Monday, July 23, 2007

More Oxygen Please - Part 2

PB, sebetulnya saya sangat sibuk. CT, sibuk ini ada kaitan dengan pangkat baru tapi takde kaitan dengan kereta baru si ViVa saya tu! Matasipit, adehlah, I guess there’s always give and take. Grade, maybe? At times saya rasa macam nak kibarkan bendera putih tanda surrender. Walau bagaimanapun, saya cuba sebaik mungkin menangani all that is in my plate now. Kata orang, jangan mengalah sebelum berjuang. Sampaikan saya terfikir nak tutup aje blog ni. I can’t update as much as I used to and as much as I want to.

Sedikit updates kenduri kawin kawan saya semalam. Katil pengantin dah roboh. Jangan senyum-senyum dulu. Katil tu roboh even before majlis akad nikah. Kawan-kawan berposing sakan punya pasal, ‘krakkk’ katil tu. He.. he.. Bila jumpa kawan-kawan lama, masing-masing mulakan terkenang semasa dulu, termasuklah berat badan dulu. Lupa agaknya masing-masing dah makin membulat dan membesar. Posing lak nak ramai-ramai atas katil. Kesian kau Daisy. Habislah orang senyum-senyum kat kau lepas ni. Sapa nak percaya katil pengantin baru dah patah sebab orang lain yang buat?

Saya dah dapat duit ESOS! Walaupun tak lebat mana, cukuplah nak bagi figure dalam bank account tu cantik sikit. Saya dah nekad nak beli oven kali ni. (Jangan tak tau, Tebby dah beli pun buku pasal bakar membakar ni last weekend). Can anyone suggest to me apa brand yang tahan lama without draining my bank account. Just for domestic uses, must fit a whole chicken. If possible it comes with a skewer to bolehlah membakar golek ayam dalam tu. I’m looking for a table-top oven only. Budget, RM1k boleh? Ke ciput sangat? Okaylah, maksima RM1.5k. Uihh, tak sabar nak bakar lamb-leg nih! Atau mungkinkah saya akan berjaya membuat kek kiut-miut seperti di bawah ini. Best betul angan-angan kan. They say, setiap perjalanan beribu batu di mulakan dengan langkah pertama...


Anak-anak saya doing fine. Dari observation saya Iman cukup suka smack-down si Kakak. Each time sure Kakak jatuh tergolek. Kesahihan tergolek tu tak dapat nak dipastikan sebab Kakak herself is a drama queen. Kemungkinan dia over-acting tu ada jugak. Diam-diam dia cuba jugak smack-down balik Iman, tapi Iman sikit pun takde effect. Mungkin sebab Iman banyak minum susu Anlene saya yang ada kat dalam peti sejuk tu. I’d call that blessing in disguise. Saya kata Kakak tergolek sebab tak cukup makan. Memang dia kurus. Makan tak berapa banyak. Langsung semalam dengan gigihnya dia dok perabih nasi lemak masa makan malam. Iman pulak time makan bukannya nak dok diam. Orang lain kalau lepas makan sapu area meja makan saja, saya pulak sah kena sapu satu rumah. Ho ho ho. Teringat masa saya mengandung, saya tengok ada orang ikut anak merayap sambil bagi makan. Dalam hati saya terdetik, awatlah mak dia tak disiplinkan anak makan kat meja. Nah… sekarang, ambik kau. Sapa-sapa in the same boat, don’t worry. I won’t be judgmental.

Menjawab soalan Syikin, anak teruna saya tu dah nak masuk 3 tahun November ni. 2 tahun 9 bulan. He’s picking-up walaupun vocab tak banyak lagi. Basy (bas), wowi (lori), bakikay (basikal), boto (moto), bakang (makan… anak orang terengganu lah katakan..), ayerr (air), biyak (b***k). Just to name a few. Kakak pulak dah banyak boleh baca. Alhamdulillah. Makbul jugak doa saya.

Have a good week ahead everyone! Saya pun harap minggu ni dapat ‘bernafas’ lebih sikit…

3 comments:

Anonymous said...

ummi, bukan pasal viva ye..ehehe...
tu yg mengejar anak tuk makan tu saya la tuh...:) nak abihkan sepinggan nasi, i will normally take about 45 min.... he will do all sort of things sambil makan, but becoz nak make sure he will finish his fud, have to la... cuma lately nih, i have trained him using his high chair balik, alhamdulillah la, nak gak... ye la, with my tummy yg dah 7 mths, mana larat nak ikut jejak die... pas tu, i don want my maid yg bagi mkn, nak suap sendiri, kena la tahan kerenah die...ye la, suapan ibu kan lebe bermakna....

Farra Da Smiley said...

yg tengah tu gambo iklan ape plak tu?

sy guna Indesit. Harga RM1.7k
Kalau nak elok guna Fagor pon ok yg 1.7k tambah sket je from RM1.5k, mmg puas hati!

ummi said...

ct ~ gitulah. siap ala2 kona baring pun mesti ada kan. high chair mmg dah lipat simpan dalam store dah.

farra ~ itu bukan iklan farra. tu angan-angan! 2 brand tu ada yang table-top punya tak?