NOTA ~ Kisah ini hanya untuk yang mengerti sahaja.
Ada sebiji anggur masam. Walaupun masam, dia sebiji anggur yang besar. Dia berada di kalangan anggur-anggur manis, yang terpaksa tunduk hormat kepadanya akibat saiznya yang besar. Oleh kerana itu, dia tak sedar kedudukannya sebagai anggur masam. Dia merasakan dialah yang termanis.
Awas berhadapan dengan anggur yang satu ini. Serba tak ketahuan. Tak keruan. Itu tak kena, ini tak betul di matanya. Masalahnya, dia merasakan anggur-anggur lain semuanya masam, cuma dia dan kelompoknya yang manis, Itupunn… kadang-kadang anggur manis dalam kelompoknya turut dilabelkan masam. Anggur-anggur kelompok lain? Toksah cakaplah, semuanya tak sedap!
Si anggur masam ini kehendaknya tinggi. Mau orang hormatinya. Mau orang patuhinya. Mau orang berkata dia sentiasa betul. Tolonglah cikpuan anggur, kalau mau orang hormati diri anda, pertama-tamanya sila hormati orang lain. Dan satu lagi, jangan lupa hormati diri sendiri. Kadangkala dalam membicarakan kesilapan dan kelemahan orang lain, anda kelihatan kalut dan ada kalanya tak konsisten dan ada kalanya entah apa-apa. Cuma kerana saiz anda saja membuatkan orang tidak membantah. Tapi itu tidak mengubah anda kepada anggur manis ya.
Anggur Masam ~ itulah nama tengahnya (sila terjemah secara literal)

Kisah Dua ~ Sepetang bersama orang pening kepala

(Photo 1 ~ sup telur)
(Photo 2 ~ close-up dried lobster)
(Photo 3 ~ nasi goreng gaya Ummi)
Okaylah, last sekali, sketsa bergambar dari boboy Ummi..
Kisah Tiga ~ Mari minum air bersama Iman

mulakan minum air secara berhati-hati (tumpah kalu, ummi marah nanti!)

kemudian berhenti kejap untuk ambik nafas

sambung balik

uihhh.. kalau dah nak abess angkat tinggi-tinggi macam ni.. tak baik membazir tau..

kalau tak cukup, hulurkan mug anda dan bagitau 'nakkk agiii'

kalau tumpah sket, kesat gini yek
(suara ummi di latar ~ iman, pse lap guna kain lain kali)

burp, alhamdulillah