Showing posts with label Ramadhan 1431H. Show all posts
Showing posts with label Ramadhan 1431H. Show all posts

Thursday, August 19, 2010

Iftar 3 Ramadhan 1431H


Menu 3 Ramadhan 1431H. My first attempt membakar ayam. Patutnya guna whole bird or kalau nak sikit, half bird. Tapi dalam freezer ada chicken pieces je, so chicken pieces it was then. Sudahnya meratah je.. Habis terawikh menggagau capai kuali buat nasi goreng (oleh En Tebby sebab dia kata kalau Kak Mon goreng nasi, selalunya tak sedap!)

Oh, recipe here.

Iftar 1st Ramadhan 1431H - Menu Sempoi Saya

Bak kata orang ni, better late than never. Sapa-sapa nak tiru menu sempoi ni? Ni hidangan iftar 1 Ramadhan 1431H yer. Busy la sangat sampai tak nyempat-nyempat nak sama-sama bizibodi share menu. Ntah busy kan apa, Kak Mon pun tak tau.

We had Daging Goreng (ala, perap sama garam, kunyit, letak bawang kisar sikit, campur chilli flakes sikit, pastu goreng sama bawang besar dan cili hijau, senang aje), Udang Garlic & Parsely (lihat sini untuk keterangan lanjut) and Sawi Bawang Putih (lihat sini untuk resepi sempoi ni).

Iftar 2nd day - tak ingat dah makan apa.. tapi memang set sempoi jugak.. lagi sempoi dari 1st day punya.





Sunday, August 15, 2010

Puasa Tak??

My first Ramadhan 1431H entry. On 5th Ramadhan. Semua masih puasa penuh lagi setakat ni. Tebby (walaupun dia dah macam nak pitam on 1st day, MC on 2nd day), me (minumlah CCCP waktu sahur wahai rakan-rakan wanita.. anda akan rasa tak begitu lapar) and Kakak (hari sekolah ajer merengek sebab haus, can't blame her tho sebab time dia keluar pegi sekolah petang tu, waktu betul-betul tengah panas terik).

Iman? Hemmm...
Puasa tu apa Iman? Tak boleh apa?
Tak boleh makan.
Apa lagi?
Tak boleh minum air.
Iman puasa tak?
Puasa.
Tadi kan minum susu?
Tadi tak puasa.
Sekarang tak minum, puasa lah ni.


Adam?
Time orang sahur, dia pun minum gak susu barang 8oz, pastu orang bersiap-siap solat subuh, dia sambung tidur. Time orang sibuk nak mulakan urusan diluar, dia pun bangun tumpang sibuk. Dia punya weight baru naik ke 13kg. Dah lama sangat stagnant kat 12kg.

Iftar? Memandangkan tak bekerja ni, cam tak berapa manis lah kalau asik nak menapau je kan. Takat 5 hari ni, semua main dish adalah homecooked. Beli pun cuma kuih-kuih atau air je. Air kelapa tak boleh buat kat rumah kan? Kenalah beli kan? Sahur pulak light-light aje. I can survive (insyaAllah) with just 2 slices of white bread cicah air milo or roti cicah sadin je. Nanti saya sharekan apa menu kami. Sempoi aje. Myself pulak, lepas berbuka, memang tak makan apa-apa benda lain dah, sampai ke sahur. Just minum air banyak-banyak je. Tak taulah kenapa.. kurang selera. Owhh.. tapi... dari first day puasa dok merengek kat Tebby nak berbuka kat Al-Diafah. Takdelah merengek sebenarnya.. saya rak reti nak merengek-rengek nih.. sekadar memberi cadangan (dan diulang setiap 2hari sekali, boleh?)

Persediaan Eid pulak, hohoho, cuma saya aje yang dah tempah baju dan dah siap 7 pasang! Orang lain? Kain pun masih kat kedai! Selfish kan? Kain-kain tu bukan baru pun. Dari zaman china silk glamer kan main, china silk saya belum berjahit, until recently. Ada 2 pasang tu, dah 2 tahun beli, baru ni buat. Ada selai tu beli tahun 2006, masih belum berjahit. Ada selai lagi, dah lama sangat sampai tak ingat bila hu hu. Jadinya, takdelah saya berfesyen ala terkini okay. Apa.. kaftan? Saya cuma pakai kaftan time nak tido ajerr..

Cookies? Ni pun belum mengorder. Kat mana ada jual online? Yang korang dah try and konfem sedappp. Range? Paling mahal ku sanggup RM25 sebekas. Tolong ya, inform ai kalau ada...