Tuesday, February 22, 2011

HUKM Lagi!

Owh.. buat seketika ai lupa ai ada blog! Sila salahkan the other rangkaian sosial - mukabuku! Sebenarnya di mukabuku pun ai tak le rajin update bagai. Hidup pun biasa-biasa je. Nak kata sibuk sangat, tak jugak. For a while, takde mood nak update blog. Oh, mungkin ai boleh salahkan PMS kot.

So many things happened, I don't know where to start. Hurmpp. Let's start with what just recently happended la kot. Semalam (yang hangat).

Semalam 21st Februari hari ai bawak Iman pegi his OT (Occupational Therapy). Like usual, dek sebab nak berjuang dalam jem plus HUKM memang susah nak dapat parking spot (even for tiny miny car like mine), I hit the road at 7.15am. Appointment jam 9.00am. A little before 8.00 ai dah sampai. Iman merengek nak breakfast. Kena hantar appointment card dulu ye Iman. Sampai kat kaunter, the girl checked in their system and I was told nama Iman takde dalam list appointment hari tu. Hangat. Yes I was. Bertambah lagi dengan peristiwa minggu sebelum tu yang buat ai hilang sabar.

Jom backtrack kisah minggu sebelum tu, hari Rabu 16 Februari 2011.

Iman ada 2 appointment hari tu. Mula-mula ST (Speech Therapy) jam 9.00 then jumpa Psychiatrist jam 10.00am. Macam biasa, sebelum jam 8.00 ai dengan Iman dah sampai. Did all the usual drill i.e. hantar appointment card, ambik slip hantar kat kaunter. Then pegi breakfast. Around 8.50am kami dah menunggu nama Iman di panggil. Jam 9.15am belum panggil so ai tanya kat kaunter. Katanya tunggu kejap. Tunggu sampai jam 9.30am. Ai dah hilang sabar. Kalau jam 9.30 belum start, berapa minit je nak buat ST sebab jam 10.00am dah ada nama orang lain. Ai dengan penuh kehangatan pi tanya what really happened. Bila di bagitau yang si Cik Terapist pegi jumpa doktor, lagilah ai naik angin. Hellooo!!! Awak dah tau ada patient tunggu, yang ***** pegi jumpa doktor tu buat apa? Tak boleh ke buat time awak free? Ai datang awal-awal ikut time awak tau, bukan time ai. Pastu suka suki awak je nak jumpa doktor la, apa la. Apa jenis attitude macam ni? Ai ingatkan zaman-zaman sekarang serba moden ni dah takde orang perangai gini. Adeh. Ai mintak dia turun. Tau dia kata apa? Tak boleh turun, nanti turn dia hilang. Hello!!! Aku tunggu kau ni apa weh? Selfish punya worang. Dia mintak jumpa ST lain. Cik Terapist, kalau ada therapist lain memang ai nak tukar aje terus taw. Tapi malangnya dengan sistem yang rigid, ai kena jugak ngadap muka awak tu. So, apa jadi? Appointment kensel and next Iman jumpa dia will be on 3rd March. Bazir masa taw. Nak kena tunggu another few weeks baru boleh jumpa. Bazir masa ai menunggu on that particular day. Ai paling hangat dengan attitude dia yang endah tak endah tu. Hello.. memang lah ai tak directly bayar gaji awak tapi ai ni taxpayer taw. Okaylah, tahun lepas tax ai sikit je pasal ai keje 1/2 tahun. Hasben ai bayar tax banyak taw. Tolonglah. Wake up.

End of cerita on Rabu, 16th February 2011.

Oh, remind me to tell her that on 3rd March ya peeps.

Anyway, semalam turned out as a BIG ok. Dalam sistem takde tapi dalam buku appointment si Ayu (OT), nama Iman ada. So ai tak jadi nak men-singa-kan diri ai. Ayu, is a pleasantly looking young lady and my son ni ada some spot for ladies as such. Ayu panggil aje nama dia, cepat aje dia sarung selipar ikut di Ayu masuk bilik. I was there in the beginning. Mula-mula main-main dulu. Iya, main-main is a form of therapy. Naik jambatan gantung, then naik 'buaian' pulak. Panjat tangga, lalu titi. Lari dalam gelung-gelung then masukkan bean bag dalam basket. And oh yes, he loves jumping on that trampoline. Iman had tremendous fun. Masa di GIMC, kalau time dia OT, cuma dia sorang-sorang. Di HUKM, ada budak-budak lain. Dia kan suka berkawan. Lepas tu pindah bilik lain for Visual Perception activity (korang gugel lah ye apa benda tu). Semalam dia buat 2 items under Visual Perception i.e. Visual Discrimination (VD) dengan Visual Memory (VM). Mothers, even if anak-anak you all takde masalah apa-apa, it's good to jog their brain. From my observation, for VD Iman was asked to identify 2 same objects/shapes. Mula-mula shape tu simple-simpe aje like tanda +, -, X and the likes. Pastu mula jadi complicated. For VM, he was shown a shape then dia kena identify from another sheet. Ni nak jog ingatan dia. For VD he scored 16/20 and for VM 13/20. Ayu kata attention span Iman just 10 minutes. Kalau ikut chronological age dia, he should be able to focus for around 20 minutes.

Next appointment dengan si Ayu yang cantik molek will be on 23rd March 2011.

Penat tak jadi ai? Kadang-kadang penat jugak. But then there's always new things. That's what makes it interesting. My son may be 10% or 20% lag behind his peers but I always tell myself I can and will give my 110% or 120% to cover that, insyaAllah. Even 140% or 160% pun insyaAllah ai sanggup! Who knows he'll exceed his peers in years to come?

Here's some photos. Masa ni Iman sorang-sorang je.


swinging on the vestibulator. he first did that masa kat GIMC, sampai termuntah-muntah :D


up and down, up and down on the trampoline

Friday, February 11, 2011

Madras on Rainy Days




Sudah selesai membaca Benarkah Iskandar Bukan Zulqarnain, tulisan Afareez Abd Razak Al-Hafiz. Jika didasarkan kepada hujah-hujah yang diberi, benarlah. Namun, seperti ayat di pengakhiran buku ini, tentu sekali, Allah lebih Mengetahui.

Sepertimana komen Aini dalam entry saya sebelum ini, kisahnya agak berbelit-belit. Bukan salah penulis, saya meletakkannya kerana kecetekan ilmu pengetahuan saya. Namun, jika dibuat rajah salahsilah atau jadual perbandingan, mungkin ianya akan lebih jelas.

Buku ini dibeli oleh suami saya dengan harga RM17.50. Dah lama menghuni rak buku, bahkan tetamu yang datang pun dah khatam membaca. Baru sekarang saya tergerak nak baca.



Selanjutnya saya sedang memabaca Madras On Rainy Days, karya Samina Ali. Ringkasan berdasarkan sinopsis kulit belakang novel, ianya berkisar tentang seorang perempuan yang terperangkap antara peranan dan tanggungjawabnya sebagai seorang muslim, dengan kebebasan yang ditawarkan oleh kehidupan di Amerika. Saya belum betul-betul membacanya. Namun saya tak hairan jika pengakhiran novel ini menyamai novel Mayada Daughter of Iraq karya Jean Sasson dan juga Burned Alive karya Souad. We'll see.

Thursday, February 10, 2011

Benarkah Iskandar Bukan Zulqarnain?



Buku ini telah lama dibeli. Sekitar Februari 2010. Harganya RM24.50. Baru beberapa hari lepas terdetik untuk membaca.

Selesai membaca Kembara Atiq Wazif semalam. Saya dapat rasakan saudara Hasan Suyut menulis buku ini dari lubuk hatinya (bak lirik lagu dendangan Search.. lubuk hati yang paling dalam). Sangat mengesankan dan saya amat mengesyorkan anda semua membacanya, tak kiralah anda punya anak istimiwa ataupun tidak.

Buku berkisar tentang kehidupan sebuah keluarga yang mana salah seorangnya anak istimewa. Walaupun berkisah tentang kesusahan, kepayahan yang terpaksa dilalui demi Atiq Wazif, buku ini ditulis dengan nada santai, ada kalanya lucu. Begitulah, kalau hati sudah redha dengan dugaan Allah, sudah mampu berlapang dada, semuanya akan lebih mudah dan.

Jauh kembara Atiq Wazif. Di negara bertuah sendiri, ke China dan akhirnya ke Florida seterusnya terus menetap di sana. Ada beberapa tempat lain yang turut dilawati untuk rawatan Atiq Wazif tapi yang dihuraikan dengan panjang ialah China dan Florida.

Bacalah. Pasti anda insaf dan bersyukur dengan apa yang ada.




Dan sekarang saya sedang membaca buku ini, Benarkah Iskandar Bukan Zulqarnain tulisan Afareez Abd Razak Al-Hafiz. Sebagai seorang yang cetek ilmu sejarah-sejarah dan tokoh-tokoh islam, saya sedikit terkeliru dan kadang-kadang terpaksa membelek mukasurat-mukasurat sebelumnya untuk lebih faham. Tidak boleh mengomel panjang sebab belum pun sampai 100 mukasurat yang saya baca!



Wednesday, February 09, 2011

Port Dickson 31st Jan - 2nd Feb 2011 Part 2 - The Pools & The Beach

'Syarat sah' bercuti di fikiran anak-anak Kak Mon ada 2 perkara: -

1. Tempat itu mustilah ada swimming pool yang selesa. Especially children's pool. Senang diorang nak practice skill swimming yang baru nak berkembang tu. In addition to that, haruslah ada wadding pool sebab Adam masih terlalu rendah nak masuk children's pool. Corus has children pool yang agak besar berbanding Avillion and Corus ada wadding pool, but not Avillion. Score - Corus 2 against Avillion 0.


ni kolam kanak-kanak. kedalaman 0.75m. taken on Monday. lengang!


pandangan sisi dari side kolam dewasa. kedalaman 1.2m




2. Tempat itu mustilah berdekatan dengan pantai. Kakak punya hobi ialah mengutip dan mengumpul seashell while the boys boleh main pasir, building volcanoes, castle and main air laut. So semua orang gumbira. Anak gumbira, mak pak pun gumbira sebab anak-anak tak bergaduh2. Nak berebut pasir? Mungkin tidak. Nak berebut air laut? Mungkin jugak tidak kan. Seashell? Tak kot sebab Kakak aje suka kutip, the boys don't. Pantai Corus faaaaarrrrrr way better dan bersih from that overrated Blue Lagoon (which is muddy, banyak sampah and banyak batu) Score Corus 1, Blue Lagoon 0. It's a tie between Corus and Avillion. Maybe kalau hotel's private beach ni terjaga sikit. Blue Lagoon tu all people can access so that explains why tempat tu kotor kot? Ada tong sampah pun, nak jugak buang sampah merata.(adakah masyarakat kita ni pengotor??)

sun down on Tuesday. it was near Maghrib that time. kalau arwah atuk tau ni, harus dia hambat balik. memang pantang besar dia kalau dekat2 Maghrib masih di luar.


sunrise on Tuesday. it was barely after 7am that time.


On the day we arrived, sebaik saja settled in, my kids terus aje terkam 'tong baju swimming'. I have this tong in which I dump in swimsuits, goggles, sunscreen, caps and 'baju tuala' (ala, robe yang cam tuala tu, hapa ke nama ntah).

Kakak dah boleh berenang but not for long. That's why Kak Mon tak berapa bagi dia masuk pool dewasa unless under 100% close supervision abahnya. Dah pun abahnya sibuk nak berenang sama, she ended up most of the time dalam children's pool. Abah boleh berenang, Ummi x perlu risau.


all smile. kalau jumpa pool memang sengih manjang lah dia.


Iman masih belum boleh berenang. He's making progress in the sense that sudah berani menyelam kepala for few seconds. Fully submerged. So keje dia adalah ulang alik from tebing to tebing then menyelam sambil buat aksi-aksi shark. To normal kids it may looks like nothing but for special child, keberanian untuk menyelam is a big milestone.

sedang cuba buat aksi berenang (tengok kakinya)


Adam pulak kat wadding pool. Maybe sebab dia sorang je kat situ, he was not that excited. Main kejap-kejap aje. Tu pun dok 'berenang' kat tangga je.


Lewat petang, me and Tebby menangguk budak tiga beradik from pool. Dah masuk bilik, mandi semua, menggelupur lapar. Tadi time berenang, berendam riang tak ingat nak makan. Nasib Ummi bawak bekal.. lapik perut sementara Abah pegi cari nasi.

Oh ya, Iman sibuk nak 'kelangkung'. In fact dari masa kami menginap di Ulek Beach Resort lagi dia dah merengek nakkan 'kelangkung'. Lagi tak dapat, lagi tu lah dia mengongoi 'nak kelangkung, nak kelangkung' Nasib baik nak, Ummi takde ilmu 'pelangkung' :D. So lepas melawat PD Ostrich Farm (ni Kak Mon stori mai in Part 3 k), we made a pit-stop near Sri Intan (fimiliar?). Dah tak jadi pulak nakkan kelangkung, dia tengok Kakak beli kick-board, dia pun nakkan kick-board. Adam yang beli kelangkung. Lepas tu tapau nasi ayam. With my kids, adalah lebih aman untuk makan di bilik atau di bawah pokok daripada makan di kedai.

Jom tengok foto-foto berenang edisi Selasa pulak.

eldest two. taking off with their kick-board


coming back. see, how happy they are.


see that girl in yellow kelangkung? Iman dok berkawan dengan dia. sorang cakap melayu, sorang cakap mandarin (muslim I think, mak dia bertudung litup and dok panggil this girl 'Azma') After the girl changed and nak balik, she came back, called up Iman and waved goodbye. Adoiyai Iman.. ni kalau nak meminang kena ke Tanah Besar nih :D But I am glad he's making friends easily.


Adam (he, he). Masa kami semua ke pool dia nap. Dia bangun aje terus melalak. Sampai kat pool melalak lagi. Hantar balik bilik pun melalak lagi.


Kalau dah ke pantai, haruslah bersuka ria di pantai jugakkan. Kakak sibuk kutip seashell. Dah berkotak-kotak dah kat rumah, dia pi kutippp lagi. Sebagai ibu, Kak Mon sokong aje minat dia as long as benda yang dia buat tu tak salah dan tak menyusahkan orang lain (eh, tiba-tiba ayat skema). As I've said, pantai kat Corus tu lebih bersih dari Blue Lagoon. Cuma pantainya pendek aje. I'd rather pantai pendek from having to move around litter di pantai yang panjang. Jom layan gambar.

the kids. main kat tepi lagoon. ni directly depan bilik. convenience kan. but here no beach.


this beach is on the left side of the resort (our rooms belah kanan).

Acara mengutip air laut (bila nak habis Iman??)


Acara mengutip pasir (again, bila nak habis Adam??) Sampai termuncung-muncung mulut tu :D


Iman, writing his name in the sand

Sedap-sedap aje mengata Avillion lah, Blue Lagoon la, jom tengok Kak Mon punya stori masa pegi piknik kat Blue Lagoon di sini and bercuti di Avillion di sini. Kalau nak tau cerita pasal Ulek Beach Resort, sila ke sini ye dek non dek non sekelian.

Tuesday, February 08, 2011

Temporarily Interframing


Yang, pse print this photo for Kakak's homework.

Monday, February 07, 2011

Port Dickson 31st Jan - 2nd Feb 2011


We went to Port Dickson last week, right before people swarmed in sempena cuti CNY. From 31st Jan - 2nd Feb. First day tu cuaca tak berapa cantik, tho it wasn't raining, agak mendung (mendung tak beerti hujann, yakinlah itu satu cobaan.. la la la). Another 2 days cuaca sangat baik. In fact ada masanya cam terlalu panas. Kalau hujan kena stay indoor kan. Tapi kalau panas still boleh keluar mandi-manda or melawat-lawat.

I booked a Junior Suite at Corus Paradise, which I thought would be perfect for us. Ground floor, facing the lagoon. Don't be fooled by the lagoon in the website. It is not as blue green as it seems. Murky that it even crossed my mind dalam tu got buaya. I tried to get a 2-rooms-apartment tapi dah last-last minute, wherelah got anymore available kan. Except those yang ratenya more than RM500 semalaman. Plus I need apartment yang ada buffet breakfast. And no homestay please sebab kadang-kadang saya nak orang kemaskan katil dan bilik. Kalau homestay kena buat sendiri kan? Eksyen eh? Kena berjimat since there's quite a dent after budak-budak masuk sekolah plus baru ambik maid. But not willing to forgo the convenience and comfort. Howlah?


our bilik yang ada baju mandi bersidai kat balcony plus the other room to the left

Once I got in the room (103), I was suprised that how small it was. Well, kalau nak cramp together, bolehlah but to pegi cuti-cuti is to santai-santai kan. Dalam gambar kan main lagi cam besarnya. It has a seperated living area but TV only got dalam bilik. They should've put another one in the living I think. Yang besar dan selesa is bilik air but berapa lama sangat spend masa dalam bilik air kan? Before my kids ruin the bed or use the sabun or minum air dalam fridge, I requested for connecting rooms. Bilik sebelah, 104 is connected to room 105. So we took them. 104 has a king bed and 105 has 2 queen beds. Perfect for the 6 of us. Me and Tebby and Adam would sleep in 104 while Iman and Kakak would sleep with Bibik in 105. Last-last Adam and Iman slept with me and Tebby in 104 (kacau daun betul..) and Kakak shared a bed with Bibik. The lodging cost sudahnya more than kalau we ols pegi kat that RM500-semalaman room.

Anyway, the tap water, even after boiling it, rasanya sangat tak sedap. Macam sesuatu. Do bring your own air minum. Setakat 2 botol kecik dalam fridge tu, sorang pun tak cukup kan.

Oh ya, I got sarcastic with one of the staffs barely 1/2 hour being day. Balcony was dirty, muddy with sand and even cigarette butts. A lady came and told us, memanglah kotor sebab baru lepas hujan. With an irritated face. I went like ' oh, i didn't know it rains puntung rokok over here'. She went and cleaned the balcony quietly. Maybe she cursed me but I didn't know that. I should've also added 'sand' and 'mud' to the 'puntung rokok' in my first ever sarcastic ayat for the year.

the room, to the left is the connecting door to bilik sebelah


to the right is tempat beradu the king and queen (and the knights) *sigh*


Albeit being too small and ancient (sila tatap gambar, tempat itu nampak berusia kan?), the best part about our (rented) rooms were, they open directly to the beach and sea. Sangat sesuai for families with small kids. Pagi-pagi depa keluar main pasir depan tu, petang-petang makan-makan kat situ. And we watched them from the balcony. That, I like. And direct access to the swimming pool. That, the kids like. Bibik pun santai-santai depan tu sambil teringat kampung halaman (agaknya la). Plus, we can sidai our baju berenang kat balcony tu.



korek pasir tepi lagoon depan bilik. Kakak kata, kalau kita kaya kita boleh buat rumah macam ni.




anak-anak yang kelaparan sedang makan kat bench, again tepi lagoon, depan bilik.

Adoiyai, Kak Mon ngantuk pulak. Sambung esok la yer. Pegi PD pun ada Part 1, Part 2 and ntah-ntah Part 3, kalau ke oversea alamatnya boleh tulis buku barang 2,3 volume kot he he.



Bergelut Dengan Takdir, Berkejar Dengan Masa..

Families have secrets they hide even from themselves

I am done reading The Memory Keeper's Daughter by Kim Edwards. I'll give it 3.6 star (out of 5, with 5 being the best). It's about how fragile life is and things are not always turn out to be the way we want them to be. Reading the first chapter, I went 'how could he? how could he?' and my 'how could he' lingered on until the father died. How, a birth that supposedly brings a family together, had contrarily tore them apart. I am touched by her novel but not as deep as the way Jodi Picoult's writing in My Sister's Keeper (which had me cried for days!)

Taken from the book - Phoebe might struggle more, go slower, but like any child she'd learn.




bergelut dengan takdir dan berkejar dengan masa demi anak istimewanya

And now I am my 3rd book Kembara Atiq Wazif karya bapa Atiq Wazif sendiri, Hassan Suyut. Harap saya tak menangis dari mula hingga akhir!


Thursday, February 03, 2011

Yang Terfikir... Itu Ada!

apa yang terfikir... itu ada!


Info:
Harga - RM19.90 (Beli di Popular, ada kad Popular dapat diskaun 10%. Sila sign up segera :D)

Rayyan Fantasi. Tulisan Ramlee Awang Murshid (semak link ini untuk novel lainnya) Buku pertama 2011! First book bought and first book read this year.

First half buku agak slow dan hambar. Second half, makin rancak tapi sebaik tahu asal-usul Rayyan, novel ini menjadi terlalu boleh dijangka.

Saya agak kecewa dengan cara penceritaan. Novel-novel karya Ramlee Awang Murshid sebelum ini banyak yang berjaya 'membawa' saya ke dalam cerita tetapi tidak Rayyan Fantasi.

Walau bagaimanapun, saya akan tetap menunggu Sutera Bidadari, sambungan dari novel Cinta Sang Ratu. Harap tidak menghampakan.




Usai membaca Rayyan Fantasi semalam. Dan sekarang saya sedang membaca The Memory Keeper's Daughter karya Kim Edwards. Baru menjengah muka surat 56. And I am hooked! Buku ni beli dah lama, sekitar Julai 2010, waktu saya mula bercuti panjang. Better late than never kan.

Oh ya. Azam 2011, pertaining to books. Of course cuba membeli minima RM1,000 worth of books. And to read at least 3 books a month. That makes 36 books a year. (And already I am 2 books behind!) Last year I did 34 books. 2 aje peningkatan? Well, since I have a Year 1 that needs extra attention, loads of my time is spent reading his text books, so to speak! Nope, those don't count in as part of 36.