Monday, July 25, 2011

Gaji!

Owwwwwwwww.... yesssssss!!

Kching!

Sepertinya macam first gaji pulak hihi!

Thursday, July 21, 2011

ADHD - Where, What and How to Start (Pengalaman Kami)

Orang kata, jangan mengeluh awan yang hitam. Siapa tahu selepas hujan reda, ada pelangi indah menanti kita.

Saya ada menerima beberapa email dan beberapa soalan (dan perkongsian) di forum. Rasa terpanggil untuk berkongsi pengalaman kami.

First and foremost ampun maaf saya pinta. I am not a doctor, nor a therapist. I can't give expert opinion nor can conclude anything based on apa jua cerita anda sekelian. Saya cuma seorang ibu yang Allah kurniakan dengan 3 orang anak, salah seorangnya mild ADHD, GDD dengan sedikit traits autistic. What I can share is solely based on our experience. Pendekatan kita masing-masing berbeza. Saya cuma berkongsi, moga-moga ada yang dapat manafaat.

Perjalanan kami sudah agak jauh. Bagi saya it's a lifelong journey. Membesarkan anak-anak, mendidik anak-anak, takkan ada penamatnya. Sudah jauh kami lalui, masih terlalu jauh juga selebihnya.

Kebanyakan (bukan semua) persoalan yang saya terima ialah 'what to do, where to go, how to start'. Maknanya selepas kita mengesyaki anak-anak kita ada masalah atau selepas doktor-doktor di klinik-klinik memaklumkan anak-anak kita ketinggalan berbanding anak-anak lain, apa perlu kita buat? Dunia semakin luas with internet. Borderless bak kata orang ni. Untuk mengetahui normal milestones anak-anak, boleh google berbagai-bagai fakta yang ada. Cuma bila tengok anak jiran kita umur 3 tahun dah membaca, jangan pula kita menyangkakan anak kita yang 3 tahun itu sudah ketinggalan!

Selepas paed di Ampang Puteri memaklumkan Iman banyak tertinggal berbanding milestone sepatutnya, terutama dari segi speech (dia juga lambat mula meniarap, merangkak dan berjalan), kami direfer untuk berjumpa dengan Child Psychiatrist dan buat hearing test. Pilihan swasta atau kerajaan ada. Pada waktu itu kami memilih swasta. Berjumpa dengan Dr Aminudin Saim di Ampang Puteri, lalu direfer kepada Innovative Hearing. Hearing test - normal. Child Psychiatrist pulak, Dr Rose Peng. Walaupun dia ada office di Ampang Puteri, we were advised ke her own practise in Serdang. Bawa semua surat menyurat, findings yang ada sebagai rujukan. Bukan kerja ofis saja perlukan fail. Untuk anak-anak pun sama. Maka saya pun membuka satu file. Putih, ketebalan 1.5inci. Ditepinya saya tandakan 'IMAN'.

First one or two sessions dengan Dr Rose, saya dan suami menjawab bermacam-macam soalan. dari proses kelahiran, pembesaran, perkembangan pertuturan dan bermacam-macam lagi. Sesi dengan Iman pulak, Dr Rose observe dia sendiri. After few sessions barulah she concluded, that at that time, ADHD, GDD, few autistic features came into picture. Dia sajes 2 therapies i.e. speech theraphy (lepas ni saya tulis as ST) dan occupational therapy (lepas ni saya tulis OT). Options given, in Gleneagles Intan or Prince Court (lepas ni saya tulis GIMC dan PC saja ya). We opted for GIMC.

The advantage of doing those in private hospital is obviously the time. Queue pendek. Every week ada theraphy. The disadvantage pulak, obviously, the cost. ST is charged at RM102 per session of 45minutes-1hour. OT pulak RM108 for the same duration. Simple math (RM102+RM108) x 4weeks. Thanks to T* yang mensponsor semua itu. Dan alhamdulillah, kemudiannya En Tebby dipinjamkan ke Fibre**mm, the costs semuanya ditanggung.

Dr. Rose Peng pulak, exorbitant! First time datang, it was around RM200-RM300. The amount keep on inceasing. Sampai last visit, it was RM2.00 lesser than RM600. Masa tu dalam beg duit ada RM600, I was left with a mere RM2. Yang ini kena bayar sendiri. Bayaran ni termasuk session dengan dia and ubat-ubatan. Time tu Iman ambik Nootropil dengan Ritalin. That was the closest that we got to this 'designer' thingy.. designer drug. Ritalin.

Long story cut short.. tahun 2010, Iman 6 tahun. Cikgu tadika dah give up. Taktau macamana lagi nak buat (Iman started kindy at 4yo). Cikgu tadika bagi satu nama dengan nombor phone. Sekeping kertas yang mengakibatkan an 'educational turnpoint' berlaku.

eh... dah hampir jam 2, saya kena kerja. Nanti saya sambung ya. Konklusinya, kalau nak ke hospital swasta, beginilah lebih kurang aliran prosesnya.

Oh ya, untuk entry lain yang berkaitan..
1. Referral for hearing test, here.
2. The hearing test itself, here.
3. His first few words, here.
4. Psychiatrist's charges, here.
5. His diagnosis, here.
6. His first therapies, here.

Ada masa saya sambung kemudian k.




Wednesday, July 20, 2011

Quotable Quotes - Cinta di Dalam Gelas

'Habis air mataku, lunas sudah kesedihan itu. Hidup mesti diteruskan. Tentangan ada di depan. Masih banyak yang dapat disyukuri'

kata-kata Enong @ Maryamah Zamzani, dalam novel Cinta di Dalam Gelas
Karya Andrea Hirata

Tuesday, July 19, 2011

Tidak Tergenggam

Cinta ditabur dari langit
Lelaki dan wanita menengadahkan tangan
Berebut-rebut menangkapnya
Banyak yang mendapat secupak
Banyak yang mendapat segantang
Semakin banyak
Semakin tidak tergenggam

petikan novel Cinta di Dalam Gelas
karya Andrea Hirata

Monday, July 18, 2011

Ofis Baru

my ex flaming-red cubicle



Things are not always what it seems (baca entry saya dengan tajuk La Tahzan di sini) At times what we want most is not what we need. At times what we don't want most (but got it anyway) turns out to be the best thing.

Alhamdulillah. Efektif 16 Julai 2011, saya melapor diri di tempat kerja baru (masih di syarikat yang sama). InsyaAllah apa yang ditakdirkan akan elok-elok belaka. Manapun simpang yang diambil, tetap menjanjikan suka dan duka. Selama bernama manusia, itulah kehidupan yang harus ditempuh.

Moga perjalanan selepas ini lebih bermakna dan indah-indah dari yang lepas-lepas.


Monday, July 11, 2011

Jom Kari!

Semangat makan waktu di rumah full-time memang lain kalau dibandingkan dengan semangat makan waktu bekerja. Contrary to the popular belief, di rumah kadang-kadang lagi huru hara, nak makan bersedap-sedapan tak berapa nak sempat. Kadang-kadang nak breakfast tapi sebok dengan anak nak mandinya, nak ceboknya, bergaduhnya etc, terus jadi brunch. Kadang-kadang cadang nak lunch lepas hantar anak pi sekolah.. tup-tup balik rumah terlelap, terus tak lunch. Masak dinner terus. I lost 5 kg during that one year.

Waktu dipejabat, anda ada proper timing untuk makan dan minum. Sampai ofis jam 7.30 pagi, boleh minum kopi dengan nasi lemak (tanpa perlu berhenti untuk mencebok anak yang poo-poo), waktu rehat tengahari boleh makan dengan aman kat kedai Latip (tanpa perlu tension-tension anak-anak bergaduh sampai tertepis air manis kat meja makan lalu tumpah..) Kalau ada masa lebih-lebih, boleh makan pisang goreng pulak. Paling buat saya ‘terharu’, ofis saya menyediakan spot ala-ala ‘kantin’ menjual jajan! Siap dengan premix hot drinks. Heaven bukan.

Ni saya bagi satu contoh lunch last week. Lunch dengan En Suami di Bangsar. Sapa tak tau kari-kepala-ikan-bawah-pokok? I bet most of us yang kerja kat T* Menara / Annexe sure tau. Sedapnya hingga ramai yang sanggup ambik risiko kena berak burung (it’s an open air gerai, banyak pulak pokok-pokok kat situ, termasuk beburung yang dok kat pokok-pokok tu) termasuk saya :D

Ni adalah kari kepala ikan. Ikan merah. Malangnya pada hari kejadian takde yang kecik. Yang ni lebih kurang sebesar kertas A4. Eh, malang ke? Habis kena bedal sampai tinggal tulang aje. Walaupun upon its arrival, terus aje ‘kalau tak habis, kita bungkus’. Ya lah tu.. bungkus lah sangat.. bungkus dalam perut.

Kepala ni RM50.00. In addition to that, kami order sotong goreng 2 ekor, ikan cencaru goreng 2 ekor, sepinggan taugeh, 3 pinggan nasi (saya makan sepinggan ajer, sila tuduh orang lain) dan 2 gelas teh-o-ais-limau.


hah, siap gigi lagik tu


aip.. tunggulah ai ambik gambar jap (merujuk kepada tangan yang sedang merobek ikan)



sotong goreng terbaekkk!

Puas hati. Sedap. Kenyang. Tangan pun bau kari sampai ke malam despite dibasuh dengan sabun 2-3 kali. Total lunch hari tu was RM65. En Suami hulur 2 keping no RM50. Tokey kata takpelah, bayar RM50 ajer pasal dia takde small change. Lain-lain halaaaaaaaaalll! Maknanya kami cuma bayar kari kepala ikan tu aje, the rest FOC! Moga Allah murahkan lagi rezeki mereka.

ps - tak kena berak burung, alhamdulillah..

Sunday, July 10, 2011

Nasi or Noodle?

We need to eat to stay alive. Some prefers nasi. Some prefers noodles. It's just a matter of choice and preference. The objective - to stay alive.

Setahun menguruskan keluarga cukup melunakkan naluri keibuan saya. Senyuman Adam selepas menggunting langsir buat saya lupa kerenahnya. 'Good night Ummi, I love you' dari Iman sebelum tidur membuat saya rasa segar setelah bertungkus lumus membantunya ulangkaji. 'Ummi tau tak, spots pada cheetah is called rosette?' maklumat dari Kakak buat saya sedar saya tak perlu mengeluh bila dia minta dibelikan buku-buku.

Jika boleh saya mahu detik-detik itu berterusan. Saya manusia biasa, akur dengan takdir. Saya mungkin memilih nasi tetapi jika sudah rezeki saya noodle.. alhamdulillah. Saya tak mau kufur nikmat. Sepanjang setahun saya bercuti, ramai yang saya jumpa mengeluh tidak punya pekerjaan. Sedangkan saya, pada standard saya, I am well paid. (standard saya - kereta jenama Cik Vivi, tiada beg tangan kos empat-angka atau baju jenama pelik-pelik sampai tak reti nak sebut)

Jumaat lepas, kebetulan En Tebby bercuti menghantar Iman ke 2 sesi terapi di HUKM. Sejak saya masuk pejabat balik, urusan itu perlu digiliri. Abah, Ummi, Abah, Ummi. Jika En Tebby bercuti, maknanya saya akan solo-driving ke ofis. Maknanya lagi, right on time saya akan clock out dan terus menuju ke Cheras.

Alhamdulillah, saya dapat jemput Iman di sekolah, seperti mana waktu-waktu lalu dan kemudiannya menjemput Kakak dan Adam di taska sebelum jam 6.30 petang. Saya tunggu Iman di spot yang sama dengan Nor (*pengasuh di taska) menjemput anak-anak yang di bawah jagaannya. Loceng berbunyi, anak-anak meluru keluar (awas, don't ever stand in their way, harus dilanggar saja nanti!). Saya nampak Iman, dia tak nampak saya. Saya hairan dia tak terus ke tempat Nor sebaliknya dia pergi to the spot I used to wait for him, and then baru berpusing ke tempat Nor. Saya pandang Iman, dia nampak saya. Saya senyum, dia senyum dan berlari ke arah saya.

Hati senang. Saya lupa soal perkara-perkara di pejabat yang membeban fikiran saya. Saya lupa soal nasi atau noodle. Saya tahu saya ibu yang bertuah.



Khamis 30 June 2011, hari terakhir TSAHM saya. Iman dan Hazim (sepupunya). Iman in blue.



tak pernah menolak kalau disuruh posing


kelas pertama hari tersebut, JQAF yang dibuat di dalam surau sekolah




permandangan biasa di akhir waktu sesi persekolahan petang. anak-anak yang tak sabar untuk pulang


*Taska ni, where my kids go ni betul-betul berdepan dengan sekolah kebangsaan yang dihadiri oleh Kakak dan Iman. Sorang pengasuh will send and fetch anak-anak sekelian to and fro pada setiap sesi persekolahan. Atas alasan itu saya hantar anak-anak saya ke sana walaupun bayarannya lebih mahal berbanding beberapa taska lain di sekitaran rumah saya. Bukan saya punya banyak duit, tapi soal praktikaliti dilebih diutamakan. Nor, pengasuh yang saya kenali sejak lebih 6 tahun lepas. Anak-anak saya sangat manja dengan Nor.

Monday, July 04, 2011

Go With the Flow

4th July 2011 - 2nd day kat office. Decided to just go with the flow. Anyway, I just had to pen this down. Somehow rasa funny.

When I was away, there's this mamat occupies my cubicle. Since I was just on leave, tak lah clearkan semua benda. Cam files, booklets, training materials semua ada lah kat meja tu. When I came back, I got to know he had packed things up.. not his but mine!

I am now sitting and making myself comfy at one quite corner. 5s-ing 3 big boxes of God-Knows-What. I didn't know I had so many things. In fact too many things! Oh btw, I don't have a fixed phone yet. Call/sms my mobile k.

Anyway, it's a little boring for the past 2 working days. My close frens tau lah apsal. I am overly overpaid, I'd say. But let's just savor the moment for now.

Oit, today is 4th July eh? Happy 4th Birthday to Vivi! Lagi 3 tahun nak habih loan :D

Friday, July 01, 2011

Life Goes On

Life goes on. I must move on.

Menoktahkan satu fasa perjalanan hidup yang amat bermakna buat diriku. Pada hari Jumaat yang penuh berkat ini, perjalanan selanjutnya bermula. Moga yang mendatang indah-indah belaka.