Showing posts with label Trip. Show all posts
Showing posts with label Trip. Show all posts

Friday, December 26, 2008

Cuti Cuti Melaka - Day 2

Second day in Melaka.

Penat already.

We’ve just came back from kawasan Dataran Pahlawan. Ronda-ronda dekat area itu saja. With small kids in tow, susah nak bergerak as we wish. Nak kena ikut time and mood diorang jugak. Kalau tak, abis cranky semua nanti.

Tadi kami naik beca. Dah berlima ni, with accumulated weight maybe dalam 150++kg, kenalah sewa 2 beca. Iman dan Adam dengan Ummi. Kakak dengan Abah. Walaupun naik beca dan bukan berjalan kaki, penat lah haii. Lenguh makcik. Malam ni belum ada definite plan lagi. See lah how.

Meanwhile, some photos just now.. (load just 2, my connection is gonna expire in some minutes..)

Tebby, Iman and Kakak (and Kikkor too!)


Me and kids. Adam sibuk tengok fountain tu.

Thursday, December 25, 2008

Cuti Cuti Melaka




Seperti dirancang, kami ke Melaka hari ini. In fact, saya sekarang updet blog di bilik hotel kami di Renaissance. Cadangnya tadi nak keluar sightseeing tapi Iman dan Adam dah melepek kepenatan. Sudahnya duduk dalam bilik sajalah. Dinner pun terpaksa in-room dining.

Kami sampai di tol Ayer Keroh sekitar 11 pagi tadi. Mengikut rancangan, kami ke Zoo Melaka sebagai destinasi pertama. Sangat ramai orang okay. Kereta pun kami park kat tepi jalan saja sebab parking memang dah penuh. Kakak, Iman dan Adam happy. Especially Iman. Walaupun banyak binatang yang dia takut, dia tetap menjengah kandang demi kandang. Masa kami tengok panther (thru glass wall), panther tu siap jilat2 bibir dia and unexpectedly tiba-tiba dia menerpa. Iman kat depan sekali time tu. Apa lagi, cukup ligat kaki dia berlari, walaupun sekadar berlari di tempat yang sama! Kami agak rush masa kat Zoo. I think Adam is allergic to somekind of animal kat zoo tu. Matanya jadi merah dan bertahi. Bila balik hotel, baik dah. Iman, he made my heart melt at one point in Zoo. He uttered his 2nd 3-word-sentence. Dia takut nak pegi dekat area tortoise. I coaxed him. Alas, he said ‘takot. nanti. keket’ (takut, nanti gigit) sambil tangannya dibuka katup buka katup. Owhh… sukanya saya. Kalau nak ikutkan, Zoo Melaka is better than Zoo Negara (I think), cuma yang jadi masalahnya ialah tak stroller-friendly. Bumpy ride. Udahlah stroller Adam tu set-set ViVa aje, bukan 4wd!


Perjalanan dari Zoo Melaka ke Renaissance tak begitu lancar. Congested. Nasib baik kami jumpa hotel first try. Kalau sesat time jem macam tu, tak ke haru. Check-in took quite sometime. Orang ramai sangat. Siap jumpa Santa Claus dok distribute gula-gula. While waiting in line, Tebby dukung Adam. Cik Mat senyum menawan tu biasalah meramahkan dia kat orang ramai. Nak tak nak orang pun terpaksa senyum dan tegur dia.

Belah petangnya kami tak ke mana-mana. Just turun swimming pool, or rather waddling pool sebenarnya. Makanya kami semua merasmikanlah swimsuit baru masing-masing. Iman mula-mula takmo pakai swimsuit one-piece dia tu tapi lepas dipujuk-pujuk dia setuju. Cuma dia tak berani nak tenggelamkan badan sampai dada. Sampai pinggang pun dia dah ‘takot’ ‘takot’. Kakak had splashing fun happy time. Punyalah susah nak ‘tangguk’ keluar budak-budak ni. Mula-mula lap Iman. Lepas tu lap Kakak. Bila siap lap Kakak, tengok-tengok Iman dah masuk semula dalam pool.


So far so fun. I hope the rest of our cuti-cuti Melaka is gonna be fun as well.

Wednesday, December 24, 2008

Excitedly Waiting For Tomorrow


Foto di atas tiada kena mengena dengan entry di bawah. Snap di MACY last weekend. Pejam celik, dah 7++ bulan dah si Adam.

Kakak dah tak sabar. Bila Kakak excited, Iman turut sama excited walaupun saya tak pasti dia
tahu atau tidak apa akan berlaku esok. Esok kami akan pergi holiday. Walaupun cuma ke Melaka, it is something I've or rather we've been waiting for years. Imagine, last kami pegi holiday in 2004, masa tu saya mengandungkan Iman. Sekarang, Adam pun dah lebih 7 bulan. Yes, that long.

Walaupun excited, saya buntu macamana nak penuhkan percutian 3D2N kami tu nanti. Dalam kepala saya cuma teringat Zoo Melaka saja. Nak ke Zoo Melaka ni masuk exit Ayer Keroh kan? We'll be staying in Renaissance Melaka. Ingatkan nak singgah melawat Zoo Melaka sebelum check-in at 2.00pm. Harap-harap esok cuaca dan trafik baik-baik saja. Tolong ye kawan-kawan, cadangkan tempat-tempat yang harus kami lawat. Yang penting mestilah sesuai dengan anak-anak kecik.

In anticipation, semalam menyinggah beli swimsuit satu sorang (termasuk le saya dan abahnya). Adam boleh guna Kakak punya (yang juga pernah jadi harta Iman kemudiannya). Saya, of course cari yang ala-ala muslimah kan. Konon nak ambik saiz S, rupanya masuk saiz M pun muat-muat aje he he. Eh, ni soalan jakun ye. Do we wear undies inside swimsuit? Really, I don't know. Malam ni kena kemas beg. With 3 kids in tow, it's hard to travel light. Haruslah beg ala-ala nak pegi haji tu yang kami bawak nanti. Reta Adam aje dah satu beg. I'm still ding-donging on whether or not to bring Adam's stroller along. Atau bawak carrier saja?

Okay friend, kalau ada masa dan connection, saya akan updet dari Melaka. Doakan semuanya berjalan lancar ya..

Friday, December 19, 2008

Back From Langkawi (And Broke)

Landed in Langkawi International Airport



I went to Langkawi 16-18 December 2008. Now I am back. And I am broke. I have a huge dent in my pocket. I mean HUUUGGEEEEE. To sum my pocket-denting adventure, suffice to say that I disembarked KLIA with just a backpack and came back with another bags. Beg kembar 3 okay. Tebby gave me pocket money which I spent every cent and I added some from my own provision.

It was a business trip actually. But let's not go there.

Between sessions, we managed to cramped our adventures to Pekan Kuah. I came back with RM200++ worth of chocolates, a set of Corelle, 3 boxes of Queen Anne, some kitchen items from Tefal, a bag of kain pelikat, batik and t shirts. And 2 cute fridge magnets.

The resort where I stayed whipped up goooodddd meals. There was one day they served Udang Masak Lemak, Ayam Kicap with ulam-ulam and sambal-sambal. It was hard to stop eating. That, could compensate the faulty aircond that left me sweating to sleep on the first night there. (The next day the set was replaced with a brand new one. We, officiated the asset, so to speak) During our outings, we had Laksa and scrumptious Nasi Lemak. Sedap dan mahal. The price standard KL okay. People, who were tired from shooping spree swarmed the kiosk and we had to wait for some minutes before getting a table and seats.

Before leaving the resort (very near to scenic Tanjung Malai), I took some photos at nearby beach. It was heavenly to be away from the hustle and bustle of KL. Scenic. It was a saddening experience having to leave my kids behind but Tebby told me I should be enjoying myself, given the chance. Yes right. On the 2nd night I slept the night thru. Siaran langsung terus menerus okay. Sampai lah the alarm went off.

My flight was postponed 2 times. We left Langkawi an hour later that we should. Sempat lagi makcik beli perfume bagai kat Airport. And a bag-ful of sotong kering kiriman En Tebby.

As much as it was good to be in Langkawi, it is good to be back home as well. Chaotic and tiring but I am happy to be back with my family.

Tuesday, November 04, 2008

Trip To Zoo Negara - 1 Nov 2008

Kami ke Zoo Negara Sabtu lepas. 1 November 2008. Ingatkan belum start cuti sekolah, aman lah sikit. It turned out that ramaiiiiiii... ada banyak bas kat parking lot. We came early, sampai sana before 10 am lagi. Kiranya time tu, nak park keta pun masih boleh pilih-pilih lot lagi lah. Tebby asked if Iman was already there when we last came. Kakak pon belum pandai berjalan lagi Yang time tu :P. This time Kakak was especially excited. Sangat-sangat teruja. Iman pulak, apa-apa aktiviti luar rumah, semuanya mengujakan dia. Adam, walaupun masih belum mengerti, was a good boy.


Ya kawan-kawan, anak-anak saya cuma yang berbaju hijau dan pink saja. Susah tol nak ambik gambar elok-elok. Penat Ummi bagi arahan. Sudahnya ada orang interframe pulak. Ye lah, dah lama norr kat lokasi, shooting tak start2 jugek... Kakak sangat terkejut sebab dia tak sangka giraffes are actually THATTT tall.


The kids running away after they frightened the birds resting on the lake bank. Yes, mereka telah senyap-senyap menghampiri burung-burung yang tak berdosa dan kemudiannya menterkejutkan burung-burung tersebut. Burung sebok lari, depa pun sebok lari sama.


Ni dekat Savannah Walk. Kali ni, it was my turn gawking. Itu burung unta sangat besar!! I think that thing can easily topple my ViVa if it had the chance. Kakak sangat happy dapat jumpa zebra face to face. The zebra was bleating and she went 'bunyi apa tu' (dia ni penakut, bunyi2 asing tu memang menggerunkan dia). Kat sini para zebra, ostrich, giraffe (kaum-kaum herbivor) dikumpulkan berkawan-kawan.


Ni di lokasi para apes. Ye kawan-kawan, monyet dan keluarganya. They (I mean the caretakers) sold bananas. Mere half sikat for RM3.00. The kids bought (I paid btw) dan kemudian dengan gembiranya memberi monyet-monyet itu makan pisang. Kakak marah betul kat sekor monyet tu. Monyet tu ala2 hypers sikit. Kalau kita baling ke kiri, dia lompat ke kiri tangkap pisang. Kalau kita baling ke kanan, dia lari ke kanan. Makanya kawan-kawannya yang agak pasif tu, tak dapat le pisang. Gambar tu menunjukkan Iman baru habis sesi melontar pisang.


Phew... finally. Gambar together-gether. We couldn't even get one with us all in a photo masa raya. Kat zoo pun, kat zoo lah yek he he. Adam was restless time tu. Despite my calm appearance, I was sangat takut itu pony melompat ke, lari ke hapa. Tebby lak control hensem aje dengan si Parrot perched on his shoulder. Iman, setia memeluk kikkornya.


Uihhh... penat nampak? Macam le dia berjalan sendiri tadi. Walhalkan elok je lepak dalam stroller dia. Kasi can le ye Adam.

The trip menggembirakan kanak-kanak itu. Ummi sakit betis 2 hari. Maklumlah.. kurang bersenam. Kakak frust sebab tak jumpa peacock. Kami lalu dekat tempat burung tapi kami skip dari melihat-lihat. Sebenarnya saya pon takut jugek lalu kat situ, takut ternampak kel****. Do you know I'm scared shit of b**? Well, now you do.