Tuesday, February 22, 2011

HUKM Lagi!

Owh.. buat seketika ai lupa ai ada blog! Sila salahkan the other rangkaian sosial - mukabuku! Sebenarnya di mukabuku pun ai tak le rajin update bagai. Hidup pun biasa-biasa je. Nak kata sibuk sangat, tak jugak. For a while, takde mood nak update blog. Oh, mungkin ai boleh salahkan PMS kot.

So many things happened, I don't know where to start. Hurmpp. Let's start with what just recently happended la kot. Semalam (yang hangat).

Semalam 21st Februari hari ai bawak Iman pegi his OT (Occupational Therapy). Like usual, dek sebab nak berjuang dalam jem plus HUKM memang susah nak dapat parking spot (even for tiny miny car like mine), I hit the road at 7.15am. Appointment jam 9.00am. A little before 8.00 ai dah sampai. Iman merengek nak breakfast. Kena hantar appointment card dulu ye Iman. Sampai kat kaunter, the girl checked in their system and I was told nama Iman takde dalam list appointment hari tu. Hangat. Yes I was. Bertambah lagi dengan peristiwa minggu sebelum tu yang buat ai hilang sabar.

Jom backtrack kisah minggu sebelum tu, hari Rabu 16 Februari 2011.

Iman ada 2 appointment hari tu. Mula-mula ST (Speech Therapy) jam 9.00 then jumpa Psychiatrist jam 10.00am. Macam biasa, sebelum jam 8.00 ai dengan Iman dah sampai. Did all the usual drill i.e. hantar appointment card, ambik slip hantar kat kaunter. Then pegi breakfast. Around 8.50am kami dah menunggu nama Iman di panggil. Jam 9.15am belum panggil so ai tanya kat kaunter. Katanya tunggu kejap. Tunggu sampai jam 9.30am. Ai dah hilang sabar. Kalau jam 9.30 belum start, berapa minit je nak buat ST sebab jam 10.00am dah ada nama orang lain. Ai dengan penuh kehangatan pi tanya what really happened. Bila di bagitau yang si Cik Terapist pegi jumpa doktor, lagilah ai naik angin. Hellooo!!! Awak dah tau ada patient tunggu, yang ***** pegi jumpa doktor tu buat apa? Tak boleh ke buat time awak free? Ai datang awal-awal ikut time awak tau, bukan time ai. Pastu suka suki awak je nak jumpa doktor la, apa la. Apa jenis attitude macam ni? Ai ingatkan zaman-zaman sekarang serba moden ni dah takde orang perangai gini. Adeh. Ai mintak dia turun. Tau dia kata apa? Tak boleh turun, nanti turn dia hilang. Hello!!! Aku tunggu kau ni apa weh? Selfish punya worang. Dia mintak jumpa ST lain. Cik Terapist, kalau ada therapist lain memang ai nak tukar aje terus taw. Tapi malangnya dengan sistem yang rigid, ai kena jugak ngadap muka awak tu. So, apa jadi? Appointment kensel and next Iman jumpa dia will be on 3rd March. Bazir masa taw. Nak kena tunggu another few weeks baru boleh jumpa. Bazir masa ai menunggu on that particular day. Ai paling hangat dengan attitude dia yang endah tak endah tu. Hello.. memang lah ai tak directly bayar gaji awak tapi ai ni taxpayer taw. Okaylah, tahun lepas tax ai sikit je pasal ai keje 1/2 tahun. Hasben ai bayar tax banyak taw. Tolonglah. Wake up.

End of cerita on Rabu, 16th February 2011.

Oh, remind me to tell her that on 3rd March ya peeps.

Anyway, semalam turned out as a BIG ok. Dalam sistem takde tapi dalam buku appointment si Ayu (OT), nama Iman ada. So ai tak jadi nak men-singa-kan diri ai. Ayu, is a pleasantly looking young lady and my son ni ada some spot for ladies as such. Ayu panggil aje nama dia, cepat aje dia sarung selipar ikut di Ayu masuk bilik. I was there in the beginning. Mula-mula main-main dulu. Iya, main-main is a form of therapy. Naik jambatan gantung, then naik 'buaian' pulak. Panjat tangga, lalu titi. Lari dalam gelung-gelung then masukkan bean bag dalam basket. And oh yes, he loves jumping on that trampoline. Iman had tremendous fun. Masa di GIMC, kalau time dia OT, cuma dia sorang-sorang. Di HUKM, ada budak-budak lain. Dia kan suka berkawan. Lepas tu pindah bilik lain for Visual Perception activity (korang gugel lah ye apa benda tu). Semalam dia buat 2 items under Visual Perception i.e. Visual Discrimination (VD) dengan Visual Memory (VM). Mothers, even if anak-anak you all takde masalah apa-apa, it's good to jog their brain. From my observation, for VD Iman was asked to identify 2 same objects/shapes. Mula-mula shape tu simple-simpe aje like tanda +, -, X and the likes. Pastu mula jadi complicated. For VM, he was shown a shape then dia kena identify from another sheet. Ni nak jog ingatan dia. For VD he scored 16/20 and for VM 13/20. Ayu kata attention span Iman just 10 minutes. Kalau ikut chronological age dia, he should be able to focus for around 20 minutes.

Next appointment dengan si Ayu yang cantik molek will be on 23rd March 2011.

Penat tak jadi ai? Kadang-kadang penat jugak. But then there's always new things. That's what makes it interesting. My son may be 10% or 20% lag behind his peers but I always tell myself I can and will give my 110% or 120% to cover that, insyaAllah. Even 140% or 160% pun insyaAllah ai sanggup! Who knows he'll exceed his peers in years to come?

Here's some photos. Masa ni Iman sorang-sorang je.


swinging on the vestibulator. he first did that masa kat GIMC, sampai termuntah-muntah :D


up and down, up and down on the trampoline

6 comments:

aida said...

Menarik test tu, kena cuba gak ni for my kids

ummi said...

aida ~ cubalah. kalau gugel byk kot info boleh dapat. kdg2 benda2 simple aje boleh jadikan foundation yang kukuh anak2 kita ni. insyaAllah

Farra Da Smiley said...

yer menarikk

kak, ayu tu cun ke? tade kaitan kan? haha

oren said...

huhuhu..

kalo kat oversea, services tip-top, mindset bagus, perangai pun rasanya, kita yg muslim nih pon tak leh nak ikut..

hakikat yg pahit ditelan..

ummi said...

farra ~ not to say head-turner kind of cun lah. she's fair, soft spoken,.. menarik lah orangnya. kalau akak dok sebelah dengan dia, org akak tgk dia lah, tak tgk akak. Iman suker.. he he.

ummi said...

oren ~ hurmpp... susah nak komen pjg tp i agree with you. here, the support system is not that well established. pandai2 lah nak cari info, nak cari spital, nak tau the process. cuba baca buku Kembara Atiq Wazif, you'll be amazed at how their support is.. baik dari segi praktikalnya sampailah kepada bantuan kewangan. ada satu part tu, tak perlu mintak, malah it was arranged for. tp akak ttp sayang negaraku nan tercinta :D