:: Seboleh mungkin saya atau Tebby cuba spend masa everyday dengan Kakak untuk buat extra exercise on Math, Science, BM and BI. Tak lama, around 15 minit aje dah cukup. Alhamdulillah this week, so far, ada kelapangan tiap-tiap malam lepas balik kerja sementara menunggu waktu Isya'. Kami buat 2 subjek satu malam. Tiap-tiap subjek cukuplah satu atau dua mukasurat. Kakak ni attention span dia pendek aje. Lama sikit duduk dia mula resah. Saya nampak dia kelemahan dia ialah (i) tak boleh tumpukan perhatian untuk satu jangkamasa yang lama (ii) tergopoh gapah nak selesaikan kerja cepat-cepat tanpa baca arahan/soalan dengan teliti, langsung cuai menjawab. After a few days, dia pulak yang insist nak tambah barang semuka dua lagi exercise.
:: And lately, lepas Isya' and dinner, dia ambik buku cerita and on her own accord, baca sampai habis.
:: Bila nak masuk tidur, tak perlu lagi saya ingatkan dia untuk masuk bilik air, buang air dan gosok gigi. Semua dia buat sendiri.
:: Oh ya, last 2 weeks, dia pergi a camp of some sort di sekolahnya berkaitan dengan latihan solat. Balik tu dia bawak kertas kuning. Rekod solat untuk sebulan. Lepas sebulan kena submit semula kepada Ustaz. A good start for us all. Alhamdulillah, walaupun tak sepenuhnya 5 waktu setiap hari, dia dah mula bersolat. Setakat ni dia masih sembahyang jemaah dengan Tebby. Sudah tau waktu ini untuk solat apa. Solat yang ini berapa rakaatnya. Dari segi pergerakan dah hampir ok, cuma dia susah nak diam. Pelan-pelan nanti kena introduce bacaan pula. Yang tak tahan tu, bila Tebby baca al-Fatihah kuat, dia pun sama naik kuatkan suara. Kalau weekend tu, pukul 9pagi dah tanya bila nak solat Zohor.
:: Saya dah contact KUMON berhampiran dengan rumah. Malangnya sesi hujung minggu ada satu saja sedangkan seminggu kena hadir 2 sesi. Bayaran tetap sama, RM120 sebulan untuk satu subjek. Tak sampai hati saya nak dia pegi masa weekdays. Habis sekolah agama jam 5.30. Pukul 6 nak ke KUMON pulak sampai pukul 7. Walaupun satu hari saja sepanjang weekdays tu. Mungkin Tebby dan saya ke sana Sabtu ni untuk bincang-bincang. Jika arrangement bersesuaian boleh diusahakan, insyaAllah Kakak akan ke KUMON untuk Math. Kalau tidak terpaksa cari alternatif lain. Every parent mahukan yang terbaik untuk anak-anak dan mahu anak-anak jadi yang terbaik but I don't want her to miss being kids playing with dirts or run around in the field. Saya tak mahu satu hari anak-anak berkata 'my father pushed me too far academically' or 'I grew up too fast' or 'I was denied of having friends since I was small and now I finally am in control of my life'. Sounds fimiliar?
Updates on Iman
:: Anak yang sorang ni masih ligat. Masih melompat-lompat. Iman. Nama pilihan abahnya. Sedari bayi dia memang mencabar keimanan dan kesabaran kami suami isteri. Dengan ligatnya, dengan sakitnya. Dan masih belum boleh bertutur sepertimana sepatutnya. Saya contact Atfal. Iman ada menunjukkan perubahan positif. Sudah boleh terima dan ikut arahan (walaupun kadang-kadang dia memilih untuk ignore saja dan buat aktiviti dia sendiri). Orang sebatang pensil warna, dia mahu 2 atau 3. Orang buat barisan, dia main gelongsor. Feveret dia time menyanyi. Dia akan masuk join menyanyi. Lagu apa? Apa-apa pun boleh. Tapi dalam bahasa dia lah.
:: Dulu ada dalam 10 orang budak-budak satu geng dengan Iman. Bimbangnya saya takut Iman jadi ring leadernya! Selepas sebulan dua, tinggal 4-5 orang dan Iman masih dalam kumpulan itu. Sekarang tinggal berdua, salah seorangnya ialah Iman! The other kid memang ada problem dan menurut Atfal, mungkin budak itu akan ke kelas special. 'Istimewa'kah juga Iman? Teacher dia berpendapat Iman sekadar 'lambat' dari segi pertuturan tetapi elok juga dibawa untuk pemeriksaan lanjut. Being Malay, mungkin itu cara halus dan bersopan mengkhabarkan kepada saya supaya 'berbuat sesuatu' dengan Iman. InsyaAllah. InsyaAllah, selepas saya bersalin dan selesai confinement, saya akan rujuk semula paednya dan minta nasihat. If need be, dia harus pegi theraphy, then let it be.


















