Friday, March 28, 2008

Muhammad Adam

Hari ni hari mengomel sedunia. Saya sebenarnya bercuti, tup2 kena jugak ke ofis nak siapkan kerja urgent. I don't know how urgent is the urgency really was. From the calls/smses, nampak gayanya kalau saya tak siapkan benda tu, boleh runtuh bangunan ofis tu kot. Begitulah seriusnya!

Saya bercuti pun bukan suka-suka. Ada appointment dengan Dr Ashar. I am now 34 weeks pregnant. Another 6 more to go. Little Muhammad is now 2.5kg already! If he continues the current gain-rate, he may be born 3.5 or 3.6kg. (kalau sampai full term at 40 weeks). He still covered his face masa scan tadi. It was hard to see from the front but we managed to view him from the side. Heh, cam abang dia pulok. Mulutnya, matanya, mukanya dan most of all,.. dahinya. Dahi jendul macam Iman! He's doing well. He's currently lying melintang. If by next appointment (which is 2 weeks from today and I'll be 36 weeks by then) he still in that position, chances are, he will stay like that until birth since he'll have lesser and lesser space to roam about. I may end up on the operating table. Ngeri okay. I asked about massaging him into the right position. Dr Ashar prefers to take it passively. Meaning, let him be. If need be, ikut tingkap lah jawabnya. In the meantime, whatever method that is safe enough for the baby and me - I'll comply.

Dr said I have a pendulus shape uterus. It means berat baby saya membawak ke depan. Memang kalau tengok fizikal saya sekarang ni, perut memuncung aje ke depan. Tajam semacam. I am more prone to backache, he said. Which I think so. Plus the fact that I am 34 yo already.

Btw, guess who I met while waiting for Dr? Wardina. Iya, Wardina yang berlakon dulu tu. Kalau artis lain mungkin saya tak ceritakan kat sini but then since I like her personality, I storylah here. Siap sms Sikulat lagi time tu. I just couldn't help but to stare. Cantiklah dia tho takde mekap-mekap. Tinggi dan slim. I also met Elin. Iya, elin yang the-kek tu. She was supposed to deliver the day before. She still looked energetic and berseri-seri. So unlike me. I don't even like to powder my nose or put on some lipstick sejak-sejak pregnant nih. Dengan hidung yang dah start mengembang. Oh.. memanglah hidung saya semulajadi tak mancung. So bayangkan hidung yang semulajadi tak mancung, jadi kembang pulak lagi... Oh, lepas bersalin ni saya mesti berseri-serikan life saya semula. By the way, I have these 'kutil' like things tumbuh on my neck sejak2 pgnt nih. Sadly enough, those usually stay after delivery. Dr said I could get rid of those via laser treatment lepas bersalin nanti. My bonus will be put into good use, don't you think. Tapi kan, takkan sampai cecah 5 angka kot? Kalau sampai kena korek tabung, I'll rethink and rethink and rethink it over.

Okaylah, panjang dah menceceh nih. Tebby tgh syok tengok TV tu. Budak2 dah tidur. So, bye for now. I'll either join Tebby and his TV or the kids in ohlala land. Ohlala land lah kot. Need to get up early esok sbb Kakak ada sekolah gantian. Kang tak brekfes lah anak dara tu.


Wednesday, March 26, 2008

Sengol-sengolan.. ahh..

Gaji dah masuk.
Sat lagi nak pegi depositkan cek IRB kat maybank.
Jumaat dapat bonus.
Increment baru dengar khabar2 angin jek.

Tebby dapat grade baru.
Alhamdulillah.
Dapatlah extra gaji (dgn backdate lagi tuh dari Aug 2007, nak rantai besar cam rantai basikal boleh yang?)
Dapat elaun kereta.
Increment pasti based on gaji baru.
Mungkin buleh parking dekat tempat parking yang tak sesak-sesak tu kot?

Rezeki anak-anak.

Ada yang suh tukar keta baru. Optra kami masih elok lagi tau. ViVa belum pun setahun. Toksah.. toksah..
Ada yang suh beli rumah lain. Tengoklah. Tapi takmo keluar dari BTHO tu. Dah sedap dok situ. Paling tidak, besarkan aje dapur rumah sedia ada. Dapur besar sikit, ramai sikit boleh berdangdut sesama kat dapur kan. La ni, kena laga-laga punggung kalau sesama dok kat dapur. Sesak tapi romantik you. Ambik kesempatan dengan suami takpe kan.
Jangan ada yang suh En Tebby pasang dua sudah lahh...

Friday, March 21, 2008

Kisah ni dah lama saya dapat. Dah 6 tahun lepas. Di forwardkan dari kawan sepejabat (yang dah pun VSS dan menambah 2 anak since then). So asal usul cerita ni saya tak boleh nak confirmkan. But anyway, I think it's worth sharing.

Beginilah kisahnya, saya mempunyai seorang kawan baik (Seri) yang telah 10 tahun berkahwin atas dasar suka sama sukalah. Suami lulusan U tempatan dan kawan saya ni dari Politteknik. Suami agak alim, suka isterinya mempunyai ciri-ciri wanita solehah gitu, iaitu memakai tudung yang agak labuh, tidak bersolek, tidak memakai pakaian yang menjolok, tak pakai high-heel, dbsnya. Dan Seri ni ikut dan memang 100% ikut cakap suaminyalah.

Setelah 10 tahun berlalu, suaminya dari pangkat executive biasa dah pun sekarang ni menjadi manager. Yelah..bila dah berpangkat tinggi, pergaulan pun luas, selalu outstationlah, oversea lah..Seri dapat merasakan yang sesuatu yang tak kena berlaku. Suaminya jarang lagi bawak dia berjalan-jalan, company dinner pun tak bawak isteri, mana-mana pun pergi isteri ditinggalkan. Masih lagi Seri ni tercari-cari sebabnya..nak kata ada pompuan lain, bagi Seri ianya tak mungkin sbb. dia tahu suaminya bukannya kaki joli ke, kaki perempuan ke. Sehinggalah pada suatu hari Seri ni terdengar perbualan suaminya dengan kawan(lelaki), tak taulah apa yang dicakapkan, cuma Seri terdengar yang..

Bini aku..?? Tak lah, aku tak bawak dia. Suruh dia jaga anak kat rumah je.., malaslah nak bawak. Kau bukan tak tau, bini aku tu tak pandai bergaya sikit.."

Bila terdengar je tu, apalagi...., Si Seri ni terus memendam perasaan. Kecik hati, yelah, dia tak bergaya pun sebab suaminya yang tak bagi. Si Seri ni cantik jugaklah, walaupun dah anak tiga, tapi badan tak gemuk, maintain lagilah. Cuma dia ni tak bergaya, asyik-asyik baju kurung, seluar besar ngan blouse besar, ataupun jubah maxi je..kira-kiranya macam makcik-makcik punya fesyen je...yelah ikut cakap suami.

The next day, Seri ni phone saya . Sampai terisak-isak, kecik hati ngan suami dia. Sambil tu dia tanyalah saya macam mana nak buat. Apalagi, saya pun cakap kat dia,

Seri..., aku tolong kau. Tapi kau jangan kedekut duit. Esok aku bawak kau gi shopping. Beli baju cantik dan bergaya sikit.
Mula-mula tu, dia tak berapa nak setuju sangat dengan idea saya. Katanya, dia dah sepuluh tahun tak pernah bergaya. Malu lah, seganlah, takut suamilah.. macam-macam. So saya pujuk and pujuk, dia pun setujulah ikut saya gi shopping. Nak tau berapa dia budget..heh,heh, RM1500 untuk shopping baju ngan kasut. Apalagi, pasal-pasal shopping dan bergaya ni, memang hobby saya le... Kitaorang shopping sakan jugaklah, belikan kemeja, jeans, blouse, long skirt, jubah seluar, kasut tinggi, but (orang kampung saya panggil kasut bot), tudung.dll.

Seminggu lepas tu, saya call si Seri ni, tanyakan dia...ada perubahan ke..? Dia cakap suaminya tak cakap apa-apapun, ukkk pun tak, akkk pun tak, ekkk pun tak..!! But derkkk je, (ego lelaki lah tuhhh..). Tapi si Seri ni noticed that hubby dia macam curi-curi pandang dia bila dia pusing kearah lain. 2,3 hari lepas tuh, Seri tepon I lagi..dengan nada yang termengah-mengah.. dia cakap..

Pagi ni masa suaminya hantarkan ke opis, suaminya tunggu sampai dia lintas jalan, barulah suaminya beredar.., kalau selalunya, macam teksi turunkan penumpang je..lepas dia turun, suaminya terus blah..tak pandang dia pun.. Hah...good move..I cakap. Seri punya happy giler..happy sangat-sangat. Yelah setelah 1-2 tahun kebelakangan ni, suaminya macam nak tak nak je pandang dia. Kurang mesra, kurang bergurau senda, kadangkala anak-anak yang jadi orang tengah. Nak berjalan-jalan, shopping-shopping...jgn. haraplah...!!! Kalau nak shopping, suami dia suruh Seri sendiri bawak kereta pegi, and dia jaga anak kat rumah. Nak berjumpa ngan kawan-kawan suami..memang tak pernah suami introduced kan!! Memang Seri gi keje, balik suami jemput, ambik anak-anak, terus balik rumah...kalau rasa nak makan pizza ke, suami dia cakap, order and makan kat rumah je.

Setelah sebulan, Seri ni buat perubahan (bergaya sikit..) nampak jugaklah perubahan perhatian suami terhadap Seri. Tiap-tiap pagi, mesti tunggu sampai Seri lintas jalan dulu, sudah mula panggil Seri ngan nama Seri, bukannya ibu..,adalah ajak Seri gi jalan-jalan,makan-makan, beli barang rumah kat Carrefour, ada lah sikit sebnayak perubahan.

Last week Seri telefon I lagi (every week mesti bagi report punya..he,he,). Dari nada suaranya dah tahu dia happy giler.., nak tau kenapa?? Hahh..suami Seri pegi ke Vietnam, and dari Vietnam dia tepon Seri tanya nak sutera thai kaler apa, berapa pasang...? Dia siap cakap yang dia ada belikan Seri bag tangan ngan kasut kaler purple. Dan yang paling syok sekali, suami dia cakap yang dia belikan Seri perfume (Paco Rabbanne lagiiii..) kat duty free. Seri ni punyalah happy tersangat-sangat. Kalau sebelum ni, suami dia pegi mana pun, jgn. haraplah nak tepon. Nak beli barang-barang kat Seri..jangan mimpilah..beli coklat unutk anak-anak adalah..!!

Saya pun tumpang seronoklah dengar update dari Seri ni..kawanlah katakan!!! Cuma saya berpesan kat dia,
Kau jangan bendul sangat.., mana ada suami yang tak suka tengok isteri cantik dan bergaya.

Pandai-pandailah kita jaga penampilan, asalkan tak melintasi batas-batas sebagai seorang wanita Islam..apa salahnya. Kalau kita berjubah pun, carilah yang agak menarik, padankan ngan tudung yang sesuai, kasut yang sesuai, memang cantik dan bergaya. Tambahan macam Seri yang tinggi tu, pakai jubah seluar ngan but..memnag nampak exclusive..,tambahan lilitan tudung
yang kemas dan menarik. Tak perlulah kita mekap tebal-tebal, pakai kain terbelah sana-sini.

Kadangkala lelaki ni, masa gaji ciput, dia buka mata pun ciput jugak. Tapi bila gaji dah besar, pangkat besar, mata dia pun terbuka ngan besarnya. Mulalah nak compare wife dia ngan pompuan lain. Dulu nak wife pakai tudung besar, sekarang ni nampak pompuan lain pakai tudung wardina, dia pun nak wife dia macam tu jugak. Tapi mungkin sebab ego ke, apa ke,malu nak cakap ke (yelah dulu tak benarkan..) dia tak cakap ngan wife dia. Dia nak wife dia tahu sendiri. So, sebagai wanita dan isteri nih..kita kenalah sensitif sikit dengan perubahan "taste" suami kita.

Sorrylah, terpanjang sikit, tak tau macamana nak pendekkan cerita. Apapun, harap cerita ni akan memberikan sedikit pengajaran untuk isteri-isteri tentang sikap suami dizaman yang serba moden dan penuh dugaan ni.

Saya forwardkan email ni to Tebby. Reply dia -> setujuuuuuuuuu

Tuesday, March 18, 2008

Cahaya Yang Utama

She's back to school after cuti seminggu. 4 hari di Tgg, the rest in Temerloh. Antara cucu-cucu Atok dan Wan, dia nilah sorang-sorangnya yang nak tinggal kat kampung bila cuti. Buat penghibur hati Atok dan Wan. Lagipun kalau di KL, walaupun cuti, dia tetap kena pegi Atfal Sayang macam biasa. Kalau di kampung, macam-macam dia buat.

[1] Bagi ayam makan. Pagi, petang. Kadang-kadang ikut suka hati dia aje. Sib baik ayam-ayam tak mati kekenyangan aje. Dia ikut Atok naik moto pegi beli jagung kering makanan ayam kat kedai depan simpang nun. Kakak duduk belakang Atok, katanya. Bila moto jalan, Kakak peluk Atok kuat-kuat.

[2] Ikut Atok dan Wan ke kebun. Kutip cili. Tengok monyet. Jumpa biawak. Naik moto bertiga (dia tersepit kat tengah). Nampak b*b* kat belakang moto mengekor diorang. Kakak kata, ada 3 piglet. Satu bapak dia, satu mak dia, satu anak dia.

[3] Dapat makan telur ayam sesuka hati dia. Feveret bukan main. Kalau di rumah kami, saya sekat-sekatkan jugak intake telur tu. Kat kampung, dihentamnya tiap hari. Kata Kakak, kadang-kadang telur hancur, kadang-kadang telur kuning semua, kadang-kadang telur ada mata. Pendek kata, teeeellluuuurrrrr aje lah.

[4] Atok bawak pegi mancing. Turun moto, ada segerombolan kerbau. Dia pun naik takut, terus ajak Atok balik aje.

[5] Boleh tengok katun sesuka hati dia. Tanpa gangguan Iman. Iman kami bawak balik KL sebab dia ni *SOPnya saya dan Tebby saja yang faham. Punyalah tebal CD bag yang Kakak bawak balik kampung. Semua cerita-ceriti feveret dia. Makkucu sms saya lepas 2 hari Kakak di kampung. Takde cerita lain dah, katun katun katun. Saya selalunya ada win-win arrangement dengan si Kakak. Saya bagi dia peluang tengok Teen Titan (misalnya) sampai habis. Lepas tu, Ummi boleh tengok cerita yang Ummi pilih.

Itu cerita balik kampung.

Ni cerita tabiat dia. Seboleh-boleh mungkin saya cuba berdemokrasi dengan anak-anak, especially si Kakak. Dia dah 7 tahun. Ada pendapat sendiri, ada kehendak sendiri, ada keperibadian sendiri. Saya hormat diri dia and in-turn, alhamdulillah, dia hormat saya. Barang-barang dia yang saya nak pinjam, saya bagitau. Baju-baju dia yang saya nak letgo, saya seek consensus dia. Kalau saya buat silap, saya minta maaf dari dia. In turn, she does the same thing. Hatta kalau guna apa-apa barang saya, pasti diminta keizinan. Saya tak mau jadi typical conventional parent - 'do as I say' or 'because I say so'. Exemplary. Saya mahu jadi Ibu yang diidolakan oleh anak-anak sampai bila-bila.

Saya pernah tanya Kakak, antara Atok dan Wan, mana Kakak lagi sayang? Jawapannya berhemah, penuh hati-hati. Dua-dua Kakak sayang, jawabnya. Sama saja. Saya asak dia lagi. Fikir betul-betul. Mesti ada yang Kakak lebih sayang. Jawabnya perlahan. A bit hesitant I should say. Atok. Jawabnya pendek. Tapi jangan bagitau Wan, nanti Wan sedih. Saya tak pernah tanya antara saya dan abahnya. Kalau dia sayang abahnya lebih dari saya, tak bermakna dia tidak sayang saya langsung, kan. Bagi saya kasih sayang harus dizahirkan. Ucapkan lah sayang itu. Bye Kakak, I love you. Good Night Kakak, I love you. Or Ummi rindu Kakak bila Kakak balik kampung. Waktu ditinggalkan di taska saban hari, sebelum berpisah, pasti bersalam, pasti peluk cium. Pasti saya usap kepala anak-anak. Kalau waktu menjemput, mungkin sesetengah orang lebih selesa menunggu anak-anak dari dalam kereta. Saya lebih senang turun and masuk ke pagar taska. To receive and to return their embrace.

Semalam sebaik menjemput anak-anak lepas balik kerja, kata Kakak, she has things to show. Kebetulannya semalam dia ada art class. Saya fikir mungkin hasil kerja tangan menggunakan play-dough sebab cikgunya minta bawa clay/tanah liat. Katanya, buat pasu bunya tapi pasu bunganya dah penyek dalam beg. Mukanya masam. Kenapa? Kawan-kawan kata tanah liat Kakak macam tah* sebab warna coklat. Saya rasa nak tergelak tapi saya tahan. If I do, pasti dia lagi marah. Takpelah, nanti cuti hujung minggu kita buat pasu lain depan rumah. Kebetulan saya beli 3 pack. Ada lebihan lagi. Dia setuju. Okay, selesai satu perkara.

Rupanya dia bawak balik result ujian Fasa 1 yang diduduki sebelum cuti penggal lepas. Ahh... hati Ibu mana yang tak berbunga-bunga bila dimaklumkan she's the only one in her class yang score 100% untuk Pengajian Islam! Subjek lain boleh tahan. Alhamdulillah. Walaupun bukan 100%, semuanya atas 85% kecuali BM yang dapat 79%. Ya, saya ingin dia jadi anak yang paling pandai di dunia ini. Yang paling bijak. Yang paling comel. Pendek kata, yang terbaik. Tapi saya cuma manusia biasa. Begitu juga dengan Kakak. Saya cuma boleh mengharapkan yang terbaik dari dia. I did not expect much sebab saya sendiri don't do much. Sekadar selak-selak buku-bukunya bila ada masa. Kadang-kadang naik angin juga bila exercise booknya semua berpangkah. Bila buat homework, matanya menjeling ke TV. Dalam nak marah tu, hampir saya tergelak tengok jawapan Math dia. How many books are there on the table? Adalah dalam 5-6 buku rasanya. Jawapan dia - There are many books on the table. Conceptually she's right but at the same time, she's not answering the question.

Nurul Athirah. Cahaya yang Utama. Puteri satu dalam keluarga kami. Ummi dan abah sayang Kakak. Much more than you know dear.

*SOP -> Standard Operating Procedures

Monday, March 17, 2008

Thankful, Indeed I Am

How can I not be thankful.

[1] The news has it that the company will give out the bonus end of this month. The quantum varies from 0 to 5 months. That ties to my no [2].

[2] The performance rating was unofficially out sometime last 2 weeks. I managed to view mine (they closed down the system shortly after). I am praying what I saw will not be changed. It's been quite sometime since I scored above average. Tambah pulak dengan last year MC manjang dek uwek-uwek yang agak teruk.

[3] I got the cheque from IRB. At my standard, it's quite big, fat and juicy (sounds like a piece of steak kan..) with a 4-figure sum. I know.. I know.. it's my money sebenarnya yang terlebih bayar but what a he**. At least I'm getting some extra cash.

[4] And I still have a few thousands to claim from JPA. Same story like IRB, terlebih bayar.

Given [1], [2], [3] and [4] -> Sedap sikit nak shopping for Little Muhammad. Plus to realize some of the plans for the house. InsyaAllah. No major reno, cuma nak refurbish sikit. And to spare some for bersalin nanti. Sat lagi dr keluarkan things like senduk lah, sudip lah, kayu panjang lah. Semua kena charge tu.. Even the mangkuk kacang is not cheap you know. So kalau dah mintak tapi tak guna and the items have been billed, bawak lah balik rumah buat menan anak-anak yekkk..

My congratulatory note: -
[1] To Tebby's friend, Areehan who tied the matrimonial knot last Saturday in Pekan, Pahang.
[2] To my brother and SIL who, insyaAllah, will get their Beemer tak lama lagi. Hasil kerja keras dengan ELKEN.

Thursday, March 13, 2008

I'm Back

I'm back. Seminggu takde kat ofis. 2 hari pegi kursus. 4 hari cuti.

Kursus Microsoft Power Point. Okaylah. Banyak benda basic. Ada juga benda-benda that I could've done in much simpler way tapi selama ni dok main pusing sana pusing sini. Now I know.

Cuti balik kampung. Election cum cuti sekolah. Khamis malam Jumaat lepas keje travel back to Temerloh. Esok paginya after breakfast travel to Tgg. Wahh.. kat kampung lagi hebat perang posternya. Di kampung saya nan membiru. Masuk belah-belah Kuantan sempadan Tgg, menghijau dan turqoise. Di Tgg itself, banyaklah 'bulan mengambang'. Petang Jumaat tu jugak pegi makan sotong celup tepung di Seberang Takir. Mengidam beb. Punyalah ramai umat manusia, sampai kena beratur nak cari meja. Nak ambik food pun kena tunggu dan beratur. Esoknya election saya tak ikut Tebby. Dengan perut maju ke depan ni, saya dah mula mengah-mengah. Ahad saya cuma ke Tabung Haji ambik duit sikit untuk persiapan Little Muhammad. Lepas tu pegi beli keropok, donut segera, kuih keramat segera. Sayang kulit murtabak dah habis. Isnin balik KL. Singgah di Temerloh tinggalkan si Kakak di rumah Atok kesayangannya. Sampai KL pukul 9.30 malam. Penat weh.

Back to election thingy, nampaknya bukan rezeki pembangkang lagi kali ni. In DUN which Tebby voted, PAS menang. Parlimen kalah. Mungkinkah Makcik Maimun punya pasal? Btw, I snapped some photos of their perang poster. Lupa pulak nak bawak kamera. I'll upload later.

Okaylah. Nak kena membaca email yang bertimbun-timbun ni ha. Sampai kena block dah mailbox.