Kalau pensil warna anak-anak anda dah tak cukup ahli kumpulan, atau lagi banyak yang kontot dari yang panjang, jangan buang baki ahli-ahli tu. Get a small container and simpan. I did that for years sejak anak-anak mula berminat nak mewarna (termasuk dinding, kosi depa kerjakan :P). Itu kira tak apa-apa sangat kalau dibandingkan dengan si Adam yang pantang jumpa gunting. Sila jangan terlelap kalau dia tengah bizi menggunting. Bahaya. Bahaya kat dia pun iya. Kat kita pun iya. Silap-silap bangun tidur, rambut dah fesyen lain.
Now that I have schoolgoing children yang selalu hilangkan sebatang dua pensil warna beberapa kali dalam seminggu (especially Iman la kan), Kak Mon tak perlu ganti the whole set. Just ambik dari container aje as ganti. Plus, kalau ke mana-mana, boleh bawak container tu. Tak perlu rebut-rebut dah pasal dalam tu ada banyakkkkk! Anak-anak Kak Mon ni kalau pegi bercuti outstation 2 hari pun depa akan bawak kertas dengan pensil warna. Ni tabiat mak dia lah ni yang tak reti nak travel light. Semua nak bawak.
Sekian tips pendek dari Kak Mon. Korang pun dah buat benda ni kan, lagi nak bagi tips konon :P
after 3 bulan mula Tahun 1, Ummi nya masih gigih melabel segala harta benda anaknya. tu punnnnnn, hilanggggg jugakkkkk
ni lah reservoir pensil warna. buleh ambik untuk ganti mana-mana yang kena cilok atau misplace.
Anyway, based on my personal experience having 3 anak and 2 of them dah mula bersekolah, I prefer stationeries Faber-Castell. Not just pensil warna but pensil biasa, eraser, sharpener etc. Kalau pensil warna tu, Luna pun okay. For crayon, my vote goes for Buncho. Oh ya, pensil warna yang 'dual' usage tu.. ala... yang boleh buat ala-ala water color tu, lagi best. They glide easily and hasilnya smoother.
8 comments:
gigih dn rajinnyer akakkk!!
sy ade 1 badge baju masih blom jahit haha kes terpaksa beli baju baru sbb hilang sehelai
yati ~ jimat cermatttt!! budak2 ni kalau akak tak buat gini, alamatnya kayalah tokey pensil warna :D. aikk.. cemana baju buleh hilang? kat sekolah ada tukar baju ek? Iman nyer baju putih ada selai tu kawan dia gunting kat belakang. sabor je lah
gigihnye!!!!!!!!!!!!
saya pun skrg ni dah ada 1 container tuk pensil warna sbb anak2 saya suka sepah2kan n x masukkan dalam kotak die balik..so last2 saya buang kotak asal, saya masuk je dlm container...so ada more than one pcs for each color...senang, xde nak berebut...luckily bebudak ni selalu dpt hadiah pensil warna if ada kawan celeb birthday, so mama die jimat from beli color
kak tie...saya pun kumpul kaler2x yg mix tah ape-ape warna kat dlm 1 bekas...senang nak ganti kan...
kakak jenis sygkan barang sgt...ada kaler dh pendek mcm ibu jari tuh masih dok asah,simpan...nak curi buang tak elok brg anak2 buat gitu...kene tunggu dia rela letgo baru buleh buang...last2x dh makin menimbun kaler dia...
sejak mira masuk tadika, saya mmg kena beli 3 set, sebab adik2 dia pon kalut nak sama..walopun masa tu umo baru 3-4 tahun..tapi tetap beli..
la nih mira mcm cermat lah jaga kaler..cuma pensel jek lah, kadang ada, kadang takde..yg si muhammad nih (tadika PASTI), selalu hilang..kadang depa buat sistem barter, tukar suka sama suka..sbb tu kadang tgk kaler bertambah, kadang berkurang, kadang bertambah balik..hihihi...
saya pon tandakan nama anak2..style saya, asah sikit kat hujung setiap batang, then tulis pangkal huruf nama depa kat situ..contoh, kalo U is for Umahira, M is for Muhammad, N is for Naufal..hihihi..
Hi...budak 2 mmg macam tu...My girls pun macam tu jugak....I belikan diaorang ni pensel kaler yang murah2 je sebab tahu yang pasti akan ada kaler pensel yang hilang gitu....
anyway, lagi 4 bulan u masuk office ya....mesti lemau dan blur 'kan bila u masuk office...btw, office u kat menara atau annexe?
CT ~ tu lah kan. dah siap kaler, tinggal aje mana-mana depa suka. budak2 ni kdg2 dapat pensil warna free kalau beli cereal or sabun mandi. depa takmo guna. maybe susah nak kaler sbb matanya keras semacam je.
hanis ~ si Kakak kat rumah ni pulak, memang suka kumpol barang tapi pensil warna is not one of them. habih bertabur.
oren ~ jenuh woo nak kikis dgn pisau nama kat rujung tu! gigihnya! akak jez beli sticker then tulis nama dengan kelas.
3-e ~ kalau nk compare my girl dengan the boys, si Kakak mmg jauhhh lagi cermat. cam boys ni depa buat pedang lah, main campak2 lah etc. ofis i kat annexe 2. less than 3 months and i'll be punching in again.
Post a Comment