Sudah selesai membaca Benarkah Iskandar Bukan Zulqarnain, tulisan Afareez Abd Razak Al-Hafiz. Jika didasarkan kepada hujah-hujah yang diberi, benarlah. Namun, seperti ayat di pengakhiran buku ini, tentu sekali, Allah lebih Mengetahui.
Sepertimana komen Aini dalam entry saya sebelum ini, kisahnya agak berbelit-belit. Bukan salah penulis, saya meletakkannya kerana kecetekan ilmu pengetahuan saya. Namun, jika dibuat rajah salahsilah atau jadual perbandingan, mungkin ianya akan lebih jelas.
Buku ini dibeli oleh suami saya dengan harga RM17.50. Dah lama menghuni rak buku, bahkan tetamu yang datang pun dah khatam membaca. Baru sekarang saya tergerak nak baca.
Selanjutnya saya sedang memabaca Madras On Rainy Days, karya Samina Ali. Ringkasan berdasarkan sinopsis kulit belakang novel, ianya berkisar tentang seorang perempuan yang terperangkap antara peranan dan tanggungjawabnya sebagai seorang muslim, dengan kebebasan yang ditawarkan oleh kehidupan di Amerika. Saya belum betul-betul membacanya. Namun saya tak hairan jika pengakhiran novel ini menyamai novel Mayada Daughter of Iraq karya Jean Sasson dan juga Burned Alive karya Souad. We'll see.
2 comments:
Bacalah 'Do They Hear You When You Cry?" by Fauziya Kassindja. Saya suka, tak burukkan Islam :)
aini ~ masuk dalam wish list ni :D
Post a Comment