Minggu lepas ada satu topik perbincangan di HotFM. Tentang perempuan yang dikatakan emotional dan bertindak tanpa usul periksa. Maka ramailah yang menalipon dan ber-SMS.
Let's face it ladies.
Dah memang kejadian kaum hawa begitu. Maksud saya lebih emotional berbanding lelaki. Tak perlulah kita nak segala-galanya sama dengan kaum lelaki. Di pejabat mungkin perlu berada pada tahap professionalisme yang sama (tapi kalau kaum ibu dibenarkan balik awal bulan puasa ni, best juga! sempatlah memasak hebat-hebat di rumah kan) tetapi tidak di dalam hal ehwal rumahtangga. We complete and complement each other, bukan compete.
Saya mengaku lebih emotional berbanding Tebby. Saya pastikan anak-anak mendapat hadiah harijadi setiap tahun. Tak perlu mahal. Yang penting tanda ingatan dan penghargaan. Kalau anak-anak di kampung, saya pasti akan call sekurang-kurangnya 3x sehari walaupun saya pasti anak-anak OK saja. Kalau saya out-station, saya pasti bawa gambar anak-anak. Tebby tidak. Dia lebih bertegas. Bayangkan kalau kami dua-dua mudah cair dengan anak-anak. Atau kalau both of us bertegas.
But despite that, ada masanya saya lebih kuat dari segi emosi.
Walaupun Tebby tegas dengan anak-anak, dia mudah kacau bilau kalau anak-anak sakit. Jiwa tak tenang, makan tak lalu, tidur tak lena. Seriously. Dan pada pengakhirannya, dia akan turut sama sakit. Saya nampak Kakak, Iman dan Adam sebagai sumber kekuatan Abahnya. Kalau ada yang sakit, dia jadi lemah. Longlai. Dalam keadaan begitu, saya masih mampu menghadapi keadaan dengan tenang. Saya masih boleh makan. Saya juga masih boleh tidur. Masa Adam dimasukkan ke NICU barely 12hours after birth, saya masih boleh bertenang. Tebby tidak.
Kami berbeza, obviously. Dengan perbezaan-perbezaan itu, kami masih boleh bahagia. Sudah 8 tahun kami bernikah. 8 tahun penuh suka duka, 8 tahun dengan pahit manis. Kami bukanlah pasangan ideal. We have our ups and downs, we have our arguments and glitches. Afterall, ini dunia realiti, bukannya fairytale.
Kalau manis saja pun, tak sedap juga kan. Perlu juga masam, masin, pahit, tak gitu?
To Tebby, Selamat Menyambut Ulang Tahun Perkahwinan kita yang ke-8. Semoga jodoh kita berpanjangan dan diberikan kehidupan rumahtangga yang bahagia dan diberkati.
Oh ya, backtrack 34 tahun lepas, saya juga dilahirkan pada tarikh ini, tahun saja berbeza!