Kali ni balik ke Tgg memang agak sakan berjalan.
4th day, sebelah pagi, saya ke Pasar Payang. Asalnya, ... hemm... biasalah, mencari barang pesanan orang. Dah dapat kaftan untuk mak saya, saya beli 3 pasang kain sutera untuk diri sendiri. Untuk anak-anak, baju sepasang sorang. Cuma Iman yang saya bawak sama. Dia ni susah sikit orang lain nak jaga. Kakak dan Adam saya tinggalkan dengan mak sedara diorang.
4th day, sebelah pagi, saya ke Pasar Payang. Asalnya, ... hemm... biasalah, mencari barang pesanan orang. Dah dapat kaftan untuk mak saya, saya beli 3 pasang kain sutera untuk diri sendiri. Untuk anak-anak, baju sepasang sorang. Cuma Iman yang saya bawak sama. Dia ni susah sikit orang lain nak jaga. Kakak dan Adam saya tinggalkan dengan mak sedara diorang.

Lepas Pasar Payang, singgah kedai makan Sofinaz. Tapau nasi bungkus. Kedai ni jual nasi padang. Ada bermacam-macam lauk-pauk, you'll be spoilt for choice. Yang selalu kami beli ialah daging hitam, paru dan telur ikan goreng. Oh ya, ayam kampung goreng. Setiap bungkus datang dengan sedikit sambal. Pedas tawwww... janganlah nak gaul semua dengan nasi dulu. Sila test sebelum gaul rata, kang tak termakan nanti.
Walaupun waktu tu dah lepas waktu Asar, cuaca masih panas, matahari masih terik. Walaupun naik buggy, tekak tetap haus. Pi pekena minum dulu kat kafe dalam TTI nun. Malangnya Iman takmau masuk kafe sebab depan tu ada playground. Dia singgah main situ. Saya, sebagai idola dia no 1, kena singgah meneman. Marah jugak saya mulanya tapi bila saya tengok dia dah berani panjat tali-tali rantai dari atas ke bawah, berjalan atas tali dan turun gelungsung tanpa perlu saya pegang tangan dia. Nampaknya terapi-terapi yang dia pegi tu ada hasilnya. Tak lama lepas tu, sepupu sepapat dia pun join kat playground. Si Kakak sampai berpeluh sakan panjat sana sini. Adam pun tak kalah, tak padan dengan kecik.
Keluar dari situ, ingatkan nak balik dah. Budak-budak ajak pegi naik paddle boat pulak. Kakak naik sama cousin dia, Cik Kah. Iman, sangat excited tapi takmau pakai life-jacket pada mulanya. Langusng tak boleh naik. Lepas tengok Kakak syok aje paddle boat, sudahnya dia setuju pakai life-jacket tu. Macam transformer you. Iman naik sama Tebby. Tukang kayuhnya cuma abahnya, Iman jadi penumpang saja. Saya tak naik boat. Tunggu dengan Adam kat darat. Adam pun meronta-ronta nak naik boat tp saya tak berani. Nasib baik ada satu boat tersadai kat darat, makanya itulah boat Adam! Dekat 7.30 ptg barulah semua naik balik ke darat. Dekat parking lot sempat lagi yang kecik-kecik ni mengepau beli belon sorang satu pulak.
last sekali sebab jenuh nak pujuk dia pakai life jacket tu
3 comments:
cuti sakan kali ni..btw restoran sofinax tuh anak sedara my dad nyer..:P
turun temurung dr zaman dulu kedai tuh...
elin ~ sedapppp..... tiap kali balik mesti masuk agenda beli nasi kat situ.
eheh, baru nak tanya gambar masjid kristal tak ada ke
Post a Comment