Sunday, July 10, 2011

Nasi or Noodle?

We need to eat to stay alive. Some prefers nasi. Some prefers noodles. It's just a matter of choice and preference. The objective - to stay alive.

Setahun menguruskan keluarga cukup melunakkan naluri keibuan saya. Senyuman Adam selepas menggunting langsir buat saya lupa kerenahnya. 'Good night Ummi, I love you' dari Iman sebelum tidur membuat saya rasa segar setelah bertungkus lumus membantunya ulangkaji. 'Ummi tau tak, spots pada cheetah is called rosette?' maklumat dari Kakak buat saya sedar saya tak perlu mengeluh bila dia minta dibelikan buku-buku.

Jika boleh saya mahu detik-detik itu berterusan. Saya manusia biasa, akur dengan takdir. Saya mungkin memilih nasi tetapi jika sudah rezeki saya noodle.. alhamdulillah. Saya tak mau kufur nikmat. Sepanjang setahun saya bercuti, ramai yang saya jumpa mengeluh tidak punya pekerjaan. Sedangkan saya, pada standard saya, I am well paid. (standard saya - kereta jenama Cik Vivi, tiada beg tangan kos empat-angka atau baju jenama pelik-pelik sampai tak reti nak sebut)

Jumaat lepas, kebetulan En Tebby bercuti menghantar Iman ke 2 sesi terapi di HUKM. Sejak saya masuk pejabat balik, urusan itu perlu digiliri. Abah, Ummi, Abah, Ummi. Jika En Tebby bercuti, maknanya saya akan solo-driving ke ofis. Maknanya lagi, right on time saya akan clock out dan terus menuju ke Cheras.

Alhamdulillah, saya dapat jemput Iman di sekolah, seperti mana waktu-waktu lalu dan kemudiannya menjemput Kakak dan Adam di taska sebelum jam 6.30 petang. Saya tunggu Iman di spot yang sama dengan Nor (*pengasuh di taska) menjemput anak-anak yang di bawah jagaannya. Loceng berbunyi, anak-anak meluru keluar (awas, don't ever stand in their way, harus dilanggar saja nanti!). Saya nampak Iman, dia tak nampak saya. Saya hairan dia tak terus ke tempat Nor sebaliknya dia pergi to the spot I used to wait for him, and then baru berpusing ke tempat Nor. Saya pandang Iman, dia nampak saya. Saya senyum, dia senyum dan berlari ke arah saya.

Hati senang. Saya lupa soal perkara-perkara di pejabat yang membeban fikiran saya. Saya lupa soal nasi atau noodle. Saya tahu saya ibu yang bertuah.



Khamis 30 June 2011, hari terakhir TSAHM saya. Iman dan Hazim (sepupunya). Iman in blue.



tak pernah menolak kalau disuruh posing


kelas pertama hari tersebut, JQAF yang dibuat di dalam surau sekolah




permandangan biasa di akhir waktu sesi persekolahan petang. anak-anak yang tak sabar untuk pulang


*Taska ni, where my kids go ni betul-betul berdepan dengan sekolah kebangsaan yang dihadiri oleh Kakak dan Iman. Sorang pengasuh will send and fetch anak-anak sekelian to and fro pada setiap sesi persekolahan. Atas alasan itu saya hantar anak-anak saya ke sana walaupun bayarannya lebih mahal berbanding beberapa taska lain di sekitaran rumah saya. Bukan saya punya banyak duit, tapi soal praktikaliti dilebih diutamakan. Nor, pengasuh yang saya kenali sejak lebih 6 tahun lepas. Anak-anak saya sangat manja dengan Nor.

2 comments:

Ina Hashim said...

Iman with spec mmg 100% ikut muka you Tie :) .....btw, bibik still around ot not ye?

ummi said...

k ina ~ mmg common comment. Iman copycat saya. fotostat. dari baby sampai sekarang. kalau jumpa mana-mana, boleh tau ni anak sapa hihi.

bibik? (jap nak lap peluh, urut dada) still not around. replacement tak mai2 lagik dari seberang. kalau igt2 mmg rasa sesak napas dibuatnya :D sabarrrrr.. sabar tu separuh dari iman kan.