Saturday, August 08, 2009

Happy 8th Birthday Dear Princess


Kakak turns 8 today.

I had planned for a small scale celebration with sedara mara terdekat earlier on but since she's still not 100% well, we ended up buying a cake of her choice (after much coaxing from us, that is) and celebrate within our household. Sangat low key okay.

We did not get anything for her as she already got a winter coat the other day. Yes people, winter coat. She wanted one, she got one. Yang nipis je lah, ada bulu kat depan. Kaler hitam. Me, a panther, she said.

Coincidently, on her birthday, we were in Ampang Puteri, her birth place. She was born a healthy 3.5kg baby on 2.20pm, 8th August 2001. She was delivered by Tan Sri Datuk Dr Jemilah Mahmood. I hope one day Kakak will be like her. Berbakti kepada yang memerlukan.

Happy 8th Birthday Kakak.
Ummi sayang Kakak.

birthday girl


blowing candles on her cake


adam, meng-usha kek Kakak

Post ERPOC Check-Up


My 5th August was cancelled coz Dr Ashar was not around on that date so we have it rescheduled on 8th August 2009.

It was Saturday. We need to bring Kakak as well to screen for H1N1. She's getting better but better be safe than sorry kan. Tengah-tengah bersiap tu, Iman bangun pulak so he tagged along. Adam stayed home with Bibik Ros. We, the 4 of us went.

Kakak, after just initial temperature check, is not having H1N1. Sungguh lega okay.

As for me, I had my stomach scanned. Dr Ashar confirmed there's nothing unwanted left and my uterus has gone to its normal condition pre-pregnancy. He said there's no 'berpantang' period should we want to try for another baby again but he'd prefer if we wait until I got my period first. Tebby still undecided on this. Me? I want! I want!.

I was given a table to fill in once I got my menses back and to see him for pap-smear end of the year.




Thinking back, had all my babies survived, we would have 5 children! We lost Iman's twin, who would've been our 3rd and the recent miscarriage was supposed to be our 5th. Takdir Allah, we have 3 and they're handful like having 5 as well!

Thursday, August 06, 2009

What Could've Been


I am supposed to see Dr Ashar today for my routine ante-natal checkup. Had the baby been my rezeki, he/she would've been 12 weeks.

The date is crossed out on 16th July, following confirmation of miscarrige by Dr Bee. 17th July was the date I consulted Dr Ashar for second opinion and scheduled for ERPOC.

Anyway, speaking about losing baby in the womb, alhamdulillah, I have strong support group. We experienced similar fate. Sikulat, lost hers just before I lost mine. Jah, lost hers in her 5th month of pregnancy. Yati (she rarely joins us for lunch but one of our friends as well) lost hers too a year or two back. Zue experienced the same thing. The one that experienced the saddest, I would say, Zarid, who lost her boy at birth. We know how it feels. *hugs to you ols*

While mending my broken heart and rebuilding my life back, I found this. Soothing, I'd say.


Rahmat Allah Di Sebalik Keguguran
oleh Dr. Shahrizal Azwan Bin Samsudin, MBBS (IIUM)
blog: www.drazwan.blogspot.com.

Salam,

Ramai pembaca yang memberitahu perasaan sedihnya kerana baru sahajakeguguran cahaya mata. Ada yang baru kahwin dan keguguran, ada jugayang sudah lama inginkan anak tetapi akhirnya keguguran. Tentulahperasaan sedih yang teramat sangat kerana mengalami keadaan tersebut.

Izinkan saya berkongsi pendapat saya di dalam hal ini.

Memang benar bahawa masalah keguguran ini banyak faktornya.

Apabila seseorang ibu mengalami keguguran, ada yang menyalahkanmakanan. "Ini tentu sebab makan ayam penyet atau empel sapi katRestoran Wong Solo, Kg Baru lah ni", kata suami si Polan apabiladiberitahu isterinya baru sahaja mengalami keguguran.

Dalam budaya melayu ada yang menyalahkan buah-buahan atausayur-sayuran. Yang paling popular ialah nanas kerana sifatnya yangtajam. Sejauh mana kebanarannya saya tidak tahu kerana tiada kajiansaintifik dijalankan yang terhadap nanas. Maknanya, kalau puan-puan nakelakkan maka elakkan lah.

Saya pernah mendapat panggilan yang menyatakan bahawa beliau mengandung(luar nikah) dan ingin menggugurkan anaknya. Telah banyak kali cubatermasuk memakan nanas tapi tak berjaya, oleh itu dia mahu mencuba ubatpula. Seperti yang saya biasa jawab, saya tak buat itu semua sebab sayaorang Islam. Nenas pada saya, cara yang paling tidak berkesan untukmenggugurkan kandungan.

Secara amnya, ada banyak sebab terjadinya keguguran. Trauma sepertijatuh motor atau kemalangan boleh menyebabkan keguguran, penyakitkronik seperti kencing manis, penyakit genetik atau autoimun, pinturahim yang lemah, racun, ubat-ubatan, pembedahan ketika mengandung,demam tinggi akibat jangkitan kuman sehingga lah ke stress juga bolehmenyebabkan keguguran.

Terdapat seorang sahabat saya yang bertugas sebagai doktor semasahouseman, beliau mengalami keguguran sebanyak 3 kali berturut-turutsepanjang bertugas. Akhirnya beliau terpaksa mengambil cuti ketika awalmengandung untuk mengurangkan stressnya. Alhamdulillah beliau selamatmelahirkan zuriat.

Pada hakikatnya, menyalahkan sesuatu penyebab sebagai sebab utamakeguguran adalah sukar kerana setiap individu manusia adalah unikpenciptaannya.

Berbalik kepada masalah keguguran itu tadi. Allah menjadikan sesuatu perkara ada hikmahnya.

Allah menyebut di dalam firmanNya, "Boleh jadi kamu membenci sesuatu,padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukaisesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamutidak mengetahui.", surah Al-Baqarah ayat 216.

Ayat ini membicarakan tentang Allah mengetahui tentang perkara yangtersirat dan tersurat. Di sebalik ujian yang diturunkan pasti adahikmah disebaliknya. Yang penting kita berfikir tentang ujian ini danbersabar.

Tahukah anda, bahawa 90% daripada fetus (anak) yang CACAT yangterbentuk di dalam rahim akan gugur? Ini termasuk penyakit genetikseperti Down's Syndrome. Maknanya, sekiranya fetus yang terbentuk itutidak sempurna sifatnya, kurang genetiknya, cacat pembentukannya, makakemungkinan tinggi ia tidak akan dilahirkan dan akan keluar sebagaikeguguran.

Ini adalah hikmah yang besar tuan-puan. Cuba bayangkan kalau Allahmembenarkan kesemua fetus yang cacat ini lahir ke dunia. Apakah yangakan berlaku? Sehinggakan yang sempurna pun Allah jadikan, ada yangdicampak di tong sampah menjadi makanan anjing, ulat dan semut.

Sudi saya mengingatkan di sini, sekiranya ada keguguran, maka ingatlahAllah selalu yang ini mungkin satu ujian daripada Allah dan pada masayang sama ia adalah Rahmat Allah yang besar kepada manusia.

Allah tahu, sekiranya anak yang lahir itu tidak sempurna sifatnya, kitapasti akan tidak tertanggung ujian yang Allah beri. Oleh itu, disebalik tangisan, kekecewaan dan kekesalan, adalah lebih baik berdoaagar diberikan Allah yang lebih baik dan sempurna.

Lagi satu, Apabila kita mengandung tetapi keguguran, ini menunjukkanbahawa puan-puan boleh mengandung dan tak mengalami primary infertilityiaitu kemandulan. Ini terutamanya kepada mereka yang sudah kahwinbertahun-tahun tetapi belum mengandung. Maknanya, peluang puan-puanuntuk menimbang cahaya mata masih ada. Ramai yang saya terjumpa sukarmengandung bertahun-tahun, tetapi selepas mengalami keguguran, beberapabulan selepas itu, maka Allah mengurniakan sekali lagi peluang untukmenjadi ibu. Syukurlah...

Allah memberi ujian dan rahmatNya melalui banyak cara. Yang diuji danteruji, pasti menerima ganjaran daripada Allah. Disebalik ujian pastiada hikmah dari Nya.

Risau! Sekolah Sudah Tutup!

Kakak demam! Selasa lepas dia tak pergi sekolah. Demam panas. Batuk dan selsema. Semalam dah pegi tapi sebelah malamnya temperature dia naik semula. Dia pun lembik, tak banyak cerita macam biasa.

Waktu saya jemput Iman dari Atfal Sayang petang tadi pun, saya dimaklumkan Atfal Sayang akan ditutup sehingga 16 Ogos 2009. SK BTHO (2) ditutup sehingga 12 Ogos 2009. Ya, ada 2 kes H1N1 di SK BTHO (2). Memandangkan ramai budak SK BTHO (2) yang transit di Atfal Sayang dan lokasinya yang hanya berdepan dengan SK BTHO (2), it is a wise idea to stop operating for a while.

Back to us, saya sangat risau. Kakak demam, selsema dan batuk. Kadangkala dia mengadu sakit badan. Ubat memang kami dah bagi ikut timing yang disarankan. Air masak memang sentiasa ada dekat dia. Harap-harap dia sembuh cepat.

Doakan semuanya kembali seperti biasa. Bukan untuk kami sahaja. Untuk kita semua.

Wednesday, August 05, 2009

Back To Office Prep

Today is my the last day of my MC. Sepatutnya today ada appointment dengan Dr Ashar for follow-up check-up after my ERPOC but he's not around. So I had it resheduled on 8th August 2009 - Saturday. Tomorrow should be my first day of working back after all these. I applied for leave tho. Tolak cuti on Khamis dengan Jumaat, cukuplah lagi belen 15 hari sampai hujung tahun kot.

I have started being lenient with myself where eating is concerned. I've taken a bit of seafood and egg (which, a big NO-NO according to my mom's law of confinement). I'm still on jamu, pati ikan haruan, LD Venus. I add lotsa garlic and ginger in my cooking. And I still don't have the guts to indulge in cold/icy drinks/food. I'll wait for another month or two la kot. I've dried up a week or so after the procedure and gained back my energy (and life) 2 weeks after. Pantang 100 hari? Hmmmm....

At times I just couldn't help wondering what's the injury like inside there. For those who are wondering, secara luarannya, takde apa-apa luka pun down there.

Anyway.

Since my office, at times, can be freezing cold, as a preventive measures, I bought these. Pairs of socks from sox world. There, buying socks can be such a difficult things to do. Banyak sangat pesen, lotsa colors to choose from. I ended up buying the normal socks as well the ones with toes. I was tempted to indugle on those colorful, patterned ones but I'm quite sure I'll draw attention in a weird way.


And totally unrelated to pertaining to joining back the workforce on 10th August 2009, I bought hairclips. Rambut makcik dah cukup panjang untuk di-twist and di-turn kan. Dulu2 makcik ikat rambut dengan getah sayur aje ye anak-anak...



By the way.

Tebby is on leave today. We went out and had lunch at Restoren Cina Muslim @Tmn Seri Minang, Cheras. Mula-mulanya tawaf kat Cheras Leisure Mall mencari Din's Cafe. The area is under renovation so we changed venue. We both had Nasi Goreng sepinggan sorang (they came in generous portion, tak larat makcik ngabihkannya). We had Lemon Chicken and Kailan Special in the middle.

Lemon Chicken ini biasa-biasa saja rasanya. Mula-mula not available sebab lemon takde. Dek sebabkan tekak saya ni teringin sangat makan Lemon Chicken plus, saya nampak ada pasar mini kat depan kedai ni, saya pun mengusulkan supaya cuba pi tengok-tengok kot-kot ada lemon jual kat situ. Ada ponnnn...

Kailan Special ni superb. At least to my tekak lah. Hiris halus and deep fried. Set with fried small anchovies on top. The only drawback is that, kuah nan sedikit kat bawah nun masin amat. Di bawah rimbunan dedaun kailan ni ada tersorok dahan-dahan dan batang-batangnya.

Monday, August 03, 2009

Solo Camping


Comel tak? This is for the princess. Cadar tema ala-ala fairy yang dibeli waktu jualan murah Jusco. Ini pilihan dia. Saya kan ibu yang mengamalkan dasar demokrasi (pada kebanyakan masa)

Ni pulak night light bentuk bunga Smilla Blomma dari IKEA. Juga pilihan dia sendiri. Should change the bulb to lower watt. Cerah kan main lagi.. nama je night light. Jenuh saya memaku base nya ke dinding. Saya kan bukan DIY person. Nak ketuk paku, asiklah terketuk benda lain.


Ni pulak dresser Leksvik dari IKEA jua. Yang ni Ummi yang decide nak beli yang mana satu. Kadang-kadang perlu jadi ditaktor jua. It fits nicely with the whole concept bilik tidur dia I think (ayat ala-ala interior designer yang perasan okay).

Alhamdulillah, she's back sleeping in her room. Bayangkan kami 5 beranak cramp in our master bedroom yang tak berapa luas tu. Si Kakak dengan Adam memang buas tidur. Siap kena terajang bagai kalau tido sebelah diorang ni. Kesimpulannya, kalau mau kena kiri dan kanan, tidurlah di antara mereka berdua. Iman tak buas sangat waktu tidur. Mungkin sebab waktu dia tak tidur, dia dah cukup buas! Waktu nak persuade Kakak tidur balik dalam bilik dia (she did slept in her room when whe was 3yo++ but then sebab cemburu buta Iman tido sama-sama kami, dia pindah balik masuk bilik kami... sampailah Adam lahir), saya belikan dia bedsheet yang comel-comel. Barbie, princess tu lahhh temanya. Memandangkan it's her room, saya suka tanya pendapat dia tentang barang apa yang nak dibeli. As long as it fits my budget lah kan.

Saturday, August 01, 2009

IKEA Fever

Sapa kata dok kat rumah duit tak habis?? Actually I don't really dok kat rumah lah. Usually I'd drive to fetch Iman from Atfal Sayang on daily basis. At times I went to buy for provision dekat kedai runcit nearby. Nothing much, ikan sikit, pegaga, santan. That was about it lah. Hari ni saya tak tahan. Tak tahan nak venture jauh sikit. So, IKEA it was then. Takdelah jauh sikit kan... jauh banyak tu. Siap berstokin bagai dengan diiringi bau minyak Herbanika sikit-sikit. Stokin tu pulak getahnya dah longgar. Maklumlah dari zaman bersalinkan Iman hampir 5 tahun lepas lagi dah wujud. It kept on slipping off my feet. Sudahnya makcik cabut simpan dalam henbeg okay. Tu pasal saya suka henbeg yang macam perut doremon. Semua boleh masuk.

Sebenarnya saya cuma nak cari tempat sangkut baju yang bersekali dengan cermin panjang tu. Dalam katalog takde tp tak semua barang ada dalam katalog kan? Sudahnya... (ala.... you ols mesti dah boleh teka apa yang berlaku kan...) banyak benda lain ku beli sama... termasuklah beg pestik IKEA nun.


Cuba tengok... ada tak penyangkut baju bersekali cermin yang konon-kononnya penyebab utama saya ke sana?? The thing is, bila kat sana, semua nak capai, thinking semuanya 'murah-murah'. Once kat cashier, baru tahu how much is the 'murah-murah' when added up altogether. Since we're not good at DIY, terpaksalah kami suruh deliver and pasang sekali nanti. Dalam receipt tu, hak ada tick 2 tu. Dulu pasang sendiri MALM 6-drawers (yang dibeli untuk isi baju-baju Adam).. naik pening nak sudahkan.

Mula-mula ingatkan nak makan kat Bubba Gump tapi Iman nak makan dekat lembu. Marche then..


Kakak dah posing baik punya kat lembu tu, si Iman pi buat aksi korek idung pulok!