photo credit to danielisfunky.blogspot.com
Orang kata, jangan mengeluh awan yang hitam. Siapa tahu selepas hujan reda, ada pelangi indah menanti kita.
Remember when I wrote this some years ago?
Alhamdulillah. We're thankful beyond words. Iman brought back 4 of 5 of his exam papers, which made me almost cried with thankfulness. I have never given up hope on him but neither do I expect so much from him. Hope for the best, be prepared for the worst nonetheless. I remember the first day dia exam. I asked how was it going. Katanya he just did muka depan dengan belakang aje! *ummi faint* Second day dia kata dia buat sikit je sebab penat nak kira (Math) and third day I asked how was Science, he looked at me blankly and said 'Mana ada periksa Sains? Tak ada!' *ummi faint again!* Nevertheless, he got 92% for English, average of 82% for Bahasa Malaysia, 90% for Pendidikan Islam & Moral and 75% for Math. Paper Sains belum dapat. MasyaAllah. Kun Faya Kun. Dengan izin Allah.
Mungkin anak-anak anda semua score 100%. Tak mengapa jika nukilan saya ini sekadar picisan di mata anda semua. Saya tidak membandingkan Iman dengan anak-anak lain. Jika he's at par, alhamdulillah. But when looking at him, now and then, a huge leap from then to now. Alhamdulillah. Tahniah Iman.
Dengan menulis ini, saya sama sekali tidak berniat untuk riak atau sebagainya. Sekadar nukilan hati seorang ibu yang penuh kesyukuran. Jika ada yang mendapat inspirasi, alhamdulillah. Segalanya berkemungkinan. Waktu saya mula-mula bercuti panjang, itulah juga yang saya ingatkan diri saya. Ianya mungkin berhasil. Ianya mungkin tidak. Tapi tak salah mencuba kan?
Dengan menulis ini, saya sama sekali tidak berniat untuk riak atau sebagainya. Sekadar nukilan hati seorang ibu yang penuh kesyukuran. Jika ada yang mendapat inspirasi, alhamdulillah. Segalanya berkemungkinan. Waktu saya mula-mula bercuti panjang, itulah juga yang saya ingatkan diri saya. Ianya mungkin berhasil. Ianya mungkin tidak. Tapi tak salah mencuba kan?
Kepada Iman, tahniah Ummi ucapkan. Walau perkataan 'tahniah' itu sendiri sangat asing bagi Iman. Walau Iman mungkin tidak sedar betapa gembiranya Ummi dan Abah dengan pencapaian Iman. Walau Iman sekadar bertanya 'Hari ni Iman periksa lagi ke?' bila mana Ummi bagitahu betapa bersyukurnya Ummi.
Kepada diri saya sendiri, ini bukanlah satu titik penamat. Semua ini satu perjalanan, bukan satu destinasi. Ini, saya ambil sebagai titik permulaan. Moga Allah kekalkan momentum ini. Iman, dan saya juga. Moga Allah permudahkan segalanya.
Apapun, saya ingin mengucapkan terima kasih tak terhingga kepada..
Apapun, saya ingin mengucapkan terima kasih tak terhingga kepada..
1) Suami saya, Is**** Is**** yang sentiasa memberikan sokongan moral dan emosi (dan financial support!). Yang sanggup mencuba dan terus mencuba demi Iman.
2) Saudara mara terdekat terutamanya Atok (ayah saya) yang terus menerus menyokong usaha-usaha kami. Terima kasih atas pengertian itu.
3) Pengurus Besar saya, En Salam Abdul Wahab yang akhirnya bersetuju menandatangani surat kelulusan Cuti Tanpa Gaji dan melepaskan saya dari pejabat selama setahun. Terima kasih Bos, jasamu dikenang.
4) Penolong Pengurus Besar saya (which I directly reported to), En Abdullah Abu Hassan.
5) Colleague saya, Nurul Azima Abdul Hamid, yang mengambil alih tugas-tugas di pejabat selama saya bercuti. Terima kasih Ima, from the deepest part of my heart. Dan tahniah juga!
6) Rakan-rakan sama ada yang rapat, tak begitu rapat atau cuma bertegur sapa di alam maya, yang bertanya khabar, yang mengambil tahu. Terima kasih. Walau mungkin kalian merasa ianya cuma 'bertanya khabar', saya amat menghargai ingatan itu.
Ehh.. dah macam ucapan terima award pulak! Tak perlu tunggu hari istimewa untuk ucap penghargaan kan?
Dan sesungguhnya pelangi itu indah, terutama selepas mendung!
Syukran Ya Allah.
7 comments:
TAHNIAH IMAN...akak this is not cipisan kak..this is GREAT ACHIEVEMENT!!! Thumbs up ummi and family! :)
moga Iman lebih berjaya in future *HUGS*
saya baca blog akak...anak saya juga sama seperti iman, dan, saya juga seperti akak...bangga dgn pencapaian exam dia walaupun tak secemerlang orang lain...dah masuk darjah satu pun masih ada paper yang dia tak buat kak...tapi tak pe...kena sabar banyak2...
Tahniah iman & umi! And all the supporters
Im sure akak sgt sabar mengajar die..kudoss
congrats kak...and tlg pelukkan iman utk saya yek...cayalahhhhhhhhhhh!
tumpang hepi dgr pasal result iman...syukur alhamdulillah...
kesabaran n pengorbanan akak sungguh berbaloi...
tahniah...
at least, pengorbanan cuti tanpa gaji tuh berbaloi..akak dh usaha, dan Allah bagi ganjaran selayaknya..
mamalisa ~ harap2 begitulah. moga2 dia on track sama spt rakan sebaya
intanaziela ~ waalaikumsalam. pelan2 cakap dengan dia. Iman ni tho semua paper dia buat, ada soalan dia tak buat esp yg kena tulis panjang, penat katanya. iya, kena sabar. hasilnya nanti pasti lebih manis.
farra ~ sabar tak sabar pun, ada gak home-tuition edisi ketuk meja he he
hanis ~ alhamdulillah. kalau nak ikutkan, bukan pengorbanan akak sorang je. cuma akak terlibat secara langsung. abahnya, bos akak, colleagues kat ofis, tak banyak, sedikit terlibat sama berkorban.
oren ~ taktaulah layak nak dikatakan pengorbanan ke tidak. org berkorban selalunya cam terseksa jiwa je kan, akak cam happy je sepanjang melalui semua nih
Post a Comment