Dah reda pasal Iman pegi sekolah, boleh bukak cerita lain pulak. Kisah yang malatop kat rumah ai sekarang ialah pasal pembantu rumah. Anda konfius kenapa ai yang TSAHM pun nakkan pembantu rumah? Ai malas nak elaborate panjang, in short, we have our own reasons and that ai, takde cita-cita nak jadi superwoman yang berjaya menguruskan segala-galanya tanpa perlu memakai seluar dalam di luar seluar panjang. Dari selisih faham bab kerja rumah dan buat dosa kering, baik lah we ol hire pembantu. Rumah bersih, anak-anak dapat lebih perhatian dan kurang dosa. Itu ai ok. Orang lain ai tak tau. Cabaran hidup kita lain-lain.
Dalam masa kurang 2 tahun, kami mencatatkan statistik 3 pembantu rumah. Rekod buruk? Mungkin. Kabur somemore. Ai ni simple je, tanak keje, bagitau je lah. Ai keluarkan dari rumah ni baik-baik. Tak payahlah nak tuang minyak kat pagar dengan sliding grill ai (Bibik 1) or lari tinggalkan anak-anak ai sendirian kat rumah (Bibik 2). Kan dah berbakul-bakul ai kasi *&$#))&*^ kat depa dua orang tu.
Bibik 1 kabur selepas setahun lebih bersama kami. Baca di sini ya tentang kekaburan dia tu. Mula-mula keje memang bagus. I acknowledge dia pun manusia, ada kekurangan and whatever not up to my expectation, ai pejam mata ajer. Lama-lama naik lemak, literally and not literally. Bibik 2 pecah rekod, 2 hari je lekat, lepas tu turut kabur. Bibik 2 lagi kurang sopan lari. Bukan la lari sambil bogel tapi lari meninggalkan anak-anak ai sendirian (nasib baik Kakak dengan Iman, dah besar sikit but still...) dengan pintu tak berkunci. Hampir segala barang dia tinggalkan termasuklah bedak-bedak, kain baju, tuala, telekung, jam. Dan dia pau duit belanja sekolah anak-anak ai dalam laci. Tak sampai RM10 pun. Lagipun banyak tu aje yang ada dalam tu. Kalau lagi banyak tak tau lah kot-kot dia pau banyak kan. Sebelum lari tu sempat dia makan nasi! Banyak giler dia melantak wei. Nasib tak licin je sambal sotong yang En Tebby masak :D Kurenggg sungguh. Ai rasa nak bakar je segala harta benda yang dia tinggalkan. Cam reta si Bibik 1 yang dia tinggalkan, ai bungkus buang aje. Tak sudi nak nengok dah. Tapi agen suruh simpankan dulu reta Bibik 2, nanti dia hantar Bibik 3, dia ambik barang-barang tu.
Suprise.. suprise.
Agen datang hantar Bibik 3, ai pulangkan barang-barang Bibik 2. Guess what? Jam yang dia tinggalkan itu rupanya Bibik 2 pau anak agen tu. Elok gak ko bla Yani. Kalau idak ntah apa lagi ko nak pau. Penipu pun ya jugak. Katanya di sana jadi baby sitter. Betullah baby sitter tapi bukan baby orang, anak kambing! Dia gembala kambing. Adeh. Namanya MURYANI, badan gempal-gempal.
So apa cerita Bibik 3? Too soon to tell. Lepas 6 hari dia kat rumah, ai boleh simpulkan (based on permandangan 6 hari ya, sila ambil maklum) dari segi kerja rumah, memang neat. Sapu sampah bersih sampai ke bawah kabinet, meja semua tu. Kain baju siap basuh dan kering, dia iron semuanya. Dari sebesar-besar bedsheet, kepada yang sederhana besar cam kain batik dan kaftan sampailah kepada item-item kecik sekali. Iya, Iman pakai spender yang licin bergosok! Adoilah Murni (moga-moga se-murni namanya), you set that standard ok despite my objection. Dengan anak-anak however, mungkin sebab masih baru, masih belum mesra. Kecuali Iman. Iman berkenan sangat dengan Bibik Murni ni. Adam masih kelihatan reluctant. Kakak seperti biasa, mahu berkawan rapat. As I said, too soon to tell. I pray to Allah semuanya berjalan lancar dan berkekalan lah dia dengan kami.
Nama Bibik 3, LAILA MURNI, mohon Allah sifatnya seiring namanya dan hubungan kami sebagai majikan-pembantu sentiasa murni-murni aja...
8 comments:
Inshaallah....ada hikmahnyakan.....allah uji...sebab nak bagi yang baik....;)
tyha ~ mudah-mudahan. sejak bibik 1 dan bibik 2 lari, banyak perkara yang telah membuka mata kami sebagai parents. insyaAllah. doakan ya.
3 maid in 2 years not bad at all..
belum pecah rekod someone i know who bothers another person who is close to us sampai berbulan-bulan kampung ditinggalkan dengan anak-anak di universiti dan sekolah. kalau nak suruh jaga c*** pun, consider la bukan awak sorang je 'anak bawah ketiak mak'?
wargh, dah jadi sessi lepas geram.. sekali dia ambil 3-6 bulan. masa saya kahwin, 2 tahun my *** jaga anak-anak dia. orang tua tu dah lelah sakit lutut..
wargh!
sorry kak, jadi out of topic sgt
kak, sy pon nak share ni, sy masa ada maid lg byk buat dosa la kot.
sbb apa yg sy tak puas hati dgn maid tu lps inform die, die tak berubah..so sy bebel la kat hubby lps die blk keje, takkan dosa tu?
lps tu i double stress bila ada maid, sbbnya lps die buat hal..kita lak masuk bilik menagis stress!! huhu
bab iron semua mak nenek jenis kain tu, i like sangat2
moga kali ni Allah bagi d best kat kak ti sekeluarga...
aida ~ fuh.. pinjam 3-6 bulan? lama tu. tak kasi can org lain ek. sabor je lah
farra ~ it depends. ada majikan ok, maid x ok. maid ok majikan pulak cerewet amat. plg ptg give and take. tp kalo asik nak give je, where got way kan.
CT ~ mudah2an. tak perfect x apa. janji serasi dengan kami.
keperluan bibik ni bergantung kpd bilangan anak dan kepentingan. Dulu bibik penting and perlu ada sebab selalu ulang alik hospital utk akak dan adik x ada sapa nak jaga..nak harapkan family susah juga at least ada yg sedia berkhidmat dan berbayar sedap hati la sikitkan.Tapi tuhla asyikla buat dosa kering bebel dan marah, x puas hati itu ini pastu nak pk perangai dia lagi..aduih,demi keperluan terpaksa la tutup mata..saya lagi pecah rekod kak, usia adik 1.5 thn 4 kali bertukar bibik! sekarang since tinggal adik je, so BIG NO to perkhidmatan bibik. SERIK.
mamalisa ~ true. some ppl with 5-6 kids can manage on their own, some with 1 need pembantu. it's subjective. tu lah, nak hrpkan sedara mara, sampai bila kan. akak stil ulang alik terapi Iman, adik xde org nak jaga. nak htr nursery abahnya tak setuju pasal dia cepat dapt penyakit. asal ada org batuk aje, tak lama tu batuk jugaklah dia.
Post a Comment