Showing posts with label Birthday I Celebrate. Show all posts
Showing posts with label Birthday I Celebrate. Show all posts

Friday, November 04, 2011

Selamat Ulang Tahun ke-7 Muhammad Iman

Semalam, 7 tahun lepas. Jam 1.37 petang.

Saya melahirkan seorang bayi lelaki seberat 3.3kg. Mungkin dia tak sabar-sabar nak ke dunia koporat. Pakai tali pusat di leher. Macam pakai neck-tie. Bezanya, pakai neck-tie sekali lilit di leher. Dia ada 3 lilitan tali pusat di leher! Macam-macam teori orang tua-tua yang kami diberitahu termasuk teori gantung tuala di leher dan teori kain pelikat. Korang tanya lah orang tua-tuan because I'm not telling them. Tapi, the truth is semua teori itu tak kena langsung!


Muhammad Iman.

Nama yang Abah pilih. Muhammad itu memang wajib. Itu nazar saya. Kalau lelaki anak kedua ini, Muhammad lah sebahagian namanya. Muhammad itu Yang Terpuji. Why not? Semua orang mahu anak-anaknya menjadi Yang Terpuji. Hatta anak perempuan pun harus bersifat yang terpuji. Cuma jangan diberi nama Muhammad pulak yer. Iman itu Abahnya yang pilih (Sebenarnya nama semua anak pun Abah yang pilih. Sukahati dia lah. Anak dia pun. Janji maknanya baik-baik ajer. Plus harus simple saja) Even dengan nama mudah macam tu pun saya tersasul-sasul. Contohnya pagi tadi saya memberi arahan bak komandor waktu turun kereta dalam renyai-renyai hujan.

'Iman dengan Abang turun dulu'
'Eh silap..'
'Adam dengan Adik turun dulu'

'Eh silap lagi!'
'Boyssss!!!! Turun berdua, share payung'
Tapi ini bukan sebab-musabab nama.. ini tanda-tanda age is catching up bukan?

Mungkin itu jugak ditakdirkan anak-anak saya ada 3 orang ajer! Bertukor bimbor bak kata orang Terengganu.

Dalam demam-demam tu sempat lagi acara 'ketuk-ketuk'. Mulanya nak potong kek di rumah ajer. Dah alang-alang nak balik kampung Raya Korban nanti, kami cadangkan potong kek di kampung saja, sama Atok, sama Wan. Iman setuju.

Tapi, lepas tu dia nak potong kek dengan kawan-kawan di taska pula. Okay takpe. Layankan ajer. Dapat jugak pahala belanja anak-anak kecik makan walaupun cuma 2 biji kek besar.

Tapi, katanya kek yang nak potong di kampung tu pun dia nak juga! Adoi..

Layan.

Apapun, dia sangat gembira semalam. Katanya 'Saya tak tiup lilin sebab tak ada lilin. Tapi mata saya kelip-kelip macam ni' sambil buat mata kelip-kelip macam malu-malu.

Apa-apa sajalah Muhammad Iman.

Selamat Hari Jadi ke-7 buat Iman. Moga seluruh kehidupan akan diberkati Allah. Jadilah anak yang soleh sepanjang hidupmu.

ps - Di sekolah dia baru belajar rukun iman. Dia pelik sebab sama dengan namanya. Beriman kepada Allah, iaitu percaya kepada Allah. Beriman kepada Rasul, iaitu percaya kepada Rasul. So forth and so on. Dan anakanda Iman, membuatkan saya percaya kepada banyak perkara. Percaya bahawa kasih itu tiada sempadannya. Percaya bahawa mimpi-mimpi juga boleh jadi realiti!

tapi Iman belum jugak hafal-hafal rukun iman itu :P..






Thursday, October 06, 2011

Lagi Terlewat!! Happy Belated Birthday & Anniversary..

Ini adalah beg duit Kak Mon yang En Tebby hadiahkan sempena birthday Kak Mon ke-37.

Hari ni alhamdulillah genap 37 tahun, 1 bulan dan 6 hari bernafas di bumi Allah.

Hari ni juga alhamdulillah genap 11 tahun, 1 bulan dan 6 hari bergelar isteri En Tebby.

Thanks Yang. Terima kasih hadiah pepel wallet ni walaupun sebenarnya I yang pilih sendiri apa cap nya dan kaler dan segala-galanya.

Thanks Yang. Sudi melamar I jadi isteri you.

Thanks Yang. Sudi jadi suami I dan bapa anak-anak kita.

Thanks Yang. For all those wonderful years.

May we have a blessed life ahead.

Nota: -
Ni bukan edisi menunjuk yer. I am keeping this blog as my life journal so apapun yang ditempel dan ditulis di sini adalah untuk kenang-kenangan jua. I am actually the very the down-to-earth. Mungkin kalut-kalut jugak. Ai pernah terjatuh bedebuk bebetul depan entrance parking lot di waktu orang ramai lalu lalang nak ke ofis. Malu Kak Mon taww.


Muka depan :P
Background tu ialah loose tunic from SNUUS (carik kat fb yer). Very comfy. Wear it with long skirt, I'm off to office. Wear it with a pair of jeans, I'm off to berjimba-jimba with my family. Tetiba iklan, motif?


Purple zip-around. Muka belakang. Normally I'd go for brown/black. Ntah apa rasuk Kak Mon hari tu, I picked this one. Another one yang Kak Mon suka was brown tp takde zip-around tu. Siap ada ekor okay. I have some reservation kat ekor tu tp dah wallet tu dtg dgn ekor, takkan nak gunting pulak kan.


gegedik yang terjuntai kat zipper luar.


Sila sumbat kad-kad and more cardss. Kad kredit, kad bank, kad pengenalan, kad nikah. Penting untuk membeli belah, mengeluarkan duit dan mengelakkan dari kena tangkap basah :P


Pandangan dalam.


Ni gegedik zip dalam untuk coins pocket tu. Kalau korang amat-amati, kat bola tu boleh nampak Kak Mon heh heh.

Kak Mon - Beg gedik takpe. Jangan tuan beg menggedik. Tak sesuai okay.




Monday, August 08, 2011

Selamat Hari Jadi ke-10

birthday cake


birthday girl




Hari ni birthday Kakak ke-10. Big One-Owh! Big girl she is now. I now have to prepare myself for the next phase, teens!

We had small celebration last Saturday tho her birthday is today. Al-maklum lah working days ni tak boleh jamin balik rumah cepat kan. On Saturday, we had ample time. Beli cake from Secret Recipe, apa nama tah, tak ingat. The one that has stawberry layer between slices of cakes.

Iman dah order cakes for himself and keeps on asking if November is still along way to go (his birthday is in November) while Adam pulak kept on singing Happy Birthday to You for 2 days kat Kakak dia.

Happy Birthday Kakak. May you have blessed life ahead.



Wednesday, May 11, 2011

Adam is T.H.R.E.E








Today Adam turns 3. How time flies. Macam baru je rasa terkejut sebab terpregnant heh heh. Now the baby is 3yo oredi. Sungguh banyak kerenah and aktiviti dia sampai rasa everyday ada ajer my blood goes upstairs hu hu.


Kami takde buat apa-apa celebration pun today. Semua orang pun sibuk dari pagi sampai ke malam. Adam pun sama sibuk jugak, sibuk dan menyibuk. Orang sibuk bersiap nak ke sekolah, dialah orang paling kecoh cari bag, pakai kasut etc. Orang sibuk masak kat dapur, dialah yang paling kecoh memunggah periuk, senduk, sudip. Not to forgetting to mention, tukang tambah gula, garam etc sampai pernah kena buang nasi goreng sebab dia pi tabur garam.

Hadiah pun kami tak beli untuk dia. Pasal apa? Pasal every week dia memang pulun beli ultraman. Segala suku sakat dia dah beli. Yang paling bahayanya, koleksi dia masih belum lengkap! Besar kemungkinan dia akan terus menge-pow abahnya heh heh.



Apapun, walaupun kelahiran dia tak dirancang, walaupun kadang-kadang penat emosi dibuatnya, Adam tetap menceriakan hidup kami dengan keletahnya.



Happy 3rd Birthday Adam. We love you. Jangan nakal-nakallll!!

:: Entry terkejut sebab terpregnant back in 2007, baca di sini.
:: Kisah kelahiran si Adam, baca di sini. Sungguhpun si Adam baby paling berat (3.74kg) ai pernah beranak, pengalaman di bilik bersalin tak se ngeri bersalinkan si Iman, baby ai paling ringan (3.3kg).
:: Cerita 1st birthdaynya di sini, dan yang 2nd nya di sini.






Friday, April 15, 2011

Birthday Dinner @Sekincan Ikan Bakar

It is customary for me and Tebby to have a dinner/lunch outside to celebrate each other's birthday. Just the two of us. The kids will get their turn later on. This year, it's a bit awkward. If I were to belanja him, I'd still be using the money he gives. Macam ni lah konsepnya, 'Boleh mintak duit lebih sikit sebab I nak belanja you makan?' Weird huh. Anyway, yesterday his officemates held a suprise birthday-do. Siap potong-potong kek lagik. Kalau kat rumah takde maknanya.. ramai tukang potong lain ada :D


And today, kononnya nak selebrate dengan quiet dinner, last-last takde quiet-nya. Pegi makan kat Sekincan Ikan Bakar kat Dutamas, Cheras. Bunyi macam jauh je kan. You see, my house atas bukit, Dutamas tu bawah bukit. Naik keta tak dan 5 minit dah sampai. We ordered ikan pari, ikan jenahak, sotong, kerang, ulam-ulam dengan nasi putih. Tanak tercekik, order 2 nescafe-o panas sama 1 teh-o ais. Semua RM77.20. I tell you semua licin. Except tinggal kacang panjang (ulam 2,3 kerat). Rasanya orang yang nak belanja tu makan lagi banyak dari orang yang diraikan. Masa menunggu 30 minit. While waiting, tengok meja sebelah siap ada ikan merah sebesar alam, ketam etc. Takleh tengok lama-lama, kang kena pelangkung pulak. Yang nyata, diorang sebok makan sampai tak bercakap langsung! Tak sampai 30 minit, hidangan kami sampai. Lepas 15 minit makan, En Tebby tegur 'aik, sampai tak bercakap langsung sebok makan?' Heh, heh.. only then I knew kenapa meja sebelah senyap sunyi waktu makan. Sedap you all. Hidangan sederhana untuk orang-orang sesederhana kami. Lazat amat, alhamdulillah)


Apapun, kepada En Tebby, again, Happy 37th Birthday. Your next birthday, it'll be really on me he he. Jom layan gambar. Sikit aje gambarnya. Sebok nak makan.






oh ya.. sila melawat www.sekinchanikanbakar.com

Thursday, April 14, 2011

Happy 37th Birthday




Kepada Suami yang dikasihi,

SELAMAT ULANG TAHUN KE 37

Moga seluruh usia mendapat keberkatan dari Allah.

Maaf tahun ini ai tak boleh nak sediakan hadiah yang bagus-bagus.
Apapun, I hope you'll like what I got you for your birthday.

loads of love,
your wife.





Friday, November 05, 2010

Iman's Doraemon Birthday


Remember that Iman wanted a Doraemon cake for his 6th birthday? (Read here) We ended up buying just 2 triangular slices of blueberry cake and bought a small Doraemon figurine made of sugar (I think). It came in a pack of 2, with the other one being an Ultraman. Prefect for the boys.

Nothing much pun. Cuma menyantuni anak-anak. I want my kids to always feel appreciated.


with his fav 'senyum gigi'


the ultraman brothers!

Wednesday, November 03, 2010

Selamat Hari Lahir ke-6 Untuk Muhammad Iman

Born 3rd November 2004, birthweight 3.3kg, now 26kg

Iman is 6 today! Macam tau-tau ajer birthday dia (he is indeed full of suprises), malam semalam mintak kek birthday. 'Yang ada doreamon tau Ummi. Yang saya nampak kat kedai kelabu tu'. (nota: kedai kelabu = carrefour). Cake will have to wait until everyone at home ya Iman. Kena tunggu hari cuti.

Iman, anak lelaki kami yang pertama. Lahirnya dia 6 tahun lepas, melengkapkan kami suami isteri dengan sepasang cahaya mata. Berbeza dengan Kakaknya sebanyak 3 tahun 3 bulan. Berbeza dengan Kakaknya, dia amat sukar dijaga dan diduga ketika kecil. Sehingga umurnya hampir mencecah 3 tahun, dia masih menangis malam tanpa sebab dan hanya akan lelap setelah didodoi sambil abahnya (abah = pendodoi setia) berdiri. Begitulah seterusnya episod hidup kami, penuh dugaan dan cabaran. (Kawan-kawan rapat, saudara mara terdekat dan pembaca setia blog ini pasti tahu rentetan hidup kami sebagai sebahagian ahli keluarga Muhammad Iman) Pun begitu, kami bahagia! Pun begitu, tetap sayang.

Oh ya, sekarang sudah ada hobi baru. Suka melukis. Cantik. Ada lukisan suka-suka saja. Ada yang punya cerita. Kisah pengembaraan mencari harta karun. Kisah roket ke langit. Termasuk kisah Flapjack juga! Hobi lain ialah ke dapur. Pantang Umminya sibuk memasak, dia sibuk nak tolong. Walaupun lagi buat Ummi kecoh, alhamdulillah. Mintak-mintak sampai besar rajin ke dapur. Mulutnya pulak sekarang.. riuh! Iya, ini anak yang suatu ketika dulu senyap tanpa komunikasi bahasa. Anak yang hanya mula bercakap ketika umur mencecah 5 tahun. Allah makbulkan jua doa dan harapan saya. Walau agak lambat, tetap ada. Nah, itulah tajuk yang pernah menjadi 'moto' blog saya 'jangan berhenti bermimpi'.

Syukran Ya Allah. Permudahkanlah urusan kami.

Buat Iman, Selamat Hari Lahir ke-6.


Sayang tak bertepi dari Ummi.


Tuesday, August 31, 2010

The Big One O Anniversary + The Not So Graceful 36th Birthday

baca angan-angan saya di sini. akhirnya dapat jua...
FOSSIL crossbody ISLA




Terima Kasih Yang
Kerana sudi memperisterikan I, wanita yang penuh kekurangan ni.

Terima Kasih Yang
Setelah 10 tahun kita berumahtangga, kita punya 3 anak yang comel, nakal, bijak dan 1001 macam perangai lagi. Pendek kata, meriah. Mesti jiran kita ingatkan anak kita ada 7-8 orang kot kalau ikutkan kekecohan tiap-tiap hari. Jangan lupa, kita hampir punya 5 anak sebenarnya! Apapun, like you said, rencana Allah pasti yang terbaik buat kita.

Terima Kasih Yang
Kerana sudi berkongsi rasa sayang you dengan I. Walaupun I PMS, post-natal stress, gendang gendut yang tak hilang-hilang walau selepas 9 tahun bersalinkan anak sulung kita. Dan sanggup temankan I shopping sampai you sakit tumit.

Terima Kasih Yang
Kerana menyara I 100% for the past few months lepas I jadi TSAHM. In addition to that melayan I merengek nakkan beg FOSSIL yang rugged itu. Tapi I tak mampu nak belikan you apa-apa untuk anniversary kita, sebab kalau I beli jugak pun, tetap you yang kena bayar :P

Terima Kasih Yang
Happy 10th Anniversary.
Semoga perkahwinan kita sentiasa bahagia-bahagia saja sampai bila-bila.



our wedding date + my birthdate
(yang nombor tu lerrr...)

Monday, August 30, 2010

Happy 6th Birthday (Hijrah That Is!) Iman

Iman, now.

Iman, then, almost 2yo.


Apakah wujud kasih sayang tanpa sempadan?
Apakah Allah sudi memberikan kesabaran?

Allah menjawabnya dengan mudah. Seorang anak yang dilahirkan pada hari ini, 2o Ramadhan, 6 tahun (hijrah) yang lepas. Satu kelahiran yang payah dan menyakitkan. Satu proses membesarkan yang mencabar saya (dan suami) secara emosi. Saya sedar, kasih sayang tanpa sempadan itu wujud, malah saya (insyaAllah) mampu melakukannya. Dan dengan cabaran itu, saya menjadi lebih penyabar.

Muhammad Iman, despite all the odds, I am one proud mother. I owe you many things in life. Especially the life lessons you bring into my life. Not forgetting to mention all the joy, the laughter, the sulking that come along with it.



Selamat Hari Jadi Ke-6 (Hijrah).

My entry (of wishes and hopes) below: -

Iman's 5 yo (hijrah) here.
Iman's 4 yo (hijrah) here.
Iman's 3 yo (hijrah) here.

Monday, August 09, 2010

BBQ Party II 2010

In celebration of Kakak's birthday, we did a BBQ last Saturday 7th August. Just the 5 of us and Bibik and Acik, my SIL who happened to be around.

Around noon we did all the marinating and at a little past 6, hidupkan api. After solat Maghrib dah berbara and ready for grilling. We did 5 types i.e. 1 type of prawn, 1 type of squid, 1 type of chicken wing anf 2 types of beef.

Here goes some photos..


uik.. bak sini pengepit arang tuhhh


the boys


orang paling sebok dari mula sampai sudah


kakak dan iman


western beef


oriental beef


squid


prawn



Read about our first BBQ here.

Sunday, August 08, 2010

Happy 9th Birthday Precious!


Selamat Ulang Tahun ke-9 anakku.

Your last birthday before you hit your double digit and then your teens. I want you to know that no matter what number your age is, I'll always be there for you in good times or bad times. I will sob at your sad stories, I will laugh at your funny ones and I will smile at your happy ones. I want to be the one you'll first look for to share your stories and heartfeelings. I will love you unconditionally and hope you'd be that too, me.

I love you, precious one. Always have, always will.

My ramblings on Kakak's 8th Birthday in 2009, here.
On her 7th in 2008, here.
And on her 6th in 2007, here.

Tuesday, May 11, 2010

Adam Is T.W.O

Adam, then. Si tembun dengan berat 3.74kg.


Adam is 2! Atas kesibukan (alasan?) dan kalut-kalut Ummi, tahun ni Ummi tak hantar apa-apa ke mana-mana pun untuk menyambut birthday Adam. Tahun lepas Ummi jamu kawan-kawan Adam di nursery. Tahun ni Adam dah duduk rumah aje, so jamu kita-kita ajer lah kot he he?

Untuk Adam, Ummi dah belikan (more like Ummi dah pesan kawan mintak tolong belikan) present. Something you can keep for a very long time and it appreciates in value as well (agak-agak Adam faham tak nih?). Tapi Adam tak boleh pakai taw, haram hukumnya. Kalau Adam nak present lain yang Adam boleh kitai-kitai, boleh lipat-lipat, boleh baling-baling, mintak kat Abah yer nak..

Adam sekarang ni banyak immitate Abangnya Iman. Dia lebih cepat belajar. Ye lah, dia ada 2 org 'guru' kat rumah. Tapi feveret dia ialah mengikut apa jua yang Iman buat. Makanya, kerja dia ialah mem'fire' orang, meninju Ummi (bergurau ganas dia nih) dan bergolek golek melakonkan adegan dari feveret cerita dia 'omemeng' (ultraman.. boys will be boys huh?) Tapi hati dia soft. Kalau kita angkat suara sikit, bulatkan mata marah dia, cepat aje dia meraung dan buat muka kesian.

Apapun, seperti mana-mana ibu pun, Ummi doakan Adam diberikan umur yang bermanafaat, sihat-sihat selalu, terang hati dan sentiasa menceriakan.

Bacakan perihal kelahiran Adam di sini dan sewaktu umurnya genap setahun di sini.


Thursday, April 29, 2010

Birthday Lunch For Tebby


Finally... setelah lebih 10 hari birthday suami saya, En Tebby, barulah saya dapat belanja dia makan. Asalnya nak ke Le Meridien buffet tapi dah tersangkut kat MidValley dengan perut lapar sambil mengadap Madam Kwan.. trus ajelah terjah Madam Kwan.

Since it was for his birthday, the selection was up to him (with a little 'coaxing' from me of course he he). We had Curry Fish, Fried Chicken and Kangkung Belacan. Walaupun the curry was meant for 2-3 person, it came in large serving that we tapau-ed the balance back home.

Anyway, again, Yang, Happy Birthday.

ps - bila nak pakai wallet baru you tu??






Wednesday, April 14, 2010

Happpy Birthday

Happy Birthday Tebby!

Too bad I have to leave for JB in a while. Hope you still enjoy the day..

ps I hope you like the wallet


Tuesday, November 03, 2009

Happy 5th Birthday Iman

Happy 5th Birthday Iman!

I remember the day you were born, abah menangis kat labor room. Your birth was very dramatic. A very painful one among the three. You had your umbilical cord strangling you three times and you were in OP position. They had to have you vacuumed out to the world.

I also remember the year before, we were really trying for you. I took clomid and bromociptine. The supposedly 'fun and happy' process turned into somewhat 'chores' in manner *blush*. You were conceived on the second cycle. I was over the moon! Allah answered our prayer.

Now, despite all the difficulties in raising you, likewise your other siblings, you have your own special place in my heart. Thank you son, for all the experiences you made me went through along with you. You helped me to realize the meaning of redha and the boundless love between a mother and a child. You, made me become a better person than I used to be.

Happy 5th Birthday Iman.
Thanks for everything.
I love you.

present.. Construction Devastator.
It's a supreme combiner u olss!


blowing candles..

Entry on Iman's 2nd birthday here.
His 3rd here. We did not celebrate his 3rd's, I was so busy vomitting that time he he.
And his 4th here.

* Likewise previous years and likewise his siblings, we bought him cakes to be shared with his kindy frens. He decided to celebrate at home last night (eve of this birthday) nevertheless. So, candles were blown, cake cut, happy birthday song sung and followed by silly teka-teki session led by Kakak. We had fun albeit the low key.

** Today he refused to go to kindy. We sent the cakes nevertheless, celebration amongst his frens, sans the birthday boy.

Facts:
Name - Muhammad Iman Bin Ismadi
Place of Birth - Ampang Puteri Specialist Hospital
Time & DOB - 1.37p.m. 3 November 2004
Weight - 3.3kg
O&G - Tan Sri Datuk Dr Jemilah Mahmood
Cord was cut by Tebby, thanks Dr Jemilah for kindly letting the father do it.

Thursday, September 03, 2009

Post-Sulking

Ya betul saya merajuk dua hari lepas. Gara-gara si Dia terlupa Ulangtahun saya yang ke-35. Burukkan ibu pertengahan 30-an merajuk? Ingat kawan, age is just a number. When it comes to certain issue, I'm still young at heart. And others, I can be older than 35. As for the sulking, let's put it on the younger side of me.

Mungkin ada yang hairan kenapa saya berkesah? it's your own choosing sebenarnya. Kalau mahu tak kisah, up to you. But I choose to care and mind, no matter how insignificant the things may be to some. Small gesture goes a long way, you know.

Serentak itu juga, Ulangtahun Perkahwinan kami ke-9. Di waktu si Dia mencuri hati saya 10-11 tahun lepas, saya rela. Tak perlu pulangkan, simpanlah hati saya itu sampai bila-bila. Saya sangat-sangat rela!. Tambah manis, ijabkabul kami pada 31 Ogos 2000. Double celebration. Tarikhnya pula sememangnya akan forever bercutilah selagi hidup di bumi Malaysia. Bila si Dia pujaan hati saya terlupa, maka double lah jugak kesedihan saya. Saya ambik hati. Hati yang saya rela dicuri laaaamaaaa dulu. Hati yang dua hari lepas, remuk redam.

The day after, diam-diam dia belikan saya hadiah. Sebenarnya saya cuma mahu si Dia ingat tarikh-tarikh bermakna itu. Tak perlu hadiah. Suami saya ini kawan-kawan, bukanlah seorang yang romantik. Kalau mahu turun kereta, tak perlu tunggu dia bukakan pintu. Turun sendiri saja. Katanya dulu, tak perlu bouquet of roses, bukannya boleh dimakan. Katanya dulu, tak perlu candle light dinner, tak nampak makanan. Tapi hari itu, dia keluarkan 3 mawar merah. Nahh... hati saya terawang-awang. Saya mula tersenyum-senyum. Dipendekkan cerita, kami berdamai. Siap dengan makan-makan iftar di San Francisco Steakhouse kemudiannya.

Kepada si Dia pujaan hati saya, Selamat Ulangtahun ke-9. Mohon Allah berikan keberkatan dan kasih sayang berkekalan dalam rumahtangga kita. I pulangkan balik hati I yang you curi 10-11 tahun lepas, yang I buruk siku ambik balik hari tu. Thanks for the wonderful years. Thanks for the Tissot. I love you.




Tuesday, September 01, 2009

Makan Berdamai

Kalau ada yang perasan, I've pulled back my last entry. To friends who commented and left soothing words, thanks. I really appreciate that. Apparently it just slipped his mind until this morning, when he saw his casio that I bought for him for his birthday earlier this year. Yes Zarid, I do hope he loves me as much as I, him.

To cut things short, we're having 'makan berdamai' at MidValley as iftar.

Yes, I do have things to tell. Wait up yaa...

Saturday, August 08, 2009

Happy 8th Birthday Dear Princess


Kakak turns 8 today.

I had planned for a small scale celebration with sedara mara terdekat earlier on but since she's still not 100% well, we ended up buying a cake of her choice (after much coaxing from us, that is) and celebrate within our household. Sangat low key okay.

We did not get anything for her as she already got a winter coat the other day. Yes people, winter coat. She wanted one, she got one. Yang nipis je lah, ada bulu kat depan. Kaler hitam. Me, a panther, she said.

Coincidently, on her birthday, we were in Ampang Puteri, her birth place. She was born a healthy 3.5kg baby on 2.20pm, 8th August 2001. She was delivered by Tan Sri Datuk Dr Jemilah Mahmood. I hope one day Kakak will be like her. Berbakti kepada yang memerlukan.

Happy 8th Birthday Kakak.
Ummi sayang Kakak.

birthday girl


blowing candles on her cake


adam, meng-usha kek Kakak

Monday, May 11, 2009

Happy 1st Birthday Adam


Cepatnya masa berlalu. Adam turns 1 today!
(lihat atas, dia juga sudah upgrade susunya dari 0-12 bulan kepada 1 tahun dan ke atas)

Sebelum menyedari kewujudan Adam, we always thought we were not ready for more babies. Nevertheless when the UPT was +ve, we were overwhelmed with joy. Read here. Allah tested us the first time when we did not see him during check-up. We panicked. We thought we were not ready for another baby and yet when something was amiss, we were devastated. Read how worried we were here and how relieved we were when Dr Ashar confirmed Adam was there, here.

Adam was my gravida 3. Being pregnant with him was not a smooth one. I had morning sickness for 4 months straight. I lost few kg. I hated plain water. The smell of furniture made me vomit. It was fasting month that the first few weeks took place. Even when I fast during the day, nothing really entice me into eating. Nak raya pun takde mood. You can read here, here, here, here and here. Actually there's more on this, but lets not go there. Click on label 'gravida 3' for more telltale. Morning sickness was my 2nd test and I had UTI, for the 3rd one. Read here, how bad it was, I could barely stand!

Long story short, in 5th month, I was recovering. Appetite, health as well as mood for shopping. And weight. I has a series of shopping spree. Most of the things during Iman and Kakak were given away so I had very good excuse to shop. Read and photos here.

Tebby was the one who decided the baby's name was going to be Muhammad Adam. We were toying with, among others, Muhammad Soleh, Muhammad Abdullah, Muhammad Yusof. Adam means 'example'. May he be one to others, insyaAllah.

Adam, was born at 3.22am, 11th May 2008. We celebrated Mother's Day that day but he took the limelight he he. He was a big round 3.74kg baby boy. Have a peek here, on his first photo session. Nevertheless, his blood circulation was bad, heartbeat was low and he was all pale and white. He ended up in NICU. Read my entry on June 1, 2009 for full story. We only went back home after the 6th day.

There's so much to tell but there's a better way doing it. Pse search under label 'Adam' for more stories. And loads of photos of Adam during his 1st year.

So, today we brought 3 big boxes of cupcakes ordered from Yati. Adam celebrate dengan kawan-kawan di taska okay. HAPPY 1ST BIRTHDAY Adam Sayang.







Btw, lain orang sambut birthday, lain orang dapat barang. Apakah? Tungguuuu.....