Kakak akan genap 11 tahun in August. That would make me officially a mother of a teenager. Moga dipermudahkan melalui usia belasan tahun - usia mencari identiti. Usia di mana dunia kanak-kanaknya beranjak pergi. Usia di mana dia akan sedar bahawa dunia ini amat luas! Usia di mana dia akan tahu Umminya bukanlah sehebat yang dia sangkakan.
Iman pula bakal menginjak usia 8 tahun in November. Alhamdulillah, walaupun permulaan perjalanan hidupnya agak sukar, dia sekarang semakin bijak! Harapan kami momentum itu kekal. With improvements of course. Dah dipesan awal-awal, tahun 2012, abang sudah Tahun 2. Dah tak boleh menangis cari Ummi di sekolah. Dah tak boleh banyak main-main macam Tahun 1 dulu.
Adam, anak yang petah, banyak akal (dan auta!). Saya masih belum memutuskan untuk menghantarnya ke tadika atau tidak pada 2012. Saya berat untuk menghantar. Bukan harapkan sangat dia boleh membaca seusia 4 tahun. Bagi saya, usia 4 tahun ialah playschool. But if he can, alhamdulillah, itu bonus. Adam pula akan menyambut hari lahir ke-4 pada bulan Mei 2012.
Azam saya? Secara spiritualnya, mahu lebih komited dengan tuntutan agama. Yang lewat dicepatkan, yang singkat dilabuhkan, yang lebih tak berpatutan itu dikurangkan. Dan insyaAllah ingin lebih menyumbang kepada masyarakat.
Moga 365 hari yang mendatang lebih bermakna kepada kita semua. Moga 365 hari itu sentiasa diberkati Allah.