Saturday, March 26, 2011

KL Bird Park - 19 March 2011


Last Saturday kami ke KL Bird Park (link http://www.klbirdpark.com/). Saban wiken ke shopping complex bosan juga. Asalnya nak tengok pesta belon panas tapi kensel di saat-saat akhir. Last-last ke Taman Burung.


Waktu sampai tu cuaca agak mendung. Tapi kira okaylah sebab tak panas. Tak sampai setengah perjalanan, hujan turun. Oh ya, tiketnya agak pricey to me. Adult RM20 sorang, kanak-kanak 3-12 tahun RM10 sorang. Adam tak kena caj. So untuk Kak Mon, En Tebby, Kakak dan Iman, semuanya RM60. Dah sampai kat situ kan, anak-anak pulak dah excited sangat, takkan nak kensel. Masuk jugaklah. Dari luar dah dengar suara si merak. Kuat betul bunyinya. Show off betul :D


Tak banyak sangat ambik gambar sebab hujan. Yang ada pun tak cantik sebab cuaca mendung. (Kalau tak mendung pun bukannya cantik he he) Apapun, jom layan ajelah koleksi yang ada..

apples of my eyes

ni lah yang bising tak henti-henti. ni jaring atas kepala kami. depa buat serkup, kalau idak habis semua burung terbang tah ke mana


Adam sedang menghalau burung. Dia dengki betul tengok burung lepak-lepak




waktu ni singgah kat wakaf.. hujan. senyum manjang dapat keluar.


Iman pulak dapat kawan while waiting hujan berenti


depan tu kawasan flamingo. tak dapat pegi dekat sebab hujan and kami tak bawak payung


smelly, these guys :P




Usai aktiviti di Bird Park, kami ke Masjid Negara untuk solat Zohor. Dah lama sangat tak solat kat masjid. So serene. The boys, pantang jumpa tempat luas, terus ajelah buat larian marathon ulang alik.


sambil bergambar, sambil tu kaki dok main air pancut


berlari aje kerjanya budak berdua ni. off they go


datang balik kat Ummi


off they go again


datang balik, again

Lepas solat, kami ke Pantai Dalam for lunch. More like nak masuk teatime dah time tu. Tak dan nak bergambar apa2 dah.. lapar...

Apapun, anak-anak happy, alhamdulillah.

No comments: