. Of course, kena bagi crash-course sebelum saya berangkat. Di almari baju anak-anak saya lukiskan diagram or some kind of mapping to ease him finding keperluan anak-anak. Di dapur saya tampalkan apa yang perlu di bawa ke nursery.
Back to the topic.
Kami (saya dan cubic-mate saya, Rahmah) touch-down di Langkawi around 3ptg Selasa lepas. Hanya kami berdua. Secretariatlah katakan. Kena pegi tinjau-tinjau persiapan sebelum orang lain sampai. Terus ke resort company kami. Check-in, letak bag dan ke Pekan Kuah. Kebetulan anak-menakan Rahmah ada di sana so she drove us around tho we insisted on going here and there on our own. Lewat petang kami balik ke resort. Lepas Maghrib, kami mencari tempat makan. On foot. Dalam gelap malam. Ngeri jugak tapi perut berkeroncong punya pasal, laju aje kami berjalan. Malam tu pun ngeri jugak. Apa tidaknya, sliding door yang ada dalam apartment kami tu semuanya takde lock. Yang ada cuma lah penyangkut saja, yang saya kira boleh dikorek dari luar. Watawakkal saja lah. Lelap jugak sampai ke pagi.
Hari Rabu kami uruskan lodging rakan-rakan dan bos-bos yang bakal tiba. Rooming and whatnots. Discuss tentang itu itu. Tengahari baru ada first group sampai. Kami kemudiannya ke Pekan Kuah (lagi). Sampai ke petang, almost everyone tiba termasuk bigboss kami. Mana-mana yang sampai awal tu,.. menyerbu ke Pekan Kuah dan pulang dengan segala macam warna beg plastik!
Workshop berjalan lancar dalam suasana aman dan relaks. That's my new bigboss. What I noticed is that he managed to instill group-spirit dan as much as possible mahukan kami semua bekerja dalam keadaan relaks tapi efektif. Yelah, different people different style kan. Workshop pun was not that pack. They still have sometime to ransack the whole Pekan Kuah. Kena pulak baru dpt gaju and bonus. I had to remind myself to spend rationally.
Semalam, Jumaat, was the day I was waiting for. Going home time! Kalau pegi, the trip naik kapalterbang was paid for, time balik ni kena bayar sendiri. There was a provision for coaster and car but nak cepat punya pasal, I, and a few other opted for kapalterbang. Sendiri bayar so it was AirAsia lah kan. Dengan luggage yang dah beranak-pinak, saya kena charge excess baggage. Terlebih 7kg so kena bayar RM56.00. Lepas touch-down di LCCT, tak boleh turun pulak. Saya pulak dah terketik-ketik nak balik rumah. Hujan lebat dan berangin. Payung pulak lambat sampai. Eh, pintu depan kapalterbang tu namanya 'forward door' ke? Bukan front door ke? Steward tu kata kena keluar ikut rear door sebab forward door cannot be opened. Takut alat elektronik kena tempias hujan.
All in all, I had a good time in Langkawi. I did miss the kids (and their father) so much but since I was there, make the most of it lah kan. Akhirnya saya dapat jugak membeli set Corelle yang dah bertahun-tahun I drooled for. Yess!
Sesampai saja di rumah, anak-anak dah menjerit-jerit di pagar. Lepas tu, saya nak ke toilet pun susah. Berekor-ekor budak-budak tu mengikut. Bimbang umminya pergi lagi kot! Iman pun mulalah buat sesi 'melekap' dengan saya. Syahdunya bila saya dapat mencium kepala busuk Iman masa dia tidur! It's so good to be back! Lepas anak-anak lelap, barulah saya dapat luangkan masa dengan mdh. Rindu wooo 4 hari tak jumpa!
OK, chores call.
7 comments:
ceh, padanla meeting khamis lepas ada org CMD inform org unit tu dpt gi langkawi.. tatau lak kak tie tagged along also..
anywya, set corelle mana yang kak tie berkenan?
aida ~ diriku sekadar artis tempelan saja. buruh kasar... anyway, it was fun to be away at times. my corelle is souffle blue (kalau tak silap eja). memula nak beli yang green tu but since I bought a so-called fine-bone tea set dgn bunga2 biru, i bought corelle with blue hues as well, nak match lah kononnya...
ah.. dah ada set correlle.. tea set sume nih.. tanak jemput kitorang minum tea & makan-makan kat rumah ke ?? hehehhe
siku|at ~ jom ahh. tak le segan nak hidang dengan segala macam bentuk dan warna pinggan mangkuk.
oh the green one tu murah kan? sebab saya beli dpt murah, sebab dah past season.. ahaksss... ni ada 4 set kat rumah ni, baru pakai 2 set.. mak belikan masa saya kawen dulu, sampai skrg tahan maaa
jeles jeles..langkawi here i come!!!
set correlle tu pinggan ke yg mangkuk 3 ketul tu akak beli? kalo pinggan bape rm?
aida ~ samalah harga dia! maybe we're talking abt different green kot. actually I wanted the square set with lines as deco tp takde pulok.
yati ~ takpe, nanti selamat memborong okeh.
Post a Comment