Showing posts with label Places We Go. Show all posts
Showing posts with label Places We Go. Show all posts

Thursday, January 20, 2011

Rombongan ke Petrosains


Dari minggu lepas anak-anak ai dah target nak outing hari ni. Iman siap bulatkan kalendar date 20 Januari kasi abah tengok dan dah inform abah awal-awal nak keluar pegi Petrosains. Since kebanyakan keributan dan keserabutan dah hampir settle down (insyaAllah, mudah-mudahan), we should reward ourselves kan. In this case, meraikan anak-anak.

Fenat! Jenuh jugak rupanya menjelajah Petrosains. Kakak dah pegi 2 kali, tadi her 3rd time and for Iman dah 2nd time. And yet they acted as if tadi was their 1st time. Excited kan main. Adam toksah citer lah kan. Segenap alam dia nak melawat. Malangnya masa Dark Ride tu (untuk masuk, kena naik Dark Ride ni), orang yang mensajeskan lawatan ke Petrosains telah melalak sekuat hati 'I HATE PETROSAINS, I HATE PETROSAINS', 'SAYA NAK GO HOME, SAYA NAK GO HOME'. Konfius Ummi kejap, bukan Iman ke yang beriya-iya sangat nak ke Petrosains in the first place? Nevertheless, once we were in, mulalah lupa kenangan pahit Dark Ride tu.

The kids enjoyed themselves. Every station tu ada aje benda depa boleh explore. Jom tengok gambar-gambar kat dalam tu. (Tak banyak gambar upload.. Meksis selow)


sebelum masuk, posing dulu yer anak-anak


with mock-up of siberian tiger jaw bone


the boys having fun


nak ke mana dik sampai mata camtu sekali ha ha


teropong, jangan tak teropong


Habis aje melawat, nightmare Iman berulang kembali pasal kalau nak keluar, kena naik Dark Ride tu sekali lagi. Kali ni masih meraung, cuma volume tu kurang sikit :D

Lepas budak-budak ni pau Ummi (guna duit poket Abah bagi sebenarnya heh heh) beli souvenir, kami lunch kat Little Penang Cafe. Lunch jam 4 petang, apa nak panggil ye? Teunch? (Lunch + Tea). Takde gambar pasal mood hilang sudah. Belum lagik makanan sampai, sebiji gelas dah selamat pecah...

Sunday, July 25, 2010

Fibrecomm's Family Days 2010

Pinjam belakang suami sapa ntah ni. Sorry ye bang, kak..


Dates: 23rd - 25th July 2010
Venue: Bukit Gambang Resort City.
Event: Family Day Fibrecomm Network (the company Tebby works for la, I am not working kan now ni)

All Fibrecomm staffs were given a day leave on Friday but we departed KL well after Jumaat prayer. Iman's class ended at 12.30pm and as usual, only at 12.45pm was he 'released' out. We could not departed any earlier than that. Journey was OK and after cleaning up Adam's vomit somewhere near Karak hiway, we arrived in BGRC at almost 6.00pm. The pool closed down at 7.00pm sp my kids just drooled from the balconi.




First event was BBQ Dinner. BBQ-ed udangnya sangat sedap okay. I just had to have more and more. Got BBQ-ed lamb as well. My kids gawked at the whole-lamb being grilled. Food? Terlalu banyak untuk dihabiskan. Entertainment on the first night was a karaoke competition inter-house (depa siap ada rumah merah, kuning, hijau bagai u olsss) and a clown doing that balloon thingy. We all tak tunggu sampai event habis, anak-anak dah tangkap lentok nak tidor.

menu.. yang panjang berjela..


Ada one girl tu siap order camni 'badut, badut.. anjing putih satu'. The clown had hard time (but he was patient enuff, I must say) coping with demand. Kids from other events swarmed him as well hu hu.


Second night dinner was nasi putih with lauk-pauk. Entertainment was Fuyoo Magic, specially brought from KL. Dik, your last show tu kan, pretty obvious sangat tangan hijau tu tipo punya. Tapi yang lelain tu was really entertaining. I like your dotted card most. There was also live band (comprises of staff and children of staff). Rendition included lagu-lagu dari seberang (ai loikeee) and dari tanah air kita jua.

Atas - Baju belang tu anak ai. Adam.

Bawah - Ni semer harta peribadi staff. Jimat belanja..

Other than that they held telematch and paint-ball. Telematch tu we all pegi tengok aje, tak join. Anak-anak pun taknak join. Paint ball Tebby pegi, while me and kids had a dip in the pool. I am all burnt and dark.. pasni kena tempel lah segala krim pencerahan dengan gigih sekali heh heh. Kali ni tak pegi pon wet-park nya walaupun dah dapat tiket. Main kat pool hotel jekk.

Tangan Iman.. besau kan?




Iman dengan Kakak, sempat lagi bergaduh kat pool *sigh*

Adam. Berenang la sangat tuuuu!!


We departed BGRC after lunch. Stop kat Temerloh for short family affair. Then headed to KL at 6.00pm. Jem sangattt.. sampai BTHO at almost 9.00pm already.

That was our second Family Day with Fibrecomm (probably the last as Tebby's contract is expiring soon). Last year they held it at Pangkor Laut Beach Resort. I did not blog about it for I just had a miscarriage soon after the event.

But anyway, read our short vacation end of 2009 at BGRC here, here, here and here.

Sunday, June 06, 2010

First Leg - KL..Kedah..KL

Done with Leg-1 of cuti sekolah kali ni. KL-Kedah(Sungai Petani)-KL. Keluar semalam jam 8.00 pagi, sampai KL semula jam 8.30 malam tadi. Perjalanan yang panjang dan memenatkan. Jauh satu hal (kira-kira 800km to-and-fro), traffic yang heavy satu hal lagi.

Saya, kalau kata nak bertolak jam 8.00 pagi, insyaAllah by 7.30 pagi semua luggage dah beratur tepi pintu. Jam 8.00 pagi tu bermakna dah naik kereta dan bertolak, bukan baru nak bangun tidur. The night before selalunya saya pastikan kain baju dah simpan elok, yang belum basuh berada pada tahap minima. No dirty dish dalam sinki or any leftover atas meja makan. Anak-anak saya dah pesan awal-awal untuk bangun awal dan bersiap cepat. Alhamdulillah depa memang jenis early birds so takde masalah sangat bab tu. There's a Bree (go figure the character here) in me, yes I admit (but I am definately not a 100% Bree okay) Makanya, hari Sabtu, jam 8.00 pagi, kami bergerak dari rumah menuju ke utara. My parents, yang sepatutnya bertolah jam 8.00 pagi dari Temerloh, bergerak dari rumah kira-kira jam 10.00 pagi dan adik saya pulak tiba-tiba nak ikut sama, which made them to move at 11.00 am.

Singgah breakfast di Restoren Jejantas Sungai Buloh. Banyaknya kereta, ramainya orang.. masyaAllah. Nak parking satu hal. Nak cari tempat kosong untuk makan pulak, satu hal lagi. Sudahnya makan kat kopitiam sebelah KFC. Food OK, servis pulak, seeeelllowwwww. Dah tau cuti sekolah, ada 2 orang je manning the whole outlet. Orang tu lah nak ambik order, orang tu lah jaga cashier, orang tu jugak nak pi toast roti. So... lamalah beratur kan. Kena plak ada minah kat depan tu, masa beratur lama tu tak reti-reti pikir nak order apa. Sampai kat depan barulah sengih sana sengih sini nak pilih makanan. Tolong ya, sapa-sapa yang ada sifat macam ni, anda menyusahkan orang lain ok. Irritating. Sejam gak lah kami kat Sungai Buloh tu.

Masuk aje PLUS highway, kereta dah mula banyak.. kira dari KL ke Sungai Petani tu memang on-off jam. Most of the time kena slow aje. Paling laju boleh tekan minyak cuma 120km/j saja. Sejak kawin 10 tahun lepas, ni journey paling jauh by road saya dan En Tebby. Nasib baik saya memang kaki stock-up makanan kalau nak bertravelling. So budak-budak tak grumpy lapar or haus. Selalunya soft roll, some junks and juice. Jangan tak tau sepanjang KL-Kedah-KL, anak-anak saya menghabiskan 16 ketul soft roll! Tu tak kira lah jajan lain or berapa botol juice yang habis.. layannn...


On the way terserempak Geng Caldina tengah konvoi. Berpuluh-puluh kereta. Bersusun-susun kat lane tengah. From the sticker, it says Drive For Charity or something like that.

Kami singgah R&R Sungai Perak untuk re-fuel kereta saja. Tak singgah makan sebab
1) Anak-anak kata masih kenyang (sebenarnya depa tak sabar sampai hotel untuk meng-spash dalam swimming pool) as Tebby put it, depa lapar nak minum air pool je tu.
2) ramailah amat orang, no free parking lot.

Sudahnya singgah di R&R Gunung Semanggol. By this time kami mak pak dah lapar.. budak2.. biasalah... in anticipation nak mandi pool, manjang tak lapar. Terpaksa makan kat bawah pokok aje pasal meja penuh. Ada yang makan kat tepi-tepi walkways aje. Kami nak park keta pon makan masa dekat 15 minit gak. Nak buat cemana kan, dah nama pon cuti sekolah, semua nak keluar time ni.

Sampai Sungai Petani jam 3.00 petang. Check in kat Emerald Puteri, very near to tol Sungai Petani Selatan. Lepas tol, di simpang yang mula-mula, belok kiri. Convenient la pasal dekat dengan kedai-kedai, senang nak makan. Saya book Puteri Suite, cukup besar nak accomodate kami 5 beranak plus sorang bibik. Bilik OK, it's a 3-star and room-wise, lived up to its number of stars. Kena pulak bilik kami kat tingkat 8, paling dekat dengan swimming pool.

Exit 168 yerr... ambik SP Selatan



Emerald Puteri, end of shop lots. Belakang tu ada Parkson Ria. Bilik pulak, living and bedroom separated by a sliding door. Bilik ayaq luaihh hat dalam bilik.. ada 3 stall, shower stall, toilet and a bathtub. Hat kat area living tu ada sink sama toilet ajaa..


Swimming pool, walaupun kecik, okaylah. Takde tiles yang retak or tercabut cam kat Impiana Cherating. Me, as usual kat kiddy pool je lah melayan Iman dengan Adam. While I was there, ada 2 orang budak kecik lost footing and jatuh tertiarap dalam air, floated but face down. Mommies, while at tempat berair cam tu, always look after your child. Seconds kita terlepas pandang macam2 boleh jadi.


Ingat nak ambik gambaq budak-budak bawah nih, tak dan apa-apa depa dah terjun pi dalam pool.



Anak jantan chek. Note Iman's new swimsuit. Hat lama dah tak muat dahh... Baju 'kwebb' katanya.. pasal ada gambar kecik crab kat dada belah kiri nun..


Kakak, tengah dok pasang goggles. Tu pun swimsuit baru pasal yang lama dah sendat.


Room service pun cepat dan efektif. I use their 'bell boy' service, mintak extra laundry bag and order food. Semuanya memuaskan hati. Drawback? Food (except for its kuey tiaw which I ordered via room service) and buffet area. Food tak banyak variety and rasa cam kurang sikitlah. Buffet area ada lipas kecik dok bersantai-santai buat lintas langsung.

My parents sampai jam 8.00 malam. Esoknya jam 12.00 tengahari bertolak ke Tikam Batu ke wedding adik my SIL. Waktu tu baru lepas hujan lebat so the weather was just nice. Tak panas, tak sejuk. Food sedap (to my tekak lah, En Tebby kata biasa je). I like rumah parents SIL tu, banglo setingkat, tak kecik tak overly besar. Just nice. And beautiful landcape too. Sayang tak ingat nak ambik gamba sikit...

Kami bertolak balik jam 2.00 petang. As expected, perjalanan balik pun sama sesak macam perjalanan pergi. Singgah di R&R Juru untuk solat dan salin baju. Minta maaf lah.. walaupun saya selesa ke ofis berbaju kurung, untuk perjalanan jauh dan lama, saya sanggup salin baju pakai tshirt dengan seluar panjang. Next stop selepas Juru was R&R Tapah. Mak aihhh... ramai sangat orang. Waktu kat dalam toilet pun ada orang ketuk-ketuk pintu.. to which Iman said 'ada owammm! ada owammm!' Kat pavement macam pasar malam! Sempat jugak makan aiskrim kat Baskin Robbin and beli jambu sikit. Kalau difikirkan ramainya orang, rasa macam tanak singgah tapi kesian anak-anak nak lurus-luruskan kaki dan hirup udara luar sikit kan. Especially Adam yang strapped in his car seat sepanjang perjalanan. Sangat membantu guna car seat ni ya puan-puan. Selain for safety, senang nak manage the kids. Tapi kena start awal. Sedari infant dah kena ajar dok dalam infant seat, then car-seat. Lepas Tapah, tak singgah mana-mana dah. Terus balik KL dan sampai jam 8.30 malam.


Tol Juru. Ada musykil sikit, pasal apa kena lalu tol walaupun belum exit PLUS hiway ek? All the way to utara is under PLUS kan? Or different concession?


Esok nak start 2nd leg pulak. Another 910km to go.. Cherating... here we come...

Saturday, June 05, 2010

School Holiday Special

School Holiday is back! Yang pegi balik keje, lega sikit as usually traffic will be lighter during cuti sekolah. Bibik-bibik pening melayan kerenah budak-budak bercuti yang 24 jam ada kat rumah. Cikgu-cikgu dapat rehat sekejap.

As for us, sejak ada anak yang dah bersekolah, akan ambik cuti melayan anak-anak nak ke mana-mana atau balik kampung. Kalau cuti term lepas kami ke Avillion, PD, kali ni perjalanan agak panjang sikit.

First leg: KL --> Kedah --> KL
Ke Kedah untuk attend wedding adik SIL saya di Tikam Batu. One of my brothers and both my parents ikut sekali but we go separately. Diorang bertolak dari Temerloh, balik Isnin. Saya cuma semalaman je. Last minute book hotel (semalam!), nasib baik ada yang available lagi.

Second leg: KL --> Cherating --> Terengganu --> KL
Ni balik kampung Tebby sebenarnya. Tapi dah alang-alang lalu along the coastal area tu kan, singgah semalaman di Cherating. Asalnya plan nak singgah di Kijal tapi Awana dah fully booked on our chosen date. Jenuh jugak nak cari bilik kosong. Dari Paka ke Kijal ke Kuantan ke Cherating. Akhirnya dapat bilik kat Holiday Villa. (Bacakan 'persinggahan' pertama kami di Cherating di sini, June 2009) Di Terengganu tak sure berapa hari lagi tapi mesti cover makan seafood fritters di Batu Rakit, makan di Restoren Penyu, nasi campur Sofinaz dan nak melawat kedai emas kat sana.

So nanti kan update Kak Mon ya.
You all pulak macamana?

Tuesday, March 16, 2010

Avillion Port Dickson 14-15 March 2010

We're backkk!! I am all burnt and my skin getting itchy already (from forgetting to put on sunscreen) and sore muscle somemore (from running around, not swimming he he). Avillion was beautiful.. amidst lush greenery.

Sampai PD around 12-ish noon. Masih awal so we had lunch first. Avillion full house the night before so no luck checking in early. While waiting for our room, we had fruit punch (welcoming drinks - free, which Iman kata tak sedap) and the kids were restless as they wanted so much to dip in the pool (they actually did that before our room was even ready).

lobby area

Iman.. komplen fruit punch tak sedap.. betuah betul...



Since I did my booking on the very last minute, I took whatever that was available (that option exclude their suite by the way). Masa nak book tu, only ONE room was left so imagine tangan makcik menaip selaju mungkin to secure that LAST room. Got it, not knowing it was a split level room. Fes taim makcik dapat bilik hotel dabel stori u olss! Padan le masa masuk tu, ala-ala terkujat pasal tak jumpa katil he he, nampak living area ajek.

Anyway, why Avillion? We could only afford a one-night, cuti-wise and money-wise. Avillion has things that were just enough for that kind of period of time, without you having to go around town. They have 3 pools i.e. 1 kiddy, 1 pool biasa with 1.2m depth and a lap pool untuk mereka yang pandai berenang. Being me, tau la kat mana I ended up at kan. My kids spent most of their time in the pool. Macam tak reti reti nak naik ke darat adoiyaiii anak-anak oii. Hak kenit sekali tu ada eksiden on the first day. He wanted a ball so Tebby bought him one. Terlepas pandang just few seconds only, he was nowhere in sight, only the ball left (baca dan bayangkan ala-ala cerita omputih u ols). Dia terjatuh dalam kiddy pool, I guess from chasing his ball. Kalau ikut height memang dia tenggelam but miraculously, he stayed afloat kicking in the water. Of course la kalau biarkan dia lemas but for that few seconds, alhamdulillah dia timbul. He drank a bit of pool water (and everything that came with it euwwww) and had a nightmare malam tu. Kept on terjaga-jaga and menangis sekuat hati. Adam, Ummi pun nightmare di siang hari sebenarnya masa nampak Adam terkapai-kapai menendang-nendang dalam air tu.





Kakak missed Little Chef activity (pasal sibuk sgt berendam dalam pool), by which the kids can join a baking session. Panjang muncung dia sebab frust. Lagi frust when after an hour, the products were brought out and the kids involved got to admire their work. Petang tu, we took leisure walk to the other end of Avillion where we stumbled upon a petting zoo. Adam was sooooo excited. Whatmore at the end of our walk, terserempak dengan peacock yang sombong. Sukalah anak-anak ku. Terubat hati sapa-sapa yang tak sempat join Little Chef tadi tu he he. In Avillion, they let peacock and peahen roam free there. When we came near, it made angry sound. The petting zoo opened at 10.00 a.m the next day so berkerumun le anak-anak (dan mak pak yang sebok memfoto anak masing-masing, termasuk le makcik) memberi makan (sambil mengharrass pon ada) rabbits, ayam and tortoise.


look at how excited he is!


hemm... stop and smell the flower they say huh Adam?


petting zoo... the next day.
Kakak tunggu tortoise timbul

Iman. Dah berani nak usap-usap ayam ni and let it ate from his hands

inilah rabbit kesian tu. taktau le apa salah dia, kena tampar dek Adam

As for Iman, he made so much progress. Dia dah berani masuk air separas dada and when given a pair of goggles, dia berani masukkan muka dalam air (muka aje yerr... bukan kepala sepenuhnya). Dia pun berani pegang binatang kat animal farm tu.

Makan, for me so-so je lah. Malam tu hujan lebat and we were too tired to even go out so in-room-dining je lah. Next morning buffet breakfast. Spread so-so.. bolehlah, nothing to shout about. Tak tau le kot-kot its buffet BBQ sedap tapi mahal la amat. Kalau kami berdua aje boleh tau try tp dengan anak-anak rugi je in the sense that depa makan tak banyak mana ponnn.

Remember pasal bilik kami split level tu? In the end all of us slept in the living area (memang bawak toto) and the bedroom takde sapa-sapa pon tidur ha ha.



few last photos before balik KL.
the kids at the beach.

Friday, March 12, 2010

Cuti Sekolah

Esok sekolah dah mula cuti, sampai Ahad depan nun. Takde plan besar pon. Budget pon tak besar, plus kena jimat cermat cuti sebab bibik mungkin tak dapat nak balik lagi minggu depan. Minggu ni Tebby dah cuti, minggu depan saya pulak. Minggu selepas tu taktau lah macamana. Nursery memang banyak tapi dengan anak-anak yang extra sensitif dan senang menjangkit selsema, batuk and the likes, kalau boleh nak minimakan menghantar ke taska.

Yang nyata, kalau dizinkan Allah, Ahad ni kami ke Avillion Port Dickson. We have set Port Dickson sebab not too far from KL. Why Avillion? Dari hasil browsing through, Kakak berminat nak pegi situ. Ada beach (she doesn't fancy the beach anyway), ada pool, ada kids kabin, ada nature's walk, ada some animals (yess.. peacock, she likessss!). I booked online, masa nak book tu, bilik yang kami mampu nak sewa ada tinggal satu je lagi... ketar-ketar tangan makcik menaip selaju mungkin membuat booking he he. Berjaya. Satu malam je kat sana. Isnin balik KL.

Avillion Port Dickson
Photo from
www.agoda.com

Other than that, tak ke mana-mana kot. Kalau sempat nak slot in Kuala Gandah.. got fen (elephant in Adamspeak) there. But see lah how.

Photo from the web above



To those who's taking leave and go somewhere, be it near or far, drive carefully and have fun ya!

Saturday, February 27, 2010

Piknik di Port Dickson

PD.. here we come!!

It was not planned for. Thanks to all the tension revolved around us these few days. Out of the blue Tebby suggested for a picnic. So, picnic it was then. Kalau pegi dekat-dekat sangat, takde feel lah kan. Given pantai or sungai, Kakak pilih pantai. No pantai in KL except two that I know of, one being the place where I work (Pantai Baharu) and the other one is where I often have my lunch date (Pantai Dalam). Those, are far cry from sandy, watery beach. Yang ada cuma kesesakan jalanraya saja.

So, Port Dickson then. Tak jauh sangat, tak dekat sangat. Specifically Blue Lagoon. Takdenya Brooke Shields yerrr kawan-kawan. And it was a day trip, pegi pagi, balik petang. Ni langkah-langkah penjimatan juga.

Early birds as we always are, kami sampai PD around 9 am. Dah ada orang tapi tak ramai sangat so we got to secure a spot under pokok2 and very near to the bontot of our kereta. The kids, yang belum sarapan, terus aje nak pegi main kat air and insisted that they were not hungry. Ye lah tu, sikit jam lepas tu, depa makan sandwich sampai tak ingat Umminya huh. Since I forgot to bring apa-apa peralatan untuk main pasir, makanya belilah a bucket with all those penyodok and whatnots. Also a ball for Adam. Kononnya takut Adam nak tidur nanti, I bought one tikar to place the tilam which we brought from KL. The tilam never left the boot anyway he he. Ye lah, why sleep when you can have fun, kan Adam?

Since it was just 9, air masih pasang. I was wondering, whylah people flock there when there's mud kat tepi-tepi tu. After few hours, bila air surut, there.... sandy beach. Boleh jalan jauh-jauh since pasirnya terbentang luas sampai kat depan nun. But still need to jalan thru that lumpur to get to the sandy part. Tak kisahlah, the kids had fun sampai hitam kulit. Adam, the bravest of them all. He waded his way thru dengan air lebih paras pinggang dia then ran all his will on the beach. Yang herannya time dia lari tu, muka dia cam serius giler ha ha. Kakak, althought she was the first to get in and last to get out, claimed she'd prefer pool or water theme park than to a beach. Iman, macam biasa, he took his time trying to adjust and only got in the water 1-2 hours after Kakak dengan Adam dah berendam sakan.

Nota - perbandingan masa air pasang dan surut kat gambar kat bawah ni ha..




Public amenities were good, they have surau, cafe, stalls selling balls, shorts, swimsuits and whatnot. The toilets are clean but the shower stall had no curtain or door. Tak kan nak mandi bogel plak kan? Makanya, mandilah secara berpakaian. Pastu baru tukar baru. Nasib baik bawak towel banyak, boleh le nak cover atas bawah!

Menjelang tengahari, kulitpun dah terbakar, budak-budak dah penat (dan mak pak penat tangkap budak-budak bawak keluar dari laut), we made our way back home. Sampai rumah around 3 pm.

Seronok. We should do this again.

Adam with one of his senyum simpulnya
Iman, cobaaann memakan ketam secara mentah
abah dia lah ajar tu


my eldest



sebelum mandi, pow Ummi beli aiskrim dulu.