Showing posts with label Anniversary. Show all posts
Showing posts with label Anniversary. Show all posts

Monday, September 03, 2012

of 12th Anniversary

31st August 2012

thanks Yang for 12 years of togetherness (and more to come, InsyaAllah)

dua belas tahun lepas,
makan kongsi sepinggan - jimat katanya

dua belas tahun kemudian,
makan kongsi sepinggan - cinta katanya!


:D

Tuesday, August 31, 2010

The Big One O Anniversary + The Not So Graceful 36th Birthday

baca angan-angan saya di sini. akhirnya dapat jua...
FOSSIL crossbody ISLA




Terima Kasih Yang
Kerana sudi memperisterikan I, wanita yang penuh kekurangan ni.

Terima Kasih Yang
Setelah 10 tahun kita berumahtangga, kita punya 3 anak yang comel, nakal, bijak dan 1001 macam perangai lagi. Pendek kata, meriah. Mesti jiran kita ingatkan anak kita ada 7-8 orang kot kalau ikutkan kekecohan tiap-tiap hari. Jangan lupa, kita hampir punya 5 anak sebenarnya! Apapun, like you said, rencana Allah pasti yang terbaik buat kita.

Terima Kasih Yang
Kerana sudi berkongsi rasa sayang you dengan I. Walaupun I PMS, post-natal stress, gendang gendut yang tak hilang-hilang walau selepas 9 tahun bersalinkan anak sulung kita. Dan sanggup temankan I shopping sampai you sakit tumit.

Terima Kasih Yang
Kerana menyara I 100% for the past few months lepas I jadi TSAHM. In addition to that melayan I merengek nakkan beg FOSSIL yang rugged itu. Tapi I tak mampu nak belikan you apa-apa untuk anniversary kita, sebab kalau I beli jugak pun, tetap you yang kena bayar :P

Terima Kasih Yang
Happy 10th Anniversary.
Semoga perkahwinan kita sentiasa bahagia-bahagia saja sampai bila-bila.



our wedding date + my birthdate
(yang nombor tu lerrr...)

Thursday, September 03, 2009

Post-Sulking

Ya betul saya merajuk dua hari lepas. Gara-gara si Dia terlupa Ulangtahun saya yang ke-35. Burukkan ibu pertengahan 30-an merajuk? Ingat kawan, age is just a number. When it comes to certain issue, I'm still young at heart. And others, I can be older than 35. As for the sulking, let's put it on the younger side of me.

Mungkin ada yang hairan kenapa saya berkesah? it's your own choosing sebenarnya. Kalau mahu tak kisah, up to you. But I choose to care and mind, no matter how insignificant the things may be to some. Small gesture goes a long way, you know.

Serentak itu juga, Ulangtahun Perkahwinan kami ke-9. Di waktu si Dia mencuri hati saya 10-11 tahun lepas, saya rela. Tak perlu pulangkan, simpanlah hati saya itu sampai bila-bila. Saya sangat-sangat rela!. Tambah manis, ijabkabul kami pada 31 Ogos 2000. Double celebration. Tarikhnya pula sememangnya akan forever bercutilah selagi hidup di bumi Malaysia. Bila si Dia pujaan hati saya terlupa, maka double lah jugak kesedihan saya. Saya ambik hati. Hati yang saya rela dicuri laaaamaaaa dulu. Hati yang dua hari lepas, remuk redam.

The day after, diam-diam dia belikan saya hadiah. Sebenarnya saya cuma mahu si Dia ingat tarikh-tarikh bermakna itu. Tak perlu hadiah. Suami saya ini kawan-kawan, bukanlah seorang yang romantik. Kalau mahu turun kereta, tak perlu tunggu dia bukakan pintu. Turun sendiri saja. Katanya dulu, tak perlu bouquet of roses, bukannya boleh dimakan. Katanya dulu, tak perlu candle light dinner, tak nampak makanan. Tapi hari itu, dia keluarkan 3 mawar merah. Nahh... hati saya terawang-awang. Saya mula tersenyum-senyum. Dipendekkan cerita, kami berdamai. Siap dengan makan-makan iftar di San Francisco Steakhouse kemudiannya.

Kepada si Dia pujaan hati saya, Selamat Ulangtahun ke-9. Mohon Allah berikan keberkatan dan kasih sayang berkekalan dalam rumahtangga kita. I pulangkan balik hati I yang you curi 10-11 tahun lepas, yang I buruk siku ambik balik hari tu. Thanks for the wonderful years. Thanks for the Tissot. I love you.




Tuesday, September 01, 2009

Makan Berdamai

Kalau ada yang perasan, I've pulled back my last entry. To friends who commented and left soothing words, thanks. I really appreciate that. Apparently it just slipped his mind until this morning, when he saw his casio that I bought for him for his birthday earlier this year. Yes Zarid, I do hope he loves me as much as I, him.

To cut things short, we're having 'makan berdamai' at MidValley as iftar.

Yes, I do have things to tell. Wait up yaa...