Sunday, April 03, 2011

Jumaat Kelam Kelibut

-gambar hiasan aje- credit to duniasepi.blogspot.com


Jumaat baru ni merupakan hari kelam kelibut. Nak gugur jantung rasanya. Darah rasa cam habis semua turun kat kaki pun ada. Gara-gara si Kakak tertinggal van.


Petang Jumaat lepas, macam petang-petang Jumaat sebelum ni, Kak Mon akan keluar jam 5.30pm. Iman habis sekolah jam 6.00pm. Jarak rumah ke sekolah dekat aje tapi sebab takmo parking jauh-jauh, makanya keluar awal. Si Kakak, walaupun Kak Mon tak keje sekarang ni, dia tetap naik van pegi balik sekolah kebangsaan dengan sekolah agama. Kadang-kadang aje Kak Mon hantar jemput dia.


Berbalik kepada peristiwa tu, elok aje parking tepi jalan, henfon berbunyi. Ada nombor Makcik Sabariah (driver van). Katanya Kakak takde dalam van. Waktu tu dia dah jalan dah. Beg Kakak ada dalam van tapi Kakak takde. Berderau rasanya. Pastu Makcik Sabariah kata dia dah round semula cari kat sekolah agama, kawan-kawan Kakak dan carik kat kedai-kedai (sekolah tu occupy lot kedai) tapi tak jumpa. Dahhh... luruh jantung rasanya.


Terus pesan dekat Mokja (adik ipar yang rumahnya sederet dengan rumah Kak Mon) mintak ambikkan Iman. Kak Mon terus drive menuju ke sekolah. Dalam hati Allah aje tahu apa rasa masa tu. Desperate. Hopeless. In mere seconds rasa kaki tangan dah sejuk dah. Tup-tup nampak Kakak dengan kawan dia berjalan kat seberang jalan nun. Nampak aje dia, I broke into tears.


Rupanya lepas dia letak beg dalam van, dia keluar balik untuk beli air. Keluar dari kedai van dah takde. Nasib baik dia dengan kawan dia. Buatnya dia sorang-sorang. Or anak sapa sapa aje for that matter. Dia jalan kaki ke sekolah Iman sebab she knew time tu I may be there untuk pick up Iman. That was why Makcik Sabariah tak jumpa dia when she turned back and searched. Nak kata jauh tu taklah tapi as a protective mom (I can be such a mother hen okay), plus a paranoid one as well, macam-macam terlintas kat fikiran ni. Zaman-zaman sekarang ni bukan boleh buat main-main soal keselamatan anak-anak. Alhamdulillah waktu tu belum jam 6.00pm plus cuaca baik. Dan Kak Mon pulak masih belum bekerja so I could search for her there and then. Kalau dari Bangsar nak balik Cheras.. dah berapa lama tu? Time orang balik keje pulak. Nauzubillah.


I have my own 'safety procedure' tapi hari tu, Kakak macam 'stunt'. Agaknya dia panik bila tengok van dah takde.

1. Hafal phone number Ummi, Abah dan driver van by heart. Ni memang dia ingat.

2. Kalau tertinggal van, masuk ke pejabat sekolah dan pinjam telefon. Telefon Ummi, Abah atau driver van. Stay put. Jangan merayau tempat lain. 3. Kalau pejabat sekolah dah tutup, pegi ke kedai-kedai yang Kakak dah biasa beli barang. Mintak pinjam telefon orang kedai untuk call Ummi, Abah atau driver van. JANGAN mintak pinjam dari orang Kakak tak kenal.

4. Pesan pada maid (kalau ada maid) atau pengasuh kat taska (kalau transit), kalau anak-anak lewat aje balik, terus call. Jangan tunggu 20-30 minit baru nak call. Especially kalau yang naik bas. Almaklumlah kalau bas ni populasi penumpangnya ramai. Mungkin driver bas tak cam muka setiap sorang.


Sepanjang masa dari Kak Mon nampak dia berjalan kat tepi jalan tu sampailah kat rumah, dia senyap aje. Mungkin dia terkedu. Mungkin terkejut. Mungkin panik tak habis lagi. Takpelah Kakak, jadikanlah ni pengajaran. Lepas tu Kak Mon ambik Iman (selesai kejadian tu, Iman masih belum habis sekolah). Masuk kereta, berjaya lepas kesesakan, tengok-tengok bag lukisan Iman tertinggal kat sekolah. Dahhh.. masuk semula sekolah cari bag. Pastu jalan lagik, tengok-tengok botol air pulak tercicir. Haihh. Mulalah rasa nak bukak ceramah sesi kedua pulak. Tengok muka anak-anak kat seat belakang, kesian pulak. Kakak senyap terkedu, Iman pulak merah padam kepanasan dengan haus. Terus berenti kat Petronas beli air sebotol sorang. Botol air yang tercicir tu tak pegi ambik pun. Takpelah, botol tu pun dah buruk.


Kak Mon ada cerita kat atas yang Kakak senyap sunyi sampai lah tiba kat rumah kan. Sampai aje kat rumah, terus berambat pegi padang like takde apa-apa terjadi jap tadi :P Kak Mon pulak, malam tu terus pegi dinner kat luar. Tensi. Stress. Makan dengan En Tebby nasi berhidang kat Q-Thai. Nasi, Dancing Fish, Dry Butter Prawn, Prawn Omelette, Tomyam Seafood, Kangkung Belacan. Licin. Hambik. RM100++ makan berdua.


Oh ya, Iman pun dah dapat botol air baru.

Dan Kakak kena dengar ceramah kedua dari Abahnya pulak...


4 comments:

oren said...

owwhh...mmg risau kan, kalo bebudak nih hilang dr pandangan..

mira pernah gak buat camni...cuma area umah lah..main basikal, panggil2 tak balik2..nak pegi keluar carik, si kecik tgh tido dlm buai..takde sapa nk tgk2an..tunggu dantunggu dan tunggu..syukurlah dia balik jugak..terus lepas tu kena dengar 3-4 round ceramah, dari saya ALONE!..sebab apaknya takde, so, saya ulang siar lah ceramah tu sampai saya pon pening...hahahaha..

la nih mmg tak lepas depa main..main dlm pagar umah jek..kalo nk keluar jugak, tunggu weekend bila ayahnya ada..so, kalo apa2, saya bleh keluar cari, while the other one tunggu umah..

myza said...

fuh...klu saya pon sure nangis once I saw my kids. even in split second hilang kat shopping complex pon dah berderau..inikan lagi takde dlm van sek. izzul did that once masa kat swimming pool. sesuka hati je keluar kat kawasan lain ikut budak2 without informing me, pastu, puasla dengar ceramah berjela2 saya :)

catatan i am nieta said...

fuhhh memang berderau dgr cite kak tie.. minta dijauhkan la apa yg tak diingini tu kan...

ummi said...

oren ~ masa tu taktaulah nak ckp perasaan apa lagi dah. seram sejuk, susah hati, rasa dada berat macam susah nak bernafas! dulu dah pernah sekali x jumpa. dia pg tunggu kat tempat lain. abah dia yang menjemput, call akak bgtau. terus akak nangis. time tu tgh hot citer nurin/sharlini tu. apapun moga anak2 kita dalam lindungan Allah sentiasa.

Zarid ~ tu lah. kdg2 depa macam tak tau betapa susahnya hati kita kalau jadi gitu. walaupun just few minutes, cukup buat jantung mcm berenti jap

Nita ~ kan. mintak2 lepas ni x jadi lagi lah. and moga Allah lindungi kita semua.