Showing posts with label Ramadhan 1428H. Show all posts
Showing posts with label Ramadhan 1428H. Show all posts

Tuesday, October 02, 2007

20 Ramadhan 1428H

Diam tak diam dah 20 hari berpuasa (saya 15 ajek so far - semalam kantoi lagi, muntah dari pagi). Biasanya bila dah 10 hari terakhir ni, cepat aje rasanya kan. Tambah pulak, kerja berlambak kat ofis nih. Sabar....

Dan akhirnya, saya berjaya mengheret diri sendiri membeli baju raya anak-anak dan mak anak dan pak anak. Dek sebab lembek longlai Ramadhan kali ni, saya memang hilang mood nak buat preparation. Sampaikan kakak saya marah, dia kata 'engko tu takpelah takde mood raya, budak-budak mesti nak beraya sedikit sebanyak'. Tapi kan.... tapi kan... when I started, tu diaaaaa....... nak tau 'hasil tangkapan' saya so far..

[1] 2 pasang baju untuk Athirah. Like she requested, sepasang baju kurung warna purple. Saya beli di PSA. Lagi sepasang ialah long-pants MIKI and long-sleeve t-shirt KIKO. Except baju kurung, lenlain semua ada discount hebat. Tak lalu saya nak membeli baju budak-budak sampai nak mencecah ratus ringgit sehelai. Oh ya, anak dara tu mintak dibeli rantai matching dengan baju kurungnya!

[2] 2 pasang baju untuk Iman. Dia tak request apa-apa sebab masih belum reti nak demand-demand ni! Sehelai seluar 3/4 sama kaler dengan seluar Athirah cap MIKI (got discount), a shirt from IQ and sepasang t-shirt and seluar from cap JUSCO.

[3] 1 pasang baju kurung riau untuk saya dari PSA. Sama kaler dan material dengan Athirah. Cuma saya punya lebih vogue gitu, kelip kelap dengan batu permata bertaburan he.. he.. siap dapat matching tudung and brooch free lagi tu..

[4] 1 helai shirt grain-neck for Tebby. Toksah pujuk lah dia pakai baju melayu sepasang time raya-raya ni. Mesti pakai shirt (lepas semayang tukar t-shirt pulok). Last dia pakai baju melayu sepasang masa kami bernikah 7 tahun lepas.

[5] 16 tabung tart nenas! 2 untuk kami, 5 untuk staff saya dan 9 untuk cikgu/pengasuh di Atfal Sayang/Excel.

[6] 4 bekas biskut dengan nama yang pelik-pelik.

[7] 2 biji kek lapis prune dan another 2 lapis masam manis.

Katakanlah mood saya bershopping ni wujud dari 1st day puasa -> *saya pengsan* ->*tebby double pengsan* !!!

Thursday, September 20, 2007

8 Ramadhan 1428H

Alhamdulillah dah 8 Ramadhan dah hari ni. For me, it's the 6th. Semalam tak puasa. Pagi-pagi lagi dah muntah-muntah. Tengahari Tebby balik bawak pegi klinik. BP 90/90.. lagi sikit drop memang kena drip air masuk. Petang tu okay sikit. Hari ni cuba-cuba puasa. I still have that giddiness and bloated with air. Tu yang buat nak termuntah tu. Dr said semakin banyak kali mengandung, kebarangkalian semakin teruk morning sickness tu semakin tinggi. Nasib baik this is my 3rd pregnancy. Saya dan Tebby tak merancang untuk menambah ahli keluarga lagi selepas yang nombor 3 ni. Tapi tu lah, kita hanya merancang, ketentuan pada Allah juga. Saya jugak nak express kekaguman saya kepada kaum ibu yang memang teruk morning sickness tapi masih lagi sanggup mengharung keadaan tersebut demi zuriat. Saya baru rasa kali ke-3 mengandung.. tak sanggup rasanya. Apapun saya mintak doa sangat-sangat keadaan ini akan cepat berakhir.

Hari ni dah masuk 9 hari saya tak masuk ofis. Abislah performance appraisal saya tahun ni but what to do kan. Saya pun tak mintak sakit-sakit macam ni. Dr kata nasib tak baik sampai 16 weeks pun boleh jadi macam ni. Dan kalau saya berterus-terusan lembik, dia mungkin akan refer saya ke specialist terus. Saya rasa bos saya pun mungkin dah pening sama by this time. Dia pun baru join division kami. Kena pulak hujung Ogos hari tu, Zarid (colleague saya) dah start cuti bersalin. Awal September pulak, Azima, staf saya (indirectly reports to my bos) cuti bersalin jugak. Belum sempat colleague saya yang sorang lagi tu cuti bersalin (jangkaannya dekat raya nanti), saya pulak dah asyik MC sebab morning sickness.

Kalau Ramadhan tahun lepas, saya banyak kongsi menu dan resepi, tahun ni nampaknya sepi. Macam hari ni, pagi tadi saya teringin nak berbuka dengan nasi ayam. Tengahari saya tukar fikiran nak makan nasi bukhara Restoren Said di Bangsar. Lepas tu saya nak makan nasi lemak Mahbub pulak. Ish.. ish.. Dan pada kebanyakan masanya, saya telan sesuap dua, lepas tu dah tak selera lagi dah. Dan sekarang saya membayangkan berapa sedapnya makan tembikai merah. Ataupun mangga siku raja. Kalau macam ni 9 bulan, boleh pengsan Tebby melayan saya!

Anyway.


Hari tu saya ada masak Udang Telur Masin. Punyalah beriya-iya masak, last-last saya makan 2 ekor aje. Resepi can be found here.


Tuesday, September 18, 2007

6 Ramadhan 1428H

My wish to fast a full ramadhan this year was officially off yesterday. With the conditions that I am in now, I may skip a few days more. And I haven't gone working for a full week today. Unlike my previous pregnancies, this time around is really a test. I am all weak, giddy and dizzy and have the feeling of wanting to vomit all day long. Anyway, every pregnancy is different for different people, even for the same mother! Whatever it is, I believe Allah has plan everything to our benefit. Maybe an easy birth this time around. I hope! I am quite worry about work but I guess I just have to put that aside at the moment. My co-workers are kind enough to communicate via phone about things in the office.

My sister called just now. Due to some misunderstanding (which I do not want to elaborate here), she may not be coming back to our hometown for Eid (God knows when she will be but I really hope things will be eventually settled). We just talked about our children and Eid preparation. To be frank, I haven't really prepared anything. Takde tempah baju pun. Kain pun tak beli. Baju baru pun tak beli. Yang saya beli cuma kuih raya sejenis. Itu saja. Maybe towards the end nanti mood saya datang, who knows. All I know, Kakak and Iman are gonna get at least sepasang baju baru. InsyaAllah. And Tebby too.

Hari ni pun I am too tired to cook. Tebby beli aje kat pasar Ramadhan tadi. Walaupun perut lapar, tapi dek sebab tekak meloya, nafsu nak makan tu tak de lah 'serakah' sangat. Err... saya dah listkan 2 eating-outlet yang harus dikunjungi sebelum saya bersalin, and I am only 6+ weeks pregnant! Walau apa pun, I pray to Allah that I'll deliver a healthy baby eventually and dapat melalui pregnancy kali ni dengan tabah dan gembira.

Okie dokie - nak menghidang pulak...