Showing posts with label People I Befriended. Show all posts
Showing posts with label People I Befriended. Show all posts

Friday, November 20, 2009

Girls Lunch Out & Skinfood

Girlssss... we should it more often!

We (read Suzanne, Sikulat, Jah, Zarid, Zue and meself) had a short girls lunch-out time siang tadi. Me, Zarid and Suzanne sort of planned it about 2 weeks back but due to other commitments, it was postponed.

I was looking for a lipstick and was weighing between MAC and Bobbi Brown. Suzanne dragged me to BB instead and after 2 samples (hey, acik ni sempoi jek taww), I got meself one. The way the SG there greeted Suzanne, anda sure tahu bahawa dia pengunjung setia dan dia mungkin telah membeli berbakul-bakul mekap dari sana. She got something for herself nonetheless dan peneman setia, Zarid pula telah membeli berus-berus mekap. I, have yet to upgrade myself to that level, level yang menggunakan berus-berus untuk mekap. Setakat ni, brushes yang ku tau cuma berus gigi, berus lantai dan berus botol susu saja. Penyudahnya, antara kami bertiga, I spent the least.

Sebelum lunch di Delicious, sempat singgah di Guess untuk melihat jam idaman salah seorang kami yang bernilai kira-kira RM6,000! Bukan, bukan saya. Acik old-fashion okay. For RM6,000, I'd rather spend it on watches from Tissot, Rado and tambah sikit duit lagi, buleh dapat Omega atau Rolex yang paling murah. Typical taste makcik-makcik kan. Tapi, satu fakta yang anda perlu tahu, acik takde duit sebanyak tu nak beli jam okay.

Delicious on the other hand, was not as I expected. Maybe the food we choosed. Maybe la kan. I had pasta by the name of Thai Crabmeat something, which I consider a failed marriage between east and west. Tak jadi okay. Sampai acik lupa nak snap gambarnya sebab terkulat-kulat makan. Kawan belanja beb, kena makan jugak. Thanks Zarid. Kalau tahu awak belanja, akak makan kek sekali ahaks!

Cadangnya nak pi Skinfood jugak tapi masa dan mata tak mengizinkan..

Jom layan gambar..

mereka-mereka yang terlibat.
zue posing ayu la tu, sampai lentok2.
panas seh dok kat luar tu.
terbakar belakang acik.
saya di mana? seseorang perlu memfotokan ini semua kan?...


Zarid makan ni.
pasta sama mushroom.
boleh tahan lah rasanya.
just that tak bleh makan banyak, muak!


ni pinggan Zue.
rasa cam megi goreng kat kedai mamak katanya...


ni plak makanan si Sikulat sama Jah.
ni pinggan si Jah.
acik tolong makan kendiannya, hak Sikulat.
dia tak berapa lalu makan.
hak ni sedap berbanding yang lain.



ni lasagne si Suzanne.
yang ni thumbs up.
sedap lalu acik turut sama jadi tukang perabih.


Note to Yati: -
Sekali lagi anda miss outing kami. Tapi awak enjoy sakan jugak kat Melaka kan. Siap singgah Nilai 3 beli frame-frame ayat nak gantung kat rumah. Maybe next time.

Btw, sebelum balik rumah sebelah petangnya, saya dan Tebby singgah di Mines. Mines sekarang dah hebat berbanding dulu. Dah ada wing baru and dah refurbish. Tebby nak cari belt, saya pulak nak teruskan misi mencari kedai Skinfood. Tebby seperti biasa, bab-bab shopping ni dia akan beri laluan kat saya dulu. Lalu, membelilah saya 4 item seperti gambar di bawah ini.. I reserve my comment dulu. Baru pakai sekali..

Asalnya nak cari mask sama scrub aje tapi err... saya tambah dengan essense dengan mosturiser jua. Letih acik hafal apa nak tempek lepas apa. Apa nak sental lepas apa. Pulak tu semenya nama makanan je. Yelah, Skinfood kan. Keluar dari situ, cecepat ajak Tebby pi dinner he he.


mula-mula bubuh mask beras tu.
biarkan 10 minit then scrub muka.
then bilas.
pastu tempek plak fresh aloe pack tu.
kasi marinate muka jap dalam 5 minit then bilas.
suker... sejuk aje rasanya.


ni plak essence kobis sama timun.
lepas dah siap step atas nun, bubuh hak ni plak.
pastu tempek pulak rich cream tu.
tu krim labu bersusu he he.
macam labu masak lemak atau pengat labu pulak.

Sunday, November 01, 2009

Look Who's Here

Today, finally I met Abby, her husband and cutie Qisya, in person. They came at 8.00pm and in fact had just left. Hope they have safe journey back home.

Sampai-sampai je, Iman rushed out and held Abby's hand and led her in. We had good chat, the kids played together. I hope the dinner was fine.

Abby, jangan segan silu datang rumah akak lagi tau. Tadi kalau datang awal, boleh Qisya main ball dengan Adam dengan Abang Iman kat luar tu. Thanks for the biscuits. Susah-susah je.


Adam & Qisya. Qisya pulun panjat tangga he he.


Wednesday, September 09, 2009

Meklate

Mek, mesti ko terkujat nengok tajuk entry aku sejibik nick ko.

Saya mula kenal dengan Meklate ni sekitar 2002 atau 2003. Maknanya dah lebih kurang 6-7 tahun jugaklah. Masa tu dia join ofis saya di tingkat 16, Menara T*. Mula-mula tu takdelah baik sangat. Dia kat hujung sana, saya kat hujung belah sini. Lama-lama tu, lepas borak-borak, keluar makan sekali, sekali-sekala terjah MidValley sama-sama, kami jadi baik. Bagi saya, bila dah borak guna aku-engkau tu, dah kira geng rapat lah. Kena pulak kami sebaya. Tapi dia kawin awal. Anak sulung saya, si Athirah, tua setahun dari anak Mek ni yang nombor tiga. Ko memang, cepat aje bab nikah kawin ni ahaks.

Semalam dia call saya. Katanya kereta kancil nostalgianya dah kena jual. Kereta yang bawak kami pegi MidValley time lunch terutamanya hari Jumaat (masa tu lunch time Jumaat lama weii.. tak macam sekarang). Tapi.... dah ganti dengan MyVi. Hebatlah ko, aku nak bayar ViVa nan sekangkang kera luasnya pun terhegeh-hegeh. . Jangan lupa ajak aku pegi MidValley bila-bila senang. Btw, nanti kalau ko dah dapat benda kilat-kilat tu, jgn lupa eksyen dengan aku tau. Kot-kot aku terinspired nanti, haruslah aku ikut jejak ko. Ada lagi lah perbualan kami yang tak sesuai diceritakan kat sini sebab dah masuk kategori 18SG, 18SX dan 18A-sampai-Z ha ha ha.

Mek, sebab ko nak tengok, nah aku letak gambo hadiah dari suamiku nan tercinta. Kalau aku ada masa, nanti aku naik ofis ko ngada-ngada dengan jam nih...