Wednesday, February 09, 2011

Port Dickson 31st Jan - 2nd Feb 2011 Part 2 - The Pools & The Beach

'Syarat sah' bercuti di fikiran anak-anak Kak Mon ada 2 perkara: -

1. Tempat itu mustilah ada swimming pool yang selesa. Especially children's pool. Senang diorang nak practice skill swimming yang baru nak berkembang tu. In addition to that, haruslah ada wadding pool sebab Adam masih terlalu rendah nak masuk children's pool. Corus has children pool yang agak besar berbanding Avillion and Corus ada wadding pool, but not Avillion. Score - Corus 2 against Avillion 0.


ni kolam kanak-kanak. kedalaman 0.75m. taken on Monday. lengang!


pandangan sisi dari side kolam dewasa. kedalaman 1.2m




2. Tempat itu mustilah berdekatan dengan pantai. Kakak punya hobi ialah mengutip dan mengumpul seashell while the boys boleh main pasir, building volcanoes, castle and main air laut. So semua orang gumbira. Anak gumbira, mak pak pun gumbira sebab anak-anak tak bergaduh2. Nak berebut pasir? Mungkin tidak. Nak berebut air laut? Mungkin jugak tidak kan. Seashell? Tak kot sebab Kakak aje suka kutip, the boys don't. Pantai Corus faaaaarrrrrr way better dan bersih from that overrated Blue Lagoon (which is muddy, banyak sampah and banyak batu) Score Corus 1, Blue Lagoon 0. It's a tie between Corus and Avillion. Maybe kalau hotel's private beach ni terjaga sikit. Blue Lagoon tu all people can access so that explains why tempat tu kotor kot? Ada tong sampah pun, nak jugak buang sampah merata.(adakah masyarakat kita ni pengotor??)

sun down on Tuesday. it was near Maghrib that time. kalau arwah atuk tau ni, harus dia hambat balik. memang pantang besar dia kalau dekat2 Maghrib masih di luar.


sunrise on Tuesday. it was barely after 7am that time.


On the day we arrived, sebaik saja settled in, my kids terus aje terkam 'tong baju swimming'. I have this tong in which I dump in swimsuits, goggles, sunscreen, caps and 'baju tuala' (ala, robe yang cam tuala tu, hapa ke nama ntah).

Kakak dah boleh berenang but not for long. That's why Kak Mon tak berapa bagi dia masuk pool dewasa unless under 100% close supervision abahnya. Dah pun abahnya sibuk nak berenang sama, she ended up most of the time dalam children's pool. Abah boleh berenang, Ummi x perlu risau.


all smile. kalau jumpa pool memang sengih manjang lah dia.


Iman masih belum boleh berenang. He's making progress in the sense that sudah berani menyelam kepala for few seconds. Fully submerged. So keje dia adalah ulang alik from tebing to tebing then menyelam sambil buat aksi-aksi shark. To normal kids it may looks like nothing but for special child, keberanian untuk menyelam is a big milestone.

sedang cuba buat aksi berenang (tengok kakinya)


Adam pulak kat wadding pool. Maybe sebab dia sorang je kat situ, he was not that excited. Main kejap-kejap aje. Tu pun dok 'berenang' kat tangga je.


Lewat petang, me and Tebby menangguk budak tiga beradik from pool. Dah masuk bilik, mandi semua, menggelupur lapar. Tadi time berenang, berendam riang tak ingat nak makan. Nasib Ummi bawak bekal.. lapik perut sementara Abah pegi cari nasi.

Oh ya, Iman sibuk nak 'kelangkung'. In fact dari masa kami menginap di Ulek Beach Resort lagi dia dah merengek nakkan 'kelangkung'. Lagi tak dapat, lagi tu lah dia mengongoi 'nak kelangkung, nak kelangkung' Nasib baik nak, Ummi takde ilmu 'pelangkung' :D. So lepas melawat PD Ostrich Farm (ni Kak Mon stori mai in Part 3 k), we made a pit-stop near Sri Intan (fimiliar?). Dah tak jadi pulak nakkan kelangkung, dia tengok Kakak beli kick-board, dia pun nakkan kick-board. Adam yang beli kelangkung. Lepas tu tapau nasi ayam. With my kids, adalah lebih aman untuk makan di bilik atau di bawah pokok daripada makan di kedai.

Jom tengok foto-foto berenang edisi Selasa pulak.

eldest two. taking off with their kick-board


coming back. see, how happy they are.


see that girl in yellow kelangkung? Iman dok berkawan dengan dia. sorang cakap melayu, sorang cakap mandarin (muslim I think, mak dia bertudung litup and dok panggil this girl 'Azma') After the girl changed and nak balik, she came back, called up Iman and waved goodbye. Adoiyai Iman.. ni kalau nak meminang kena ke Tanah Besar nih :D But I am glad he's making friends easily.


Adam (he, he). Masa kami semua ke pool dia nap. Dia bangun aje terus melalak. Sampai kat pool melalak lagi. Hantar balik bilik pun melalak lagi.


Kalau dah ke pantai, haruslah bersuka ria di pantai jugakkan. Kakak sibuk kutip seashell. Dah berkotak-kotak dah kat rumah, dia pi kutippp lagi. Sebagai ibu, Kak Mon sokong aje minat dia as long as benda yang dia buat tu tak salah dan tak menyusahkan orang lain (eh, tiba-tiba ayat skema). As I've said, pantai kat Corus tu lebih bersih dari Blue Lagoon. Cuma pantainya pendek aje. I'd rather pantai pendek from having to move around litter di pantai yang panjang. Jom layan gambar.

the kids. main kat tepi lagoon. ni directly depan bilik. convenience kan. but here no beach.


this beach is on the left side of the resort (our rooms belah kanan).

Acara mengutip air laut (bila nak habis Iman??)


Acara mengutip pasir (again, bila nak habis Adam??) Sampai termuncung-muncung mulut tu :D


Iman, writing his name in the sand

Sedap-sedap aje mengata Avillion lah, Blue Lagoon la, jom tengok Kak Mon punya stori masa pegi piknik kat Blue Lagoon di sini and bercuti di Avillion di sini. Kalau nak tau cerita pasal Ulek Beach Resort, sila ke sini ye dek non dek non sekelian.

6 comments:

Anonymous said...

wah..best jugak kolam dia yer...aku tak sempat nak jengah N3 ko yg lain esp. tempat blue lagoon, ulek etc..ko suggest kat aku yg mana best..aku nak tarik laki aku gi bercuti.asyik keje memanjang..sian budak2..

~mek~

ummi said...

mek ~ best tak best kna tgk tekak anak2 kau. cam anak aku suka pool dgn pantai. theme park cam sunway tu depa kureng sikit. ha, pastu depa suka binatang cam kucing rabbit semua tu. aku cari tpt yg ada unsur2 tu lah.

ps - keje tu keje jugak. tak lama masa dgn anak2 kita. pastu depa keje, kawin.. masa makin terhad dgn kita nanti.

Anonymous said...

anak aku pun suka pool dan binatang..aku ingat nak gi bercuti.

tu la, laki aku sejak dua menjak ni mmg sibuk ckit.tu sebab aku nak tarik dia gi bercuti..:)

~mek~

ummi said...

mek ~ habaq kat somi ko, kalo cuti jgn bawak laptop. kang dia sibuk nk keje jugak.

KakNi said...

Good, semua orang enjoy... adik kicik saja suka melalak eh....

ummi said...

ahni ~ adik kecik tu mmg cranky lately plus membuas sampai ummi naik angin :D but conclusion, semua org happy. yang kopak sorang je.. abahnya.