Friday, December 26, 2008

Cuti Cuti Melaka - Day 2

Second day in Melaka.

Penat already.

We’ve just came back from kawasan Dataran Pahlawan. Ronda-ronda dekat area itu saja. With small kids in tow, susah nak bergerak as we wish. Nak kena ikut time and mood diorang jugak. Kalau tak, abis cranky semua nanti.

Tadi kami naik beca. Dah berlima ni, with accumulated weight maybe dalam 150++kg, kenalah sewa 2 beca. Iman dan Adam dengan Ummi. Kakak dengan Abah. Walaupun naik beca dan bukan berjalan kaki, penat lah haii. Lenguh makcik. Malam ni belum ada definite plan lagi. See lah how.

Meanwhile, some photos just now.. (load just 2, my connection is gonna expire in some minutes..)

Tebby, Iman and Kakak (and Kikkor too!)


Me and kids. Adam sibuk tengok fountain tu.

Thursday, December 25, 2008

Cuti Cuti Melaka




Seperti dirancang, kami ke Melaka hari ini. In fact, saya sekarang updet blog di bilik hotel kami di Renaissance. Cadangnya tadi nak keluar sightseeing tapi Iman dan Adam dah melepek kepenatan. Sudahnya duduk dalam bilik sajalah. Dinner pun terpaksa in-room dining.

Kami sampai di tol Ayer Keroh sekitar 11 pagi tadi. Mengikut rancangan, kami ke Zoo Melaka sebagai destinasi pertama. Sangat ramai orang okay. Kereta pun kami park kat tepi jalan saja sebab parking memang dah penuh. Kakak, Iman dan Adam happy. Especially Iman. Walaupun banyak binatang yang dia takut, dia tetap menjengah kandang demi kandang. Masa kami tengok panther (thru glass wall), panther tu siap jilat2 bibir dia and unexpectedly tiba-tiba dia menerpa. Iman kat depan sekali time tu. Apa lagi, cukup ligat kaki dia berlari, walaupun sekadar berlari di tempat yang sama! Kami agak rush masa kat Zoo. I think Adam is allergic to somekind of animal kat zoo tu. Matanya jadi merah dan bertahi. Bila balik hotel, baik dah. Iman, he made my heart melt at one point in Zoo. He uttered his 2nd 3-word-sentence. Dia takut nak pegi dekat area tortoise. I coaxed him. Alas, he said ‘takot. nanti. keket’ (takut, nanti gigit) sambil tangannya dibuka katup buka katup. Owhh… sukanya saya. Kalau nak ikutkan, Zoo Melaka is better than Zoo Negara (I think), cuma yang jadi masalahnya ialah tak stroller-friendly. Bumpy ride. Udahlah stroller Adam tu set-set ViVa aje, bukan 4wd!


Perjalanan dari Zoo Melaka ke Renaissance tak begitu lancar. Congested. Nasib baik kami jumpa hotel first try. Kalau sesat time jem macam tu, tak ke haru. Check-in took quite sometime. Orang ramai sangat. Siap jumpa Santa Claus dok distribute gula-gula. While waiting in line, Tebby dukung Adam. Cik Mat senyum menawan tu biasalah meramahkan dia kat orang ramai. Nak tak nak orang pun terpaksa senyum dan tegur dia.

Belah petangnya kami tak ke mana-mana. Just turun swimming pool, or rather waddling pool sebenarnya. Makanya kami semua merasmikanlah swimsuit baru masing-masing. Iman mula-mula takmo pakai swimsuit one-piece dia tu tapi lepas dipujuk-pujuk dia setuju. Cuma dia tak berani nak tenggelamkan badan sampai dada. Sampai pinggang pun dia dah ‘takot’ ‘takot’. Kakak had splashing fun happy time. Punyalah susah nak ‘tangguk’ keluar budak-budak ni. Mula-mula lap Iman. Lepas tu lap Kakak. Bila siap lap Kakak, tengok-tengok Iman dah masuk semula dalam pool.


So far so fun. I hope the rest of our cuti-cuti Melaka is gonna be fun as well.

Wednesday, December 24, 2008

Excitedly Waiting For Tomorrow


Foto di atas tiada kena mengena dengan entry di bawah. Snap di MACY last weekend. Pejam celik, dah 7++ bulan dah si Adam.

Kakak dah tak sabar. Bila Kakak excited, Iman turut sama excited walaupun saya tak pasti dia
tahu atau tidak apa akan berlaku esok. Esok kami akan pergi holiday. Walaupun cuma ke Melaka, it is something I've or rather we've been waiting for years. Imagine, last kami pegi holiday in 2004, masa tu saya mengandungkan Iman. Sekarang, Adam pun dah lebih 7 bulan. Yes, that long.

Walaupun excited, saya buntu macamana nak penuhkan percutian 3D2N kami tu nanti. Dalam kepala saya cuma teringat Zoo Melaka saja. Nak ke Zoo Melaka ni masuk exit Ayer Keroh kan? We'll be staying in Renaissance Melaka. Ingatkan nak singgah melawat Zoo Melaka sebelum check-in at 2.00pm. Harap-harap esok cuaca dan trafik baik-baik saja. Tolong ye kawan-kawan, cadangkan tempat-tempat yang harus kami lawat. Yang penting mestilah sesuai dengan anak-anak kecik.

In anticipation, semalam menyinggah beli swimsuit satu sorang (termasuk le saya dan abahnya). Adam boleh guna Kakak punya (yang juga pernah jadi harta Iman kemudiannya). Saya, of course cari yang ala-ala muslimah kan. Konon nak ambik saiz S, rupanya masuk saiz M pun muat-muat aje he he. Eh, ni soalan jakun ye. Do we wear undies inside swimsuit? Really, I don't know. Malam ni kena kemas beg. With 3 kids in tow, it's hard to travel light. Haruslah beg ala-ala nak pegi haji tu yang kami bawak nanti. Reta Adam aje dah satu beg. I'm still ding-donging on whether or not to bring Adam's stroller along. Atau bawak carrier saja?

Okay friend, kalau ada masa dan connection, saya akan updet dari Melaka. Doakan semuanya berjalan lancar ya..

Monday, December 22, 2008

Eating Out - SABAK

Urghh... Tebby lewat. Let's not get tense about it. Nak buat retail-therapy, makcik almost pokai. How bout food-theraphy? Gambor pun gambor lahhh...

Remember that I left my kids kat kampung last 2 weeks? Friday, 12th December 2008, en-route to fetch them after work, went to SABAK in Taman Melati. We've been eyeing this eatery for quite sometime and eventually managed to gobbled up in peace. Makan steamboat + grill ditemani oleh hujan lebat di luar sana. How perfect. (I still missed my kids tho).


In my kampung, SABAK means tempat masak-memasak during kenduri kawin. But being a hard-core east-coaster, we pronounce it as SABOK.
Nearest description would be Penanggah (kot?)

Kalau budak2 tu ada, haruslah ada yang masuk berdayung di daratan.
My kids are curious lots okay.



The spread, among others.


From another angle. Isk.. En Tebby sibuk tol ngan penyepit hijau dia tu. Dah interprem gambor makcik. Unlike Seafood Terminal, none of the spread is seasoned.


Pilih pilih pilih. Jangan malu-malu.


Add some oil on the hot pan and grill the food to your liking. It left my tudung smelling chicken liver, prawn and whatnots all the way to Pahang.


Not for the faint-hearted.


I tell u ols. Walaupun rupanya tak menyelerakan, isinya sangat sedap okay. I had like 3-4 servings of these guys.


Walaupun buffet spreadnya sangat murah iaitu RM25 per person, sila kalian lihat harga Nescafe-O yang meruntun jiwa itu. RM2.5o satu mug? Mug kecik ye tuan-puan. Apakah??


Ni addressnya. Kalau terliur, silalah berkunjung ke sana. Boleh juga cuba Rumah Thai. Itu kedai x-ofismet ku. Boleh tahan sedapnya. Satu row aje dengan SABAK ni.

Kan ku dah kata kami suka makan... Sib baik badan makcik ni tak reti menternak lemak (lagi?)

Friday, December 19, 2008

Back From Langkawi (And Broke)

Landed in Langkawi International Airport



I went to Langkawi 16-18 December 2008. Now I am back. And I am broke. I have a huge dent in my pocket. I mean HUUUGGEEEEE. To sum my pocket-denting adventure, suffice to say that I disembarked KLIA with just a backpack and came back with another bags. Beg kembar 3 okay. Tebby gave me pocket money which I spent every cent and I added some from my own provision.

It was a business trip actually. But let's not go there.

Between sessions, we managed to cramped our adventures to Pekan Kuah. I came back with RM200++ worth of chocolates, a set of Corelle, 3 boxes of Queen Anne, some kitchen items from Tefal, a bag of kain pelikat, batik and t shirts. And 2 cute fridge magnets.

The resort where I stayed whipped up goooodddd meals. There was one day they served Udang Masak Lemak, Ayam Kicap with ulam-ulam and sambal-sambal. It was hard to stop eating. That, could compensate the faulty aircond that left me sweating to sleep on the first night there. (The next day the set was replaced with a brand new one. We, officiated the asset, so to speak) During our outings, we had Laksa and scrumptious Nasi Lemak. Sedap dan mahal. The price standard KL okay. People, who were tired from shooping spree swarmed the kiosk and we had to wait for some minutes before getting a table and seats.

Before leaving the resort (very near to scenic Tanjung Malai), I took some photos at nearby beach. It was heavenly to be away from the hustle and bustle of KL. Scenic. It was a saddening experience having to leave my kids behind but Tebby told me I should be enjoying myself, given the chance. Yes right. On the 2nd night I slept the night thru. Siaran langsung terus menerus okay. Sampai lah the alarm went off.

My flight was postponed 2 times. We left Langkawi an hour later that we should. Sempat lagi makcik beli perfume bagai kat Airport. And a bag-ful of sotong kering kiriman En Tebby.

As much as it was good to be in Langkawi, it is good to be back home as well. Chaotic and tiring but I am happy to be back with my family.

Monday, December 15, 2008

Study Area - Contractor Please?

Mak saya komplen. Rumah serabut. Ada rak buku pi kasi kat orang. Habis semua buku kena simpan dalam kotak. Bukan apa, ni tengah mencari-cari kontraktor nak buat study area. Belum dapat lagi. Mulanya dulu plan nak beli aje bookcase from IKEA then essemble sendiri. Pastu plan nak cat and alih wiring sikit, baik cari kontraktor terus. Kalau harapkan kami, alamatnya 5 tahun lagi belum tentu sudah! Mengambil contoh laman kami dulu tu lah. It took us 4 years doing and re-doing the lawn ourselves before we finally gave-up and outsourced it to 3rd party.


Ada sesapa boleh suggest kontraktor, tried-tested-and-proven?
Just to note yang saya suka mengambil approach ala-ala minimalis dan simple.


Saya suka sangat ala-ala kat bawah ni ha... (taken from site IKEA-Hacker)

Friday, December 12, 2008

Happy 7th Month, Adam


Isk.. Ummi lupa.
Semalam Adam genap 7 bulan.

Dengar kata orang kampung, Adam pandai ajak orang bergurau. Kalau meniarap, bila nampak orang lalu lalang, cepat aje dia angkat dada tu tinggi-tinggi. Dan seperti biasa, melemparkan senyuman manis dia tu. Abah kata malam ni kita dapat tengok gusi Adam. Cik Mat ni kalau senyum, memang lebar, sampai nampak gusi tak bergigi dia tu.

Orang kata good thing comes in small packages. This package was not expected for. Tapi dia sangat menghiburkan hati Ummi dan Abah. How can we not love him, kan.

Happy 7th Month Birthday Adam.

ps - Adam kat kampung. Tak boleh nak letak gambar terbaru. Atas tu, Adam on his 4th day.