Showing posts with label Wishes. Show all posts
Showing posts with label Wishes. Show all posts

Thursday, January 14, 2010

Hajat Di Hati..

Hajat di hati nak masuk meminang, apakan daya duit hantaran belum cukup.

Tapi...

Kalau tabung ayam dah penuh dan si dia belum berpunya, cincin tanda bakal dihantar jua!
.
.
.
.
.
.

*kak mon verangans u olss!!*

Friday, December 18, 2009

Salam Awal Muharram

Salam Awal Muharram.


Setahun sudah berlalu.
Tutup buku. Buka lembaran baru.

Terlalu banyak tentang diri saya yang perlu dihijrahkan. Terlalu.

Semoga Allah permudahkan.

Monday, December 31, 2007

Closing of 2007

Last day of 2007. 2007 has been a better year than the year before, in some angles, but worse in a way or two. I got promoted in July and got pregnant in August. In July I bought myself a small car and managed to drove it before I got hit by morning sickness. Financially, I have finished paying for 3 loans in 2007 (more like to prepare for 2008 punya expenses actually) and successfully started another one for the car!. Tebby got promoted in July as well (and made me pregnant in August he.. he..). He got an award for getting an MBA (along with some dough that has already been wisely spent for the kids). Kakak finally mastered the art of reading a few months back and got herself an excellent award during her kindy graduation. Iman, despite not being able to communicate yet, started to hum and 'sing' along themes of cartoons. Most importantly, no one got hospitalised this year (as compared to 6-7 times in 2006!). Perhaps the worst for me was not coming to work for like a month and not being able to really work my new post.

Anyway.

As planned we went balik kampung last weekend. Iman had blast of fun ransacking Atok's reban ayam while Kakak got to pillion ride Atok to buy dried corn for the chicken (and later fed the chicken, sampai ayam tak larat nak makan dah!) and stopped by a small river to watch 'orang pancing'.

Iman, mula-mula posing dekat reban ayam katik


pastu, umpan ayam-ayam dengan jagung kering


Iman, dok mengejar ayam


We had small BBQ feast, with tender juicy steaks and chicken wings, bought from Jusco and grilled by Tebby. Meleleh-leleh airliur Iman makan steak pedas but since he loves spicy food, dia telan jugak. Lagi dan lagi!

the beef's grilling. then went chicken wings and sausages on the makeshift grill.


Kakak, Iman, Mokkucu (my sister) and my nephews, Azib and Aqil


Semalam, at 6p.m we departed Temerloh and headed for KL, singgah rumah my SIL in Ukay Perdana for prayers and stopped again at McD's drive-thru for quick dinner. Sampai rumah at 9p.m with aching muscle. In fact the kids refused to get up for nursery today. Letih sangat lah tu.

Oh ya, special thanks to...

My brother & SIL who went to China a few weeks back. He's doing Elken and recently promoted to Diamond Manager. They gave us a tissue box cover with beautiful ribbon embroidery, and the kids got a mandarin-suit each. I heard my brother came back with 8 big bags..


My SIL and biras who performed their hajj and just came back. They gave us a sejadah, glittering with its golden thread, biji tasbih, some pistachios and sweets/chocolates.



Wednesday, August 22, 2007

How The Weekend Went


THANKS & BEST WISHES
To Zarid, for the invitation to her brother's Majlis Menyambut Menantu on the 18th August. Sorry we could not make it. Iman needed to see his paed on that day. Hope everything went well.

To my boss, for the invitation to his daughter's wedding on 19th August. Luncheon started at 12noon. We arrived there tad bit too early (even the akad-nikah was still going on at that time) and waited until the clock stroke 12noon.

To Sikulat & Cendawan who were promoted a grade higher. I am still open to lunch invitation yek Smah & Jah.. he.. he..

CERITA WEEKEND
Except a wedding and hospital visit, nothing much. Perhaps the highlight was gardening. Yess.. after neglecting those greens, I finally had the chance to do some pruning and 'baja'ing. Too bad by then Kakak's tomatoes went dead and her petunia has gone dried and crisp. I'm sharing some photos here...



Kunyit (tumeric). Dulu habis daun-daun jadi gondol kena makan dek ulat hijau. Terpaksalah kutip and buang sekor-sekor. Now dah sihat sikit dah.

Halia. Semakin membesar.

Daun pandan. La ni senang nak buat Nasi Lemak, ambik aje depan rumah. Takyah tunggu2 nak gi pasar.


Anak timun. I was surprised sbb cepat sgt tumbuh. Masa ni a week after semai.


Yang ini bukan sayur yek. Pokok ni femes time Chinese New Year. Yang selalu orang ikat reben merah kat cabang2 dia tu. Dah membesar dengan hebat sampaikan saya dah pecahkan jadi 2 pasu.


Yang ni pulak pokok anak dara saya tu. Sib baik masih gagah lagi. Kena make sure dalam periuk tu ada air, kalau tak nanti kering dan kempes pulak.





Monday, July 23, 2007

More Oxygen Please - Part 2

PB, sebetulnya saya sangat sibuk. CT, sibuk ini ada kaitan dengan pangkat baru tapi takde kaitan dengan kereta baru si ViVa saya tu! Matasipit, adehlah, I guess there’s always give and take. Grade, maybe? At times saya rasa macam nak kibarkan bendera putih tanda surrender. Walau bagaimanapun, saya cuba sebaik mungkin menangani all that is in my plate now. Kata orang, jangan mengalah sebelum berjuang. Sampaikan saya terfikir nak tutup aje blog ni. I can’t update as much as I used to and as much as I want to.

Sedikit updates kenduri kawin kawan saya semalam. Katil pengantin dah roboh. Jangan senyum-senyum dulu. Katil tu roboh even before majlis akad nikah. Kawan-kawan berposing sakan punya pasal, ‘krakkk’ katil tu. He.. he.. Bila jumpa kawan-kawan lama, masing-masing mulakan terkenang semasa dulu, termasuklah berat badan dulu. Lupa agaknya masing-masing dah makin membulat dan membesar. Posing lak nak ramai-ramai atas katil. Kesian kau Daisy. Habislah orang senyum-senyum kat kau lepas ni. Sapa nak percaya katil pengantin baru dah patah sebab orang lain yang buat?

Saya dah dapat duit ESOS! Walaupun tak lebat mana, cukuplah nak bagi figure dalam bank account tu cantik sikit. Saya dah nekad nak beli oven kali ni. (Jangan tak tau, Tebby dah beli pun buku pasal bakar membakar ni last weekend). Can anyone suggest to me apa brand yang tahan lama without draining my bank account. Just for domestic uses, must fit a whole chicken. If possible it comes with a skewer to bolehlah membakar golek ayam dalam tu. I’m looking for a table-top oven only. Budget, RM1k boleh? Ke ciput sangat? Okaylah, maksima RM1.5k. Uihh, tak sabar nak bakar lamb-leg nih! Atau mungkinkah saya akan berjaya membuat kek kiut-miut seperti di bawah ini. Best betul angan-angan kan. They say, setiap perjalanan beribu batu di mulakan dengan langkah pertama...


Anak-anak saya doing fine. Dari observation saya Iman cukup suka smack-down si Kakak. Each time sure Kakak jatuh tergolek. Kesahihan tergolek tu tak dapat nak dipastikan sebab Kakak herself is a drama queen. Kemungkinan dia over-acting tu ada jugak. Diam-diam dia cuba jugak smack-down balik Iman, tapi Iman sikit pun takde effect. Mungkin sebab Iman banyak minum susu Anlene saya yang ada kat dalam peti sejuk tu. I’d call that blessing in disguise. Saya kata Kakak tergolek sebab tak cukup makan. Memang dia kurus. Makan tak berapa banyak. Langsung semalam dengan gigihnya dia dok perabih nasi lemak masa makan malam. Iman pulak time makan bukannya nak dok diam. Orang lain kalau lepas makan sapu area meja makan saja, saya pulak sah kena sapu satu rumah. Ho ho ho. Teringat masa saya mengandung, saya tengok ada orang ikut anak merayap sambil bagi makan. Dalam hati saya terdetik, awatlah mak dia tak disiplinkan anak makan kat meja. Nah… sekarang, ambik kau. Sapa-sapa in the same boat, don’t worry. I won’t be judgmental.

Menjawab soalan Syikin, anak teruna saya tu dah nak masuk 3 tahun November ni. 2 tahun 9 bulan. He’s picking-up walaupun vocab tak banyak lagi. Basy (bas), wowi (lori), bakikay (basikal), boto (moto), bakang (makan… anak orang terengganu lah katakan..), ayerr (air), biyak (b***k). Just to name a few. Kakak pulak dah banyak boleh baca. Alhamdulillah. Makbul jugak doa saya.

Have a good week ahead everyone! Saya pun harap minggu ni dapat ‘bernafas’ lebih sikit…

Monday, June 18, 2007

Happy Father's Day

HAPPY FATHER'S DAY kepada semua kaum bapa. To be frank, we did not even celebrate. Maybe we should start next time around.

Anyway.

Tebby and Kakak had fun yesterday. Dedua tu kaki TV, kalau ada cerita baru keluar, sure cari DVD or pi tengok wayang. Yesterday was Fantastic Four. Actually the two planned to see Spiderman 3 but due to some circumstances, the plan was cancelled. Siap dengan bekal jacket and stokin in case sejuk sangat (it was), air masak sebotol (she drinks a lot), seketul gardenia roll (she ate that up) and a packet of mini 'love letter' (which she finished half of it). He.. he.. siap bawak beg bagai, macamlah jauh sangat. Perjalanan dari rumah adalah dalam 2 minit he he. While they were at that, I minded the cleaners that came on as-needed basis. They took a good 4hours to finish - letih makcik nunggunya! To pass time, I pressed Tebby's office shirts (me good girl eh, patutnya sama-sama join Iman noon-napping). When Tebby and Kakak got back, as expected, I was bombarded with details. She had good time (tapi sempat lagi gaduh dgn Iman lepas tu, berebut nak tengok CD kat rumah pulak).

And Tebby as well. I guess without knowing it, he enjoyed Father's Day.