Sunday, March 27, 2011

My Thots on Pensel Warna

permandangan pensil warna Iman. gigih tak Ummi dia melabel every each :P



Kalau pensil warna anak-anak anda dah tak cukup ahli kumpulan, atau lagi banyak yang kontot dari yang panjang, jangan buang baki ahli-ahli tu. Get a small container and simpan. I did that for years sejak anak-anak mula berminat nak mewarna (termasuk dinding, kosi depa kerjakan :P). Itu kira tak apa-apa sangat kalau dibandingkan dengan si Adam yang pantang jumpa gunting. Sila jangan terlelap kalau dia tengah bizi menggunting. Bahaya. Bahaya kat dia pun iya. Kat kita pun iya. Silap-silap bangun tidur, rambut dah fesyen lain.

Now that I have schoolgoing children yang selalu hilangkan sebatang dua pensil warna beberapa kali dalam seminggu (especially Iman la kan), Kak Mon tak perlu ganti the whole set. Just ambik dari container aje as ganti. Plus, kalau ke mana-mana, boleh bawak container tu. Tak perlu rebut-rebut dah pasal dalam tu ada banyakkkkk! Anak-anak Kak Mon ni kalau pegi bercuti outstation 2 hari pun depa akan bawak kertas dengan pensil warna. Ni tabiat mak dia lah ni yang tak reti nak travel light. Semua nak bawak.

Sekian tips pendek dari Kak Mon. Korang pun dah buat benda ni kan, lagi nak bagi tips konon :P



after 3 bulan mula Tahun 1, Ummi nya masih gigih melabel segala harta benda anaknya. tu punnnnnn, hilanggggg jugakkkkk



ni lah reservoir pensil warna. buleh ambik untuk ganti mana-mana yang kena cilok atau misplace.


Anyway, based on my personal experience having 3 anak and 2 of them dah mula bersekolah, I prefer stationeries Faber-Castell. Not just pensil warna but pensil biasa, eraser, sharpener etc. Kalau pensil warna tu, Luna pun okay. For crayon, my vote goes for Buncho. Oh ya, pensil warna yang 'dual' usage tu.. ala... yang boleh buat ala-ala water color tu, lagi best. They glide easily and hasilnya smoother.


Saturday, March 26, 2011

KL Bird Park - 19 March 2011


Last Saturday kami ke KL Bird Park (link http://www.klbirdpark.com/). Saban wiken ke shopping complex bosan juga. Asalnya nak tengok pesta belon panas tapi kensel di saat-saat akhir. Last-last ke Taman Burung.


Waktu sampai tu cuaca agak mendung. Tapi kira okaylah sebab tak panas. Tak sampai setengah perjalanan, hujan turun. Oh ya, tiketnya agak pricey to me. Adult RM20 sorang, kanak-kanak 3-12 tahun RM10 sorang. Adam tak kena caj. So untuk Kak Mon, En Tebby, Kakak dan Iman, semuanya RM60. Dah sampai kat situ kan, anak-anak pulak dah excited sangat, takkan nak kensel. Masuk jugaklah. Dari luar dah dengar suara si merak. Kuat betul bunyinya. Show off betul :D


Tak banyak sangat ambik gambar sebab hujan. Yang ada pun tak cantik sebab cuaca mendung. (Kalau tak mendung pun bukannya cantik he he) Apapun, jom layan ajelah koleksi yang ada..

apples of my eyes

ni lah yang bising tak henti-henti. ni jaring atas kepala kami. depa buat serkup, kalau idak habis semua burung terbang tah ke mana


Adam sedang menghalau burung. Dia dengki betul tengok burung lepak-lepak




waktu ni singgah kat wakaf.. hujan. senyum manjang dapat keluar.


Iman pulak dapat kawan while waiting hujan berenti


depan tu kawasan flamingo. tak dapat pegi dekat sebab hujan and kami tak bawak payung


smelly, these guys :P




Usai aktiviti di Bird Park, kami ke Masjid Negara untuk solat Zohor. Dah lama sangat tak solat kat masjid. So serene. The boys, pantang jumpa tempat luas, terus ajelah buat larian marathon ulang alik.


sambil bergambar, sambil tu kaki dok main air pancut


berlari aje kerjanya budak berdua ni. off they go


datang balik kat Ummi


off they go again


datang balik, again

Lepas solat, kami ke Pantai Dalam for lunch. More like nak masuk teatime dah time tu. Tak dan nak bergambar apa2 dah.. lapar...

Apapun, anak-anak happy, alhamdulillah.

Wednesday, March 23, 2011

Pelangi Itu Indah!

photo credit to danielisfunky.blogspot.com

Orang kata, jangan mengeluh awan yang hitam. Siapa tahu selepas hujan reda, ada pelangi indah menanti kita.

Remember when I wrote this some years ago?

Alhamdulillah. We're thankful beyond words. Iman brought back 4 of 5 of his exam papers, which made me almost cried with thankfulness. I have never given up hope on him but neither do I expect so much from him. Hope for the best, be prepared for the worst nonetheless. I remember the first day dia exam. I asked how was it going. Katanya he just did muka depan dengan belakang aje! *ummi faint* Second day dia kata dia buat sikit je sebab penat nak kira (Math) and third day I asked how was Science, he looked at me blankly and said 'Mana ada periksa Sains? Tak ada!' *ummi faint again!* Nevertheless, he got 92% for English, average of 82% for Bahasa Malaysia, 90% for Pendidikan Islam & Moral and 75% for Math. Paper Sains belum dapat. MasyaAllah. Kun Faya Kun. Dengan izin Allah.

Mungkin anak-anak anda semua score 100%. Tak mengapa jika nukilan saya ini sekadar picisan di mata anda semua. Saya tidak membandingkan Iman dengan anak-anak lain. Jika he's at par, alhamdulillah. But when looking at him, now and then, a huge leap from then to now. Alhamdulillah. Tahniah Iman.

Dengan menulis ini, saya sama sekali tidak berniat untuk riak atau sebagainya. Sekadar nukilan hati seorang ibu yang penuh kesyukuran. Jika ada yang mendapat inspirasi, alhamdulillah. Segalanya berkemungkinan. Waktu saya mula-mula bercuti panjang, itulah juga yang saya ingatkan diri saya. Ianya mungkin berhasil. Ianya mungkin tidak. Tapi tak salah mencuba kan?

Kepada Iman, tahniah Ummi ucapkan. Walau perkataan 'tahniah' itu sendiri sangat asing bagi Iman. Walau Iman mungkin tidak sedar betapa gembiranya Ummi dan Abah dengan pencapaian Iman. Walau Iman sekadar bertanya 'Hari ni Iman periksa lagi ke?' bila mana Ummi bagitahu betapa bersyukurnya Ummi.

Kepada diri saya sendiri, ini bukanlah satu titik penamat. Semua ini satu perjalanan, bukan satu destinasi. Ini, saya ambil sebagai titik permulaan. Moga Allah kekalkan momentum ini. Iman, dan saya juga. Moga Allah permudahkan segalanya.

Apapun, saya ingin mengucapkan terima kasih tak terhingga kepada..

1) Suami saya, Is**** Is**** yang sentiasa memberikan sokongan moral dan emosi (dan financial support!). Yang sanggup mencuba dan terus mencuba demi Iman.

2) Saudara mara terdekat terutamanya Atok (ayah saya) yang terus menerus menyokong usaha-usaha kami. Terima kasih atas pengertian itu.

3) Pengurus Besar saya, En Salam Abdul Wahab yang akhirnya bersetuju menandatangani surat kelulusan Cuti Tanpa Gaji dan melepaskan saya dari pejabat selama setahun. Terima kasih Bos, jasamu dikenang.

4) Penolong Pengurus Besar saya (which I directly reported to), En Abdullah Abu Hassan.

5) Colleague saya, Nurul Azima Abdul Hamid, yang mengambil alih tugas-tugas di pejabat selama saya bercuti. Terima kasih Ima, from the deepest part of my heart. Dan tahniah juga!

6) Rakan-rakan sama ada yang rapat, tak begitu rapat atau cuma bertegur sapa di alam maya, yang bertanya khabar, yang mengambil tahu. Terima kasih. Walau mungkin kalian merasa ianya cuma 'bertanya khabar', saya amat menghargai ingatan itu.

Ehh.. dah macam ucapan terima award pulak! Tak perlu tunggu hari istimewa untuk ucap penghargaan kan?

Dan sesungguhnya pelangi itu indah, terutama selepas mendung!

Syukran Ya Allah.

Friday, March 18, 2011

HUKM JRMA - Muzium Negara - MidValley

My friends suggested that I start thinking on writing books. I'll stick with my blog for now, thank you. Which I rarely do these days anyway. Alamat kalau nak tulis buku, mungkin first 5 pages aje kot. Lepas tu on long hiatus then I'll start again setiap kali bulan mengambang, boleh? *howling*


Oh ya. There's a correction I want to make. Semalam En. Tebby cuti and we brought the elder two to HUKM JRMA untuk buat specs. Kakak cuma astig ya kawan-kawan. High one, about 4++ both eyes. Tak rabun. Yang rabun is Iman. 1.25 and 1.75 with 3.0 astig. Both picked purple frames. Mula-mula lenses for Kakak is Essilor (spelling tak sure) and Iman, Hoya. Sampai kat kaunter nak bayar, depa kata ada local lenses, which are cheaper. Apalagi, grab the cheaper ones. Save by hundreds jugaklah. Final cost for both kids is about RM700. For transition lenses (which I am aiming for), about RM1,000 - RM1,300. Not so much difference. They informed me that transition lenses ni macam barang harga terkawal. Likewise gula lah. Kena jual RM1.45 sekilo. So mana-mana pegi pun lebih kurang je harganya. Apapun, jagalah mata anda. Once dah merabun cam Kak Mon ni ha, it is never a cheap thing.



btw, before ke JRMA, singgah McD for breakfast. they're having this 'beli apa2 minimum RM5 and you'll get big breakfast free. not 1 but 2. worth RM13.00++. ramai gi** orang.


After HUKM, kami pegi Muzium Negara. Ol' skoolll kan. I gave them few options - Pusat Sains, Planetarium, Bird Park and Muzium Negara. Kakak nak pegi muzium (since one of her cita-cita is to be an archeologist, other than veterinar). Eh, kat muzium ni boleh ambik gambar ke idak sebenarnya? I saw some people selamba je took photos. Jom layan cerita bergambar okay.



ececee.. siap felok-felok bahu lagik


Iman!!


ni kat luar. ada vehicles from various years. dari yang tak berenjin sampailah yang berenjin. latest kat situ is Proton Saga, our first national car.


fire engine zaman dulu y'all


Bayaran masuk RM2.00 untuk dewasa. Kanak-kanak dengan warga emas, FOC. Untuk warga asing, bayarannya berbeza. RM4.00 untuk dewasa kalau tak silap. Ada ramai jugak foreigners yang melawat. Sempat sorang tu tahan Kak Mon sebab nak tanya Kak Mon beli tudung kat mana! Kak Mon mulanya nak pakai shawl tapi tak sempat nak keringkan rambut, pakailah tudung instant tu. Airy sikit than shawl sebab tak perlu pakai anak tudung. Eh, cerita tudung pulak he he.

Exhibition kat Muzium Negara dibahagikan into 4 halls, bermula dari zaman manusia belum bertamadun sampailah kepada sepertimana kita sekarang. Ada gambar current PM, besar woo. Kat Galeri D. The kids mula-mula very interested sebab dapat tengok skull, tulang, and things that are very much from the past. Sampai kat Galeri C, depa dah lost interest. En Suami Kak Mon, yang memang gemarkan kisah-kisah sejarah ni, was last to emerge out from Galeri D. By then, Kak Mon dah duduk kat bench sambil urut betis. Adoi, belum lagi 40-an dah tak fit. Padahalkan bukan besar mana pun muzium tu.

Ni lah urutan exhibition hall yang ada..
Galeri A - Sejarah awal i.e. Zaman Perm, Zaman Prasejarah, Zaman Proto Sejarah. Ni dari zaman guna batu nak hidupkan api sampailah ke zaman manusia mula buat candi cam kat Lembah Bujang nun. Time ni yang fomfuan mula guna cengkerang siput sebagai perhiasan. Ada jugak manik-manik.
Galeri B - Kerajaan-kerajaan Melayu. Kisah-kisah kesultanan negeri-negeri Tanah Melayu. Kedatangan Parameswara.
Galeri C - Era Kolonial. Ni zaman Tanah Melayu dijajah i.e. by Portugis, then Belanda, British, Jepun and kisah pejuang-pejuang kemerdekaan.
Galeri D - Malaysia kini. Starts off with kebangkitan kesedaran, kemudian kemerdekaan, darurat, pembentukan Malaysia and last but not least, 1Malaysia. Owh, baru Kak Mon tau yang zaman-zaman Kak Mon sekolah rendah sekitar tahun 80-an, masih ada lagi komunis.

After Galeri D, kami ke Museum Shop. Kakak beli beg. Kak Mon beli frigde magnet. I collect those these days. Mana-mana pegi, cari fridge magnet as momento. So far banyak lagi space kat fridge tu.. nampak sangat kurang berjalan kan he he. Kalau yang from oversea mostly Tebby beli masa he travel frequently dulu and yang kawan-kawan bagi. Yang local tu adalah pekerjaan Kak Mon. Belum rezeki nak berjalan jauh.

Oh ya, kat luar muzium tu ada few stalls selling souvenirs, berjenis-jenis kacang, and ada satu tu buleh bergambar dengan few parrots and an iguana. Geli weh dengan iguana tu eventho Kak Mon tengok budak-budak dok usap macam usap kucing je. One boy siap picit macam nak rasa buah dah masak ke belum! Iman sebok nak ambik gambar dengan parrot. Kakak temankan. Bila uncle tu letak parrot tu kat tangan dia, dia geli (dia pakai short sleeve). Sudahnya semua parrot lekat dekat si Kakak! 3 ekor. Sekor kat bahu, 2 kat tangan. Iman pulak pelakon pembantu tersengih je kat sebelah tu. Ada another stall buleh ambik gambar dengan ular. I dare nottt!! Oh ya, untuk bergambar dengan parrot tu, RM10, dapat sekeping gambar 4R. Uncle tu kasi ambik guna kamera sendiri pastu tapi burung tinggal 2 ekor je.


parrot yang biru tu namanya Soni, yang sebelah tu kaler hijau tu Koko. Koko boleh cakap few words. tapi mata asik pejam je. uncle tu panggil pun dia buat dek je.


tutup mulut Iman! gigi depan dia baru tercabut. rongak.




Lepas bye bye kat parrots, sempat tengok Istana Satu, which is originally from Terengganu. Built within compound of Istana Maziah and now dok sebelah Muzium Negara. Sempatlah naik. Kakak was puzzled sebab banyak sangat set congkak kat rumah tu. Orang dedolu mana le ada TV, itu ajelah entertainment depa Kakak oi. I personally like rumah kayu. Klasik. Dah nama dok KL ni, syukur aje lah dok rumah batu bersimen. Unless ada rezeki boleh beli tanah and buat rumah sendiri.


Iman kata ni rumah Kak Limah!!


Ada dua lagi tempat boleh visit, Mizium Etnologi dengan Muzium Orang Asli. Tak singgah sebab perut dan nyanyi-nyanyi. Iman pun komplen dia dah penat. Singgah lunch kat Midvalley. Pastu pegi Metrojaya nak perabih voucher RM100. Sampai rumah jam 3.00 pm. Fenattt!!!


Monday, March 14, 2011

Check Mata @HUKM JRMA

Lemme just pen this down before I futher forget.

You see, we've just became the patrons of HUKM. Loyal ones too! It began with Iman few months back. So far he has 4 files in HUKM Cheras, 1 for consultation with Child Psychiatrist, 1 for Jabatan Oftalmology and another 2 for his therapy sessions (Occupational and Speech). Last month he opened another file in Jabatan Optometri HUKM in Jalan Raja Muda Aziz (pasni ai letak JRMA okay, panjang amat nak tulis) (near Kg Baru). And earlier today Kakak followed suit. If I were to compile their files in various clinics in various states, I may have to do it in volumes!

Anyway.

Today we went to HUKM JRMA, second time for Iman and first for Kakak.

The first time we went there, it was 24th February 2011. Just Iman. Due to his conditions, we have to have him thoroughly checked. Ears and audio checked. And we were advised to check his eyes and vision as well. Furthermore, he's been complaining he can't see what's written on the whiteboard at school. The initial step was bringing him to Jabatan Oftalmology HUKM Cheras. Then we were referred to Jabatan Optometri HUKM JRMA. In Kakak's case, we just book an appointment right awat at HUKM JRMA.

Before I stori mori about today, let me just recap what happened the first time we were there, 24th February 2011. It was our first time there and I was (still am!!) not fimiliar the way around that area, Tebby took a day leave. We were a little lost and I gave them a call. Rupanya the gate was just a few metres away. You all tau le around KL ni, silap ambik simpang aje can cause you tersangkut jem berjam-jam lamanya. Tebby dropped me dekat entrance and he went to park the car. Oh ya, please bring your smallest car possible because likewise HUKM Cheras, this HUKM punya parking lot juga adalah kena rebut-rebut.

We spent almost 3 hours there! Tapi still not conclusive. We knew Iman kena pakai spek tapi tak dapat concluded necessary readings. Mula-mula tu dia okay. Pastu dah lama-lama (eh, tak lama mana pun he he) he got distracted and started experimenting with the alat-alat inside the room. He adjusted the chair himself, up and down, up and down. When lenses were put, he took them away and shoved them in any way he fancied inside that spek gajah tu (spek yang guna untuk check mata tu la). He occasionally complaint about how boring the visuals used were. He asked where the cafe was and if the food was good. Amazing, isn't he? For someone who just started talking at 5 yo! He sure is a chatterbox nowadays.

They did a thorough checking. I've been wearing specs for the past 15-17 years and have been checking my eyes in banyak kedai specs but some of the instruments used when they checked Iman, I haven't seen them. And those really added the excitement for Iman. Oh btw, since Iman is just 7, they put an eyedrop in his eyes. Something to do with his eyes's muscle. Padan le depa tanya tanya tahap kesihatan and the related history in details. Especially asthma and heart problem. Lepas letak ubat tu, the next day Iman ada simptom-simptom asthma attack. Dr in Klinik Kita confirmed that those could be the side-effects ubat tu. Ever wonder why kedai-kedai specs biasanya takmo ambik cases budak-budak? Well, this could be one of the reasons and risks they don't want to take.

Since Iman's checking was not conclusive, we have another appointment scheduled. Which, on that day, he was still experiencing coughing, runny nose and a bit of fever. Last-last kensel and I booked today, 14th March sebab kebetulan cuti sekolah, boleh bawak Kakak sekali.

So, now we continue dengan cerita hari ni pulak ye.

Hari ni En Suami tak boleh cuti. Eh, cuti sekolah pun gigih lagi nak bermeeting bagai? Kenot complaint maa. For the past 8-9 months, dia sorang-sorang je gigih menyara hidup kami 5 beranak. Siap dengan Bibik lagi tu. Tima kasih Yang. Lagipun dah memang cuti panjang nak uruskan anak-anak, ambikkkkkk.. uruskan le sepuas-puasnya he he.

Eh side track. Back to cerita hari ni. Hari ni a little after 7 dah bergerak dari rumah. Dah syak dah jalan akan agak selesa sebab cuti sekolah. Kalo idak, haruslah jam 6.45 dah kluar mengadap jem kan. Sampai tol batu 9 best giler. Boleh drive 90km/j. I took MRR2, pon selesa. Takde masa kereta berenti statik. Pastu ambik Jalan Ampang. Ni kenalah ada statik pasal ada traffic light kan. Pastu belok kanan menghala ke Bulatan Pahang. Jalan terus sampai jumpa traffic light memula, masuk kiri. Tempat yang dituju adalah pagar kedua. Masuk dan silalah berinteraksi dengan Pak Guard kat situ and pastu cariklah tempat parking kereta. Ai bawak si kecik aje, senang nak park. Eh, macam le reti bawak keta besar ha ha.

Sampai tu jam 8.15am. Walopun traffic agak clear, sejam jugaklah nak sampai sana. Bayangkan makcik dengan spek tebal bawak ViVa sambil tercangak-cangak cuba nak ingat simpang kat mana. Bayangkan makcik yang drive dengan keadaan tak relax sebab hampir-hampir macam nak peluk stereng aje ha ha. Anyway, masih buleh park keta dengan selesa. Masih ada dalam 10 empty lots so boleh lah ngengada nak park masuk buntut dulu. Pastu bawak anak-anak pi makan kat cafe dulu. Food, okaylah. Tak banyak pilihan tapi yang anak-anak suka makan ada, so on je lah kan. Tengah mengadap tu, Iman tetiba muntah atas meja. Alamak. Kenalah ai mencuci meja kat cafe pulak. Sebab sebok bersihkan meja, dah terlewat for appointment. Patutnya jam 8.30. Ni jam 8.40 masih gigih mengelap meja. Teruslah dapat reminder call. Bagus jugak depa ni kan. A day before appointment pun depa hantar SMS reminder.

Hari ni cam havoc sikit pasal both Kakak dengan Iman nak check mata and I couldn't be at two places at the same time kan. Memula ensure Kakak dah comfortable and I have given all the details they wanted. This time a big NO-NO to eye drop. Kakak pun ada history asthma and I don't want her to get the attack again. Then kena attend to Iman.g at This time yang check dia orang lain, fomfuan. Iman ni pulak, kalau fomfuan dia memang cooperate lebih sikit :D. Dalam a little more than an hour dan conclude his reading. Right eye 1.25, left 1.75. Astig both eyes 3.00, which is high. Astig ni in layman term, we call it 'silau'. From my pemahaman tadi, it is due to keadaan lengkungan mata yang tak sama. Supposedly lengkungan mata (tak ingat bahagian mana) melintang sama dengan lengkungan mata secara menegak. Bila astig tinggi, difference between the two is high. Bila tengok something, they don't see it as one whole thing. Maybe nampak atas aje or bawah aje, or kanan aje or kiri aje. Hence the term 'silau'. Bayangkan kita tengok TV pastu ada silau matahari, kan tak nampak sebahagian TV tu kan. Anyway, Opto kata mungkin masa kecik budak-budak suka gosok-gosok mata secara keterlaluan, tu yang shape mata jadi gitu. Or budak kuat nangis, sapu-sapu air mata kuat-kuat or yang allergik debu, mata gatal.

As for Kakak pulak, I owe her big time. I am so sorry Kakak. The Opto said our eyes stop growing at the age of 8 (approximately) so at 10 (Kakak is 10 this year), her eyes will give minimal respond to whatever stimulants (specs, eye therapy). Macam Iman, he's 7 so there's still time. She has first complaints tak nampak when she's 8 or 9 camtu. All I did was mintak cikgu letakkan dia kat depan. Then I went to kedai specs untuk check mata dia, semua refused and mintak pegi ke hospital, which I have been procrastinating, until today. Yes, I do feel bad about it. And now there's nothing much we can do about it. But whatever left that can be done, will be done. That Ummi janji to Kakak.

Ai forgot to ask for the latest reading tadi. But initially I was informed hers were 4.00+ for both right and left eyes and he astig is even more higher than Iman! Itu 4.00 is my reading at 35yo! While waiting untuk buat specs, we now have to do therapy (Ummi lepas ni boleh ambik kursus jadi therapist) for her eyes. Cover one eye, use the other to do activities like reading, writing, drawing, coloring for an hour. Then alternate with the other eye, also for an hour. Do just a cycle a day.

Since tadi both Kakak dengan Iman were there, and both have high astig, they cross-checked my kids' files and concluded that Adam should also undergo eye/vision checking when he's older but no more than 5yo.

Since tadi En Suami a.k.a En Banker was not with us, makanya specs tak buat lagi. Khamis ni we'll go again untuk buat specs pulak. Welcome to the club kids! Now Abah has 2 more persons to nag.. letak spek elok2, jangan main sental je lense tu, jangan tido pakai spek. Ha, sapa tido pakai spek? Maknya lerr.

I'd like to share some points about this whole 'mata-xperience'..
1) Don't hesitate to bring your child if diorang komplen tak nampak, pastu kalau balik sekolah asik pening kepala for no reasons. No harm to just check. At HUKM JRMA, untuk check, adalah free aje okay. Remember that our eyes grow sampai umur kita 8 tahun ajer (ni I quote opto okay)
2) Be mindful that in HUKM JRMA, checking akan dibuat oleh student med kita. Ada supervisor diorang nevertheless. Like Kakak's case tadi, since rabun dia agak teruk, supervisor took over. And be mindful HUKM is a government hospital. Bagi yang rasa-rasa jatuh standard or rasa-rasa tak tasty langsung government hospital ni, silalah ke hospital swasta okay.
3) Contrary to the popular belief, the waiting time is so short. In fact masa I called up the first time, I was told to come the very next day.
4) The checking will be a thorough one so it takes time. Do bring toys, snacks, water to occupy your kids. And for you, bawak le buku cerita and for the net-savvy, selamat ber-fb while waiting.
5) To ensure kesihatan mata, do eats loads of vege and fruits. Take vitamin A if you must but through diet lagi bagus. Practise eye-hygiene i.e. tengok TV dengan jarak yang betul, baca buku with enough light, don't tenyeh2 mata.

I don't know if we can get cheaper frames/lenses there in HUKM JRMA (ada kedai specs siap kat dalam tu) since budak2 ni tak buat specs lagik. Nanti come Thursday, we'll know. Even so, I plan to also have my eyes checked there.

So peeps, take care of your eyes okay.

Monday, March 07, 2011

Argan Oil - Acik Tak Jual Okay...

Since ada yang sms, send pm tanyakan whether or not argan oil that I am using is effective, I'll story here. (Lagipun takde idea apa dah nak update blog ni)

Sebelum I go on, please be warned. I am not at all a head-turner. I don't naturally have flawless, super smooth, silk-like skin. I have oily facial skin but dry body skin. I have a bit of open pores (hence kulit berminyak), parut jerawat, uneven skin tone and since I am not young anymore, I have fine lines. I also have occasional breakouts especially at that time of the month.

Menjawab soalan. It is effective to certain extend. I am using it for only a lil more than a week so I don't have much and I don't expect much. Furthermore I am not using pure argan oil. I am using Kiehl's Superbly Restorative Dry Argan Oil. As opposed to Pure Oil Series (which claims 100% argan oil, korang gugel lah, ramai orang jual online, rata-rata RM75 for 15ml), Kiehl's is a mixture of apricot oil, argan oil, sesame oil, jojoba oil, avocado oil, olive oil, eucalyptus oil.. among others. As the name implies, it is a dry oil, means it absorbs fast in your skin, leaving no oily feeling or oil residue. I am religiously using it everyday for my face and body and every other day for my hair. The immediate after feeling is oh-so-good. I'll tell again of other effects (if any!) after 3 months okay.

Oh ya, Kiehl's is a fairly-traded argan oil.

Argan oil is actually from Morocco. Moroccan have been using it in their hammam (ala, tempat mandi tu). Ingat tak pernah keluar kat suratkhabar pasal mamat yang kawin dengan minah Morocco tu? Dia kata Moroccan women kulit memang super smooth pasal guna this argan oil. Well, maybe kalau dari kecik memang akan super smooth la. Cam ai ni, penderita stretch-mark 1st degree, kulit kering etc, lambat sikit la kot. This oil is also edible. Boleh cicah dengan roti. But then, kalau Pure Oil Series menjual 15ml for RM75, sanggup korang nak cicah roti bagai??

Kiehl's. Ai pakai yang ini.


Ai teringin yang ini. Belum ada bajet.


So what happened to me after a week? Firstly my body skin sudah tidak kering lagi. Dulu kalau kena kuku, haruslah ada garisan putih. Now no more. Facial skin moist (I still pakai face cream ada sunscreen tho). Parut still ada, open pores still there, skin tone still uneven. Takpe, istiqomah. Istiqomah. Apa lagi?? Oh ya.. rambut. Smoother, much less flyaways, senang nak sikat and less hair-loss (I also use tea-bag recipe for hair-loss so can't say if it's just argan nyer effect).

Conclusion. I loikeee. Suka sangat. I bought Kiehls RM110 for 125ml. Relatively cheaper. That's why I don't hesitate to dab on my body, rambut, campur dalam body scrub (I buat homemade sekarang, jimat duit babe) Kalau ada bajet, nak beli yang Pure Oil Series jugak. Just for my face.

So jom kawan-kawan, membelai muka dan badan untuk diri sendiri, untuk suami tercinta. Semakin berumur tak bermakna kita boleh take for granted aje apa yang berlaku kepada kita kan. Ala, kalau suami tak komen apa-apa kita tak menjaga diri, it doesn't mean dia okay. Kalau dia tak komen apa-apa kalau kita makin cun, it doesn't mean dia tak suka. Always try to read between the lines. As for me, lagi 3 tahun ai akan berumur 40. Aging is unevitable but I want to go thru the process gracefully.

Okay, ada soalan lagi?

ps - having said that, sila amalkan diet yang seimbang okay. Air cukup 2-3l sehari, ambik supplement dan bersenam. Takat tempek macam-macam, tak jadi okay.

Tuesday, March 01, 2011

March Oredi??

Wahhhh.. dah masuk March ye kawan-kawan. Another 4 more months to go before ai masuk keje balik. Yep, ai masuk keje semula. Segala proposal VSS dan resign telah ditolak buat sementara waktu ni atas beberapa sebab musabab. Thing is, kerja semula, maybe for 1 or 2 years and see how it goes. One step at a time, lepas tu fikir apa nak buat. Nak jadi SAHM terus, or terus bekerja dengan T* atau cari keje dekat-dekat dengan rumah.

March ni bulan appointment. Iman ada 4 appointments.
2/3 - check mata kat HUKM dekat-dekat HKL
3/3 - speech therapy
23/3 - occupational therapy
30/3 - check mata kat HUKM Cheras

Maybe cuti sekolah nanti nak slot in check mata Kakak jugak kat HUKM. Few suggested we go here or we go there but for now we stick to HUKM. Jimat kos babe. Checking FOC ajer. Nak buat cermin mata tak sure berapa kosnya lagi sebab belum sudah-sudah check mata si Iman. He gets restless easily. Tak dan nak check betul-betul, dia nak turun dari kosi la, lapar la, nak kenc*** la etc. He even asked for gambar lain to look kalau dia rasa gambar-gambar yang ada for the test tu membosankan dia.

And sebelum cuti sekolah, anak-anak yang berdua tu, si Kakak dengan Iman ada exam Fasa 1. 8-11 March 2011. Berdebar Ummi tau. Iman first time exam. Kadang-kadang dia tau jawapan tapi sebab dia cepat bosan, dia buat sikit, the rest dia tinggalkan (contohnya kerja sekolah or kerja rumah). Whatmore nak transfer jawapan a,b,c to kertas yang kena hitamkan tu.

Si Kakak pulak dah peringkat kedua sekolah rendah. Dah Tahun 4. More subjects, more things to remember, to practise etc. Yang buat ai risau (among all) is penulisan in both BM and BI. Tahun lepas she did quite well sampai boleh lompat 2 kelas ke depan. When she's in better class, more competition kan. Apapun I hope both will do their best.

We have decided cuti sekolah ni tak kemana-mana. Abahnya sibuk. Maybe just go anywhere within KL je. Bird Park ke, Pusat Sains ke, Butterfly Farm ke, Kuala Gandah Elephant Santuary ke.. Cam Adam tu memang kena bawak dia keluar to vent out. Of late, that boy is a ball of energy. When we are out, rasanya I need to use that harness thingy lah. He's everwhere! Btw, cuti pun seminggu aje. That leaves me thinking and planning on activities. Else, they'll irritate me 24-7 he he!